STRESS! Confession Uncle Rafiqi masih segar di ingatan. Permusuhan antara aku dengan Muin jugak nampak seperti tidak titik noktah. Disebabkan kemunculan mengejut Uncle Rafiqi, rancangan aku untuk berbaik dan meminta maaf dengannya terus terbantut.
Nasib baiklah permintaan aku untuk bertukar kerja daripada menjadi cashier di tingkat bawah kepada salesgirl di tingkat atas bersama Khayrin dimakbulkan oleh Kak Ha. Cuma lucunya dia fikir aku nak mengorat Muin. Pleaselah! Aku dengan Muin pun macam apa je chemistrynya, ada hati nak berpasang-pasangan. Jauh nauuu!
“Hang jangan nak usyar Muin tu ek? Nak kena tempeleng dengan akak, hang buatlah. Hang akan menyesal!” gertak Kak Ha.
Aku bantai gelak. Ada-ada ajelah Kak Ha ni.
Telefon pintarku yang melalak membangkitkan aku dari lamunan panjang. Tangan kiriku bergerak ke arah meja sisi katil. Nama yang tertera pada skrin telefon membuatkan aku mengeluh.
Uncle Rafiqi.
“Assalamualaikum,” angkatku dengan rasa malas yang bergunung.
“Waalaikumussalam, Zehra.” Tiba-tiba aku terasa nada suaranya kedengaran lembut semacam. Aku semakin rasa tidak selesa dengannya.
“Uncle nak apa call Zehra malam-malam ni? Orang nak tidur,” rekaku. Padahal aku tidak sekelumitpun berasa kantuk. Saja bermalas-malasan di atas katil selepas makan malam bersama Kak Ha di luar tadi.
“Ermm, uncle just nak pastikan Zehra tak terganggu dengan apa yang uncle luahkan siang tadi.”
Aku menghamburkan tawa besar. Dia buat kelakar! Mestilah aku terganggu!
“Tak adalah. Zehra anggap uncle main-main aje tadi.” Aku cuba sedapkan hati sendiri.
Keluhan beratnya menyapa telinga. Lama dia menyepi sebelum bersuara kembali.“Uncle tak main-main, Zehra.” Tegas sekali nada suaranya. Kali ini aku pula yang mengeluh. Kenapalah dia boleh jatuh cinta dengan aku? Aku bukannya cantik pun. Perangai pun degil Ya Rabbi. Macam manalah hatinya boleh berkenan.
Zehra.. Kita tiada sebab untuk mencintai seseorang tau. Ini semua sebab hati. Hati yang pilih untuk mencintai atau tidak mencintai.
“Uncle kena faham. Zehra tak boleh terima uncle lebih daripada pak cik angkat Zehra." Walau berapa kali pun aku memikirkan perasaannya terhadapku, jawapanku tetap sama. Aku. Tak. Boleh. Nak. Cintakan. Dia. Balik. Muktamad.
“Atok mesti suka kalau kita bersama,” konarnya.
Aku mencebik.
“Duhh, boleh tak jangan kaitkan atok dalam hal ni?” Lama-lama aku mula jemu dengan sikapnya.
“Apa kurangnya uncle? Uncle boleh jaga Zehra.” Suaranya kedengaran terdesak sangat. Terdesak nak berbinikan aku? Apa kes?
“Soal hati dan perasaan, Zehra memang tak boleh pertimbangkan. Zehra harap sangat uncle boleh faham dan hormat kehendak hati Zehra,” suaraku mengendur.
“Fine then kalau itu kata Zehra. Cuma satu je uncle nak Zehra tahu.”
“Apa dia?”
“Sampai bila-bila pun, perasaan uncle pada Zehra takkan berubah. Selamanya Zehra yang akan bertakhta dalam hati uncle.”
Titt..
Arghhh!
Jiwa kacau!
_______AKU lebih banyak termenung daripada bekerja. Aku tahu ini akan membuatkan prestasi kerja aku merosot. Tapi, kata-kata Uncle Rafiqi asyik bermain di minda sehingga aku hilang fokus. Berkali-kali aku ditegur oleh Khayrin akibat menungan yang menguasai diri aku.
YOU ARE READING
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...