▶016

302 7 0
                                    

TELINGAKU menangkap bunyi derusan ombak. Angin malam yang cukup dingin tidak henti-henti menyapa lembut kulitku sehingga aku sedikit menggeletar. Aku celikkan mata tetapi apa yang aku lihat hanya hitam. Aku cuba gerakkan tubuhku tetapi langsung tidak berhasil waima seinci.

Sesaat kemudian baru aku perasan ada seutas tali yang mengikat tubuh aku pada sebatang pokok mungkin? Entah, aku sendiri tidak pasti. Aku pantas meraba-raba permukaan tempat aku diikat. Kesat dan kasar serta teksturnya sebiji macam sebatang pokok. Ya Allah, apa dah jadi ni? Kenapa aku kena ikat ni?

Aku mula gelabah. Puas aku meronta-ronta untuk dilepaskan namun ikatan tali itu terlalu ketat.

"Sayang dah sedar?" Tubuhku kejung. Suara lelaki kedengaran betul-betul di tepi telingaku. Serta-merta bulu roma aku meremang.

"Kau.. Kau siapa?!" aku bertanya nyaring. Sungguh aku ketakutan sekarang ni.

Hikhikhikhik..

Lelaki itu ketawa tertahan-tahan. Aku semakin seriau. Dengan mata yang ditutup dengan kain, tubuh yang diikat dan seorang diri bersama lelaki asing.. Tipulah kalau aku tidak berasa gentar.

Macam mana aku boleh ada dekat sini? Aku merewind kembali apa yang terjadi sepanjang hari ini. Aku dan Kak Ha bertolak ke Port Dickson awal pagi tadi. Petang hari keluarga kami dimulakan dengan perlawanan bola tampar pantai. Then, kepala aku dihentam bola sehingga aku pengsan. Bila aku dah sedar, aku keluar bilik untuk ambil angin. Kemudian, aku bertembung dengan seorang lelaki pelik di dalam lif sehinggalah aku ditariknya di hadapan pintu masuk hotel sebelum aku pengsan semula. Buka sahaja mata.. Aku ada di sini. Entah di mana tetapi yang pasti di pantai kerana aku dapat rasakan pasirnya.

Tiba-tiba pipiku diusapnya. Seluruh tubuhku menggigil ketakutan. Apa dia nak buat ni? Ya Allah, selamatkanlah aku daripada lelaki ni.

"Kau lagi cantik kalau tenung dekat-dekat," bisiknya. Daguku ditariknya ke atas. Nafas hangatnya menyapa mukaku. Aku yakin wajah kami berdua pasti sangat dekat saat ini. Aku mengemam bibir. Aku takut apa yang terbayang dalam mindaku sekarang akan menjadi kenyataan. Digomol, dirogol kemudian.. Dibunuh.

"To.. Tolonggg. Tolong jangan apa-apakan aku," aku merayu belas kasihannya. Air mataku keluar juga akhirnya. Gelak sinisnya menyapa telinga. Daguku dilepaskannya.

Aku dapat mendengar bunyi derapan kaki. Aku menghela nafas lega apabila menyedari dia sudah tidak serapat tadi.

"Apa aku dapat kalau aku tak sentuh kau?" balasnya. Perkataan 'sentuh' ditekankan. Aku meneguk liur. Siapa lelaki psiko ni? Tak, dia bukan setakat psiko. Malah, pervert.

Dia ketawa lagi.

Kaki aku yang terlunjur ke hadapan disimbah air laut. Aku betul-betul terikat di tepi pantai ke? Semakin lama, air yang mengena hujung jari kakiku mula naik ke betis. Aku cuba untuk meloloskan diri daripada ikatan tali ini. Berkali-kali aku mencuba tetapi tetap tidak berjaya. Lelaki itu mengikat aku begitu ketat.

"Don't try so hard, sayang. Nanti badan kau yang sakit," lelaki itu bersuara lagi. Aku abaikannya. Yang lebih penting sekarang, aku nak selamatkan diri daripada tenggelam dek air pasang ni. Puas aku gerak ke kiri dan ke kanan untuk melonggarkan ikatan. Esakan aku semakin kuat. Air mata aku makin deras mengalir.

"Erghhh," aku mengeluh keras. Ternyata usaha aku sia-sia. Macam mana gigihpun aku berusaha, aku tetap begini. Terikat.

"Dah penat sayang?"

Aku mencari punca suaranya. Sebelah kananku.

"Apa yang kau nak dari aku hah?" tanyaku berselit tangisan. Apa dosa aku sampai diperlakukan sebegini?

BAD BOYWhere stories live. Discover now