▶Pengenalan

352 18 0
                                    

Blurb

“Kalau hang nak tau, itu Muin.”
“Hahh??”
“Lelaki yang hang duk tenung sampai nak terkeluaq bijik mata tu, namanya Muin. M.U.I.N.”

Di pekan kecil, Banting, Yatt berkenalan dengan seorang lelaki yang muda setahun daripadanya, bernama Muin, yang digelarnya BAD BOY. Perokok tegar nak mati, berbeanie, berambut pelangi dan tak reti hormat-menghormati!

“Kau boleh tak jangan sibuk hal aku? Aku nak merokok ke nak minum air tuak ke, kau peduli apa?!” – MUIN

“Aku tak suka lelaki merokok. Sebab tu aku nak kau berhenti merokok” – YATT

“Untuk apa? Supaya kau boleh tukar ‘tak suka’ tu kepada ‘suka’? Macam tu?” – MUIN

Mengenali seorang Muin, menyedarkan Yatt akan suatu perkara. Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit sama sekali. Membongkar rahsia hidup si Bad Boy yang amat menyayat hati, menimbulkan rasa simpati dalam sanubari Yatt. Muin ketandusan kasih seorang bapa! Oleh sebab itu, sikapnya saling tak tumpah seperti Bad Boy di ibu kota.

Demi sebuah janji, Yatt mengambil keputusan drastik. Tak tahu kenapa dia rasa hendak membantu mengubah takdir Muin.

“Kahwin dengan aku. Aku akan sajikan kau dengan sejuta rasa cinta” – YATT

To be honest, I am a bad boy. Jadi kau masih nak aku jadi laki kau?” – MUIN

Yatt tidak pernah lelah menolong suaminya bagi mengatasi masalah introvert dan low-confident yang membelenggu hidup Muin selama ini. Ditambah pula dengan penyakit yang dihidapi oleh Muin, namun Yatt tetap cekal membantu.

Ketika segalanya tampak sempurna dan indah belaka, suatu kejadian mengejut telah mendesak Yatt untuk kembali ke pangkuan atoknya. Keadaan bertambah parah apabila Muin, suaminya sendiri menjadi suspek utama atas kematian atoknya disebabkan unsur khianat. Yatt rebah tatkala kehilangan dua insan yang paling disayangi.

Siapa yang menganiaya dan siapa yang teraniaya? Yatt sedar yang dia perlu kuat untuk mempertahankan Muin. Dia yakin suaminya tidak bersalah! Tetapi, siapa pula yang menjadi dalang di sebalik tuduhan tersebut? Antara rantapan seorang isteri yang mahu suaminya kembali ke sisi, dengan kekuasaan undang-undang manusia, manakah yang bakal menang?

"Masihkah ada keadilan di atas muka bumi ini, Ya Allah?"
______

COMING SOON..

BAD BOYWhere stories live. Discover now