LELAKI vs perempuan. Lelaki ada empat orang dan kesemuanya jaguh belaka tapi.. Ada tapi ya. Perempuan walaupun terkenal dengan sifat lemah-lembutnya, kami seramai 10 orang akan membadai team lelaki yang diketuai oleh Faiz. Aku tak tahu kenapa dia yang jadi team leader. Hebat sangat ke dia main bola tampar pantai ni?
Aku mengambil posisi di wing kiri. Posisi paling selamat yang aku rasa. Aku manalah pernah main benda alah ni! Ni main pun sebab ada dalam schedule je. Kalau tak, harammm nak main.
“Yatt!! Sambut bola tu!” teriak Khayrin. Aku memandang ke arahnya sebelum memaku pandangan ke hadapanku. Bola tampar sedang meluru laju ke arahku. Dek kerana terkejut, aku terus mengelak ke sebelah kanan. Akhirnya bola itu terlepas begitu sahaja.
1-0.
Ahli kumpulan aku mengeluh dengan tindakan spontan aku. Mereka memandangku dengan renungan tajam. Aku turut membalas tatapan mereka dengan padangan mata, ‘Apa? Aku takut bola tu hentam muka cun aku aje.’
Bersorak kumpulan Faiz apabila berjaya menembusi benteng kumpulan kami. Ya, sejak lima minit yang lalu, pasukan aku bermain dengan cukup baik dan kemas kecuali.. Aku. Baru sahaja tadi aku menjadi punca pasukan kami ketinggalan satu mata di belakang.
Aku menjeling Muin yang turut bergembira dengan kejayaan awal mereka. Aku mencebik. Tak apa. Kali ni je aku bagi korang chance. Lepas ni, NO WAY!
Giliran Muin pula menservis bola. Aku senyum sinis. Budak kurus kering ni mesti ciput aje tenaga dia. Aku syak bola tampar tu takkan lepas jaring pun. Confirm!
Tapi..
Tekaan aku meleset sama sekali. Tup-tup bola itu terbang tinggi di langit sebelum mendarat ke pasir tanpa sempat sesiapapun daripada kami menyambutnya. Rahangku melurut jatuh. Keajaiban apakah ini? Dengan riak muka yang masih lagi terkesima, aku memanggung wajah ke arah Muin. Bibirnya mengukir senyum senget. Dan-dan dia turut memandangku! Nak kata dia hebatlah tu! Pfft.
Keputusan terkini 2-0. Tetapi sedikitpun pasukan kami tidak patah semangat. Perjuangan mesti diteruskan. Haja haja fighting!
Tidak lama kemudian, servis Kak Ha tidak berjaya dibalas oleh team lawan dan kami memperoleh satu mata! Apa lagi? Berjoget berjimbalah masing-masing seperti baru sahaja menang pingat Olimpik.
Jangan tak tau..
Sechubby-chubby Kak Ha, tenaga banyak tu! Kalau tak, tak dannya mampu buat servis sehebat itu. Cayalah Kak Ha. You are our savior!
Permainan makin rancak dan aku juga sudah boleh mengikut rentak mereka. Melalui pemerhatian, aku semakin faham akan permainan ini. Sebenarnya senang aje. Yang penting best dan keluar peluh! Berlecak ketiak masing-masing tetapi apa kami kesah? Bersukan kalau tak berpeluh tu bukan bersukan namanya.
Pritttt…!!
Wisel dibunyikan oleh Sofea selaku pengadil tidak bertauliah pertandingan kami ini. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan dua sama. Tadi, Khayrin berjaya mematahkan serangan Muin sekaligus menyebabkan pasukan kami memperoleh satu mata lagi. Bersyukur giler! Bolehlah aku membatak dengan Muin ni.
“Oi rainbow unicorn!” panggilku. Lelaki itu duduk mencangkung di atas pasir keletihan. Tercungap-cungap dia. Seluruh mukanya sehingga ke badan sudah lencun dengan peluh. Seperti biasa, rambutnya masih disorokkan di sebalik beanie kelabunya itu. Dia tak panas ke walau sesaat?
“Apa kau nak woman in black?” sahutnya sama-sama menggunakan nama gelaran kami. Fikir sweetlah tu?
Aku pandang baju yang aku pakai petang itu. Huh, warna hitam. Patutlah ‘woman in black’! Punggung aku labuhkan di sebelahnya. Kebetulan baju dia juga berwarna hitam. Macam dah merancang pulak kami berdua ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romansa[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...
