SEDAR tak sedar sudah sebulan aku menetap di sini dan bekerja sebagai salesgirl di Pusat Pakaian Hoora-Hooray. So far so goodlah. Aku suka tinggal di sini. Tinggal dengan Kak Ha secara tepatnya. Seronok. Kerja di situ juga membuatkan aku lupa terus akan tempat asalku JB. Bukan bermakna aku ni bagai kacang lupakan kulit, cuma aku memang tak nak ingat langsung akan apa yang sudah aku tinggalkan di sana.
“Kau memang nak mati, kan?!”
Suara Muin masih melantun-lantun di dalam telingaku. Seolah-olah baru semalam dia berbisik begitu padahal sudah dua hari berlalu.
Aku tersenyum sendiri tatkala teringatkan dirinya tanpa beanie dengan rambut pelanginya itu. Aishh, comelnyaaaa.. Tiba-tiba aku rasa pipi aku kebas. Pertama kali aku melihat dia dengan jarak sedekat itu. Jantung aku pantas berdetak dengan laju. Aku menundukkan wajah menahan malu padahal aku seorang diri sahaja di dalam kamar. Hesy, adakah ini kerana..
Pantas aku menampar perlahan pipi kiri kananku tujuan untuk mengingatkan diri sendiri. Lawak ke kau nak bercintan-cintun dengan dia, Zehra? Dia bad boy, kau good girl. Mana sepadan.
Cehhhh..
Good girl sangatttt..
Pi perah santan dekat dapurlah..
Sekali lagi, aku tenung dinding sambil membayangkan susuk tubuh Muin. Dagu aku tongkatkan dengan tangan kanan yang mendarat di atas riba. Kepala aku tersenget sedikit.
“Yatt.”
Mata bulatku tak berkelip memandang figura di hadapanku ini. Kejap, aku bermimpi, kan? Kalau mimpi pun aku tak kesah, asalkan ada dia. Cehhhwahhh.
“Muin,” sebutku. Dia berdiri di hadapanku dengan memakai T-shirt hitam yang mempunyai lambang tengkorak di tengah-tengah dan seluar jeans yang koyak di bahagian lutut. Bibir nipisnya tersenyum senget kepadaku. Tangannya perlahan-lahan menyebak rambut pelanginya itu ke belakang.
Aku gigit bibir bawah. Kenapa dia nampak seksi sangat ni?
“Yatt.” Mendayu-dayu suara garaunya memanggilku. Aku semakin terbuai-buai dengan imaginasi sendiri.
“Yaaa,” balasku dengan nada yang sama.
Dia merenung wajahku dengan mata yang sengaja dikecilkan.
“I love you,” ucapnya penuh perasaan. Matanya dikenyitkan dan bibirnya membuat gaya seperti mahu mengucupku.
Aku memejamkan mata rapat sebelum merebahkan diri di atas katil. Bantal pelukku aku capai kemudian ditekup pada muka yang aku rasa sudah merah macam udang bakar!
Ohhh, Muin..
Dan malam itu aku tidur dengan senyum yang lebar mengharapkan angan-angan Muin mengucapkan kalimah cinta itu menjadi kenyataan.
_______
SEMAKIN lama hubungan aku dengan Muin semakin rapat. Dan itu yang aku mahukan. Hahaha. Nampak macam aku terhegeh-hegeh dekat dia, tapi aku peduli apa? Siapa suruh dia handsome sangat?
“Aku sebenarnya masih tertanya-tanya.” Aku memandang Muin di sebelahku. Macam biasa, kami akan lepak bersama di koridor tingkat dua ini. Port dia kini dah jadi port aku juga.
“Pasal apa?” sambil mulutnya membalas celotehku, tangannya tetap menyuap nasi ke dalam mulutnya. Aku tenung dia makan. Sopan aje. Bila dia kunyah makanan, nampak comel sangat.
“Pasal rambut pelangi kau tu,” tuturku masih lagi memerhati dia makan.
Dahinya membentuk kerutan tebal. Dia jeling aku.
“Asal?”
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...
