▶008

77 10 0
                                    

ESOKNYA aku kerja seperti biasa tapi kejadian semalam masih lagi mengganggu konsentrasi aku. Disebabkan peristiwa itu, aku mengambil keputusan untuk mendengar cakap Kak Ha. Aku harus memantau gerak-geri manusia di dalam kedai ini. Kut-kut ada yang berlaku pelik dan mencurigakan. Tapi..

Semuanya nampak normal.

“Yatt, aku tengok kau diam aje dari tadi. Kenapa?” Khayrin menggamitku. Saat tangannya cuba menyentuhku, segera aku melarikan lenganku. Tindakan spontan dan dia sendiri terpaku melihatnya.

“Hei, kenapa ni? Ni akulah, Rin,” tanyanya bimbang.

Aku menghela nafas perlahan. Wajahku diraup cukup kasar. Kusut.

Sorry, Rin. Aku masih terkejut dengan kes semalam tu,” luahku. Aku menarik lengannya kemudian tangannya aku usap. Memohon maaf atas sikap aneh aku padanya. Dia membalas renunganku dengan seuntai senyuman manis.

“Tak apalah. Aku faham. Aku pun tak sangka boleh jadi macam ni. Tapi jangan risau, langsung tak terdetik di hati aku, kau yang buat semua tu. Sumpah!” Gadis itu mengangkat tangan kanannya separas dada seperti sedang berikrar.

Aku senyum kecil.

“Aku tau.”

Mataku memandang ke arah satu sudut. Tepat ke bahagian gantungan jaket. Muin sedang membelek baju di situ tapi matanya jelas bukan pada jaket tapi memandang ke hadapan. Dahiku berkerunyut.

“Kejap eh, Rin.” Aku berjala meninggalkan Khayrin di situ menuju pula ke arah lelaki itu.

“Assalamualaikum,” tegurku lembut. Dia masih dengan posisi dan gerakan yang sama. Tangan menyentuh jaket tapi matanya memandang ke hadapan. Dia berkhayal.

Aku menggoyang-goyangkan tanganku di hadapan mukanya supaya dia kembali berpijak ke dunia realiti. Tak sampai sesaat, dia memandang aku dengan mata yang sedikit besar. Salah ke kalau aku kata dia nampak comel kalau blur macam tu?

“Apa kau cakap tadi?” tanyanya sambil menundukkan pandangannya ke arah baju di tangan.

Aku tersengih.

“Aku cakap assalamualaikum.”

“Oh.”

“Jawablah salam aku tu!” suruhku masih tersengih lucu. Dia ni nampak aje kasar, tapi perangai peliknya itu sangat mencuit hati. Blur tak kena tempat. Muin, Muin.

“Oh! Waalaikumussalam,” jawabnya perlahan.

Aku menyandarkan belakang tubuhku pada palang tempat gantungan. Mataku tak lekang daripada menatap tampangnya. Licin betul kulit dia ni. Jeles mak.

“Kau fikir apa tadi tu? Sampai aku tegur pun tak menyahut. Teringatkan cewek ek?” serkapku. Jari telunjukku naik ke hadapan mukanya. Dia terbeliak memandangku.

“Mana ada!” nafinya, sebijik macam budak kecil. Comel aje aku tengok. Kalau dia siap hentak-hentak kaki atas lantai ni, confirm aku gelak guling-guling la ni jugak. Tak dapat nak bayangkan bad boy macam dia ni berperwatakan kanak-kanak. 

“Aku sebenarnya dari hari tu lagi nak mintak maaf dekat kau.” Dada aku terasa betul-betul lapang selepas mengatakannya.

Dia merenung wajahku dengan riak muka pelik.

“Apahal?” kasar dia bertanya.

“Pasal hari tu. Aku main rentap aje rokok kau. Sorry eh?” kataku sambil tangan menggentel hujung tudung. Serius rasa macam tengah hadap Pengetua masa sekolah-sekolah dulu. Dengan mata pandang bawah, gentel tudung. Hailah Zehra. Muin aje pun!

BAD BOYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang