"Disleksia." Aku membaca tajuk artikel yang terpapar pada skrin telefon pintarku.
"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal," bacaku perlahan.
Aku termenung sejenak. Jadi inilah yang dihadapi oleh Muin? Dia mengalami kesukaran membaca, menulis, mengeja dan mengira? Aku sambung baca.
"Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas."
Aku terangguk-angguk. Jika benar Muin menghidapi disleksia semasa kecil, kenapa sampai sekarang dia masih tidak boleh membaca? Mataku terkelip-kelip memandang kaca televisyen yang menyala di hadapanku. Bukan aku yang tengok, Kak Ha lah yang tengah tonton drama Taiwan dia macam selalu.
Tiba-tiba fikiranku memutar kembali kata-kata lelaki itu tempoh hari.
"Apa gunanya menjadi anak jika tidak dikehendaki oleh ibu bapa sendiri?"
Barulah aku faham. Hipotesis aku ialah Muin tidak dihantar ke sekolah Pendidikan Khas sebab ibu bapanya.. Malu? Apa pon andaian aku, aku tetap kena tanya empunya badan.
"Kak," aku memanggil Kak Ha yang ralit di sebelah.
"Apa?" sahutnya dengan mata yang masih fokus memandang kaca tv.
"Akak ada kenal tak mana-mana cikgu Pendidikan Khas?" tanyaku. Telefon pintar kuletakkan ke tepi. Mata terus menghala ke wajah Kak Ha yang sedikit berkerut.
"Tak daklah pulak. Awatnya? Hang dah terencat ka?" Kak Ha bantai ketawa. Aku menjuihkan bibir.
"Tapi.."
Kening aku terjongket sebelah. Menanti dia menghabiskan ayatnya yang tergantung.
"Akak tau satu sekolah yang ambil pelajar pendidikan khas ni," katanya lagi. Serta-merta mataku bersinar harapan. Bolehlah aku risik cikgu-cikgu dekat sekolah tu pasal cara pembelajaran kanak-kanak disleksia.
"Sekolah apa? Dekat mana?" soalku laju. Tak sabar ni.
"Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis atau nama glamornya sekolah bulat," jawab Kak Ha. Bicaranya menyebabkan dahi aku membentuk kerutan tebal.
"Sekolah bulat?" Aku menyoal mahukan kepastian.
"Yelah. Sebabnya ada bangunan bulat dekat sekolah tu. Dah, hang jangan kacau akak nak layan bakal imam akak, Aaron Yan."
Tubuhku ditolak kasar. Aku mencebik. Hadaplah Aaron Yan tu sampai terkeluaq bijik mata. Angan-angan tinggi melangit. Bakal imam kunun!
Sekolah bulat..
Hmmm..
Baiklah, demi Muin, aku sanggup!
Haja haja fighting!
______
CUKUP dari jauh aku memerhatikan gerak-geri Muin. Ya, dari segi luarannya dia nampak seperti orang normal yang lain. Langsung tiada cacatnya. Tapi, siapa sangka lelaki itu sebenarnya menghadapi masalah disleksia?
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...
