PIHAK polis sudah menonton rakaman CCTV tersebut tetapi kata mereka, sukar untuk menjejaki memandangkan kedua-dua suspek memakai topeng muka dan berpakaian serba hitam. Tiada sebarang klu tentang identiti mereka.
Tentang tag itu pula...
Aku langsung tidak memberitahu mereka sebab aku sendiri tidak pasti tentangnya. Jadi lebih baik aku berdiam diri dulu.
Hari-hari berikutnya, aku dan Kak Ha serta pekerja yang lain jadi lebih berwaspada. Kes ini masih lagi di bawah siasatan pihak polis dan kami semua dinasihatkan untuk tidak terlalu khuatir.
“Akak, jom kita lepak mamak,” ajakku malam itu ketika kami berdua sedang menapak ke arah keretaku.
“Hang lapaq lagi ka?” soal Kak Ha selepas kami menerobos masuk ke dalam kereta Peugeotku.
Aku sengih seperti kerang busuk. Sebelah tangan mengusap perut sendiri. Tanpa membalas kata-katanya, aku terus memandu ke arah sebuah gerai mamak yang dibuka 24 jam. Betul-betul bertentangan dengan sebuah kedai buku.
“Hang nak makan apa malam-malam ni? Hang tau dak makan lewat malam boleh menggemokkan badan tau!” acah Kak Ha tetapi aku tak kesah pun kalau naik berat badan. Alaa, nanti lepas bersalin berisi jugak. Betul tak?
“Malam ni, Yatt ngidam nak makan maggi goreng mamak.” Ketika kami menapak masuk ke dalam gerai mamak itu, dua figura yang amat kami kenali turut berada di situ.
“Itu bukan Rin dengan Faiz ke?” aku menyoal Kak Ha. Aku mengerlingnya sekilas. Dia juga turut memandang ke arah meja makan yang diduduki oleh Khayrin dan Faiz.
“Betullah tu Rin dengan Faiz. Depa buat apa dekat sini?” Kak Ha membalas renunganku. Aku mengangguk dan dia juga melakukan perkara yang sama sebelum kami berdua melangkah ke arah meja makan itu.
“Eh, Rin?! Faiz?! Korang pun ada dekat sini?” Aku sengaja berpura-pura terkejut. Wajah terkejut milik Khayrin dan Faiz aku tatap dengan sedikit rasa curiga. Setahu aku, gadis di hadapanku ini tidaklah rapat mana dengan Faiz. Alih-alih malam ni supper sama-sama. Sesuatu sangat.
“Kitorang.. Kitorang saja je lepak dekat sini kejap sebelum balik. Rin yang ajak,” jawab Faiz sedikit menggelabah. Aku mengerutkan dahi. Lagi satu yang aneh. Khayrin yang pemalu ni ajak lelaki keluar sama? Wow, makin sesuatu diorang ni.
“Oh, yaka? Tapi as akak know, Rin paling payah nak ajak orang keluaq. Lagi-lagi dengan jantan,” celah Kak Ha cuba memerangkap. Khayrin aku lihat sudah tidak keruan.
“Err.. Err, Rin ada benda nak discuss sikit dengan Faiz ni kak,” jawab gadis itu seperti sudah berjangkit gelabah Faiz kepadanya.
Aku bermain mata dengan Kak Ha. Dia mengangguk.
“Boleh dok aku dengan Kak Ha join korang. Lagipun, meja banyak yang dah penuh,” mintaku. Penipu besar kau, Zehra. Padahal berlambak meja kosong!
Khayrin dan Faiz saling berpandangan.
“Silalah. Memang kitorang datang kedai mamak ni untuk kongsi meja dengan orang lain.”
Errr. Aku ketap gigi. Faiz ni, kalau ya pun tak suka, janganlah tunjuk sangat. Aku perasan muka Kak Ha dah merah padam di sebelah. Mulutnya juga sudah terkumat-kamit memaki Faiz dalam hati. Sebelum dia mengherdik lelaki itu dan mencetuskan babak yang memalukan di gerai mamak ini, aku terlebih dahulu menggenggam tangannya. Menghalangnya dalam sunyi.
Aku mengambil tempat di sebelah Khayrin manakala Kak Ha dengan berat hatinya duduk di sebelah Faiz.
“Aneyy! Maggi goreng mamak satu, teh tarik satu. Tarik kasih panjang punyaaa! Akak nak order apa?” Aku mengalih mata ke arah Kak Ha yang berwajah ketat. Dia menggeleng. Okey, faham. Orang perempuan kalau tengah PMS memang macam tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/111195029-288-k726361.jpg)
YOU ARE READING
BAD BOY
Romantik[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...