▶007

79 8 0
                                    

“KAN akak dah pesan kunci kedai malam tadi? Kenapa Yatt tak buat?” Kak Letty menarik aku menjauhi mereka yang lain. Kami bercakap di hadapan pintu bilik staf.

Tanganku yang berpeluh diramas. Aku mengemam bibir sebelum membuka mulut. Wajah Kak Letty yang penuh tanda tanya aku tatap dengan rasa serba salah yang menggunung.

“Sebenarnya, semalam Yatt masuk kedai bukan sebab Yatt ada tertinggal barang ke apa.” Bila dah jadi macam ni, kenalah aku jujur.

Bukaan mata Kak Letty sedikit membesar. Lenganku dipegangnya.

“Dah tu?!”

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Inilah kata orang. Malang tak berbau. Niat suci murni aku sudah mendatangkan bencana!

“Malam tadi, Yatt ternampak motosikal Muin. Yatt fikir dia ada lagilah kut dekat dalam sebab tu Yatt masuk balik,” ceritaku. Kak Letty memasang telinga. Aku mengerling ke arah Muin. Dan-dan dia juga sedang menatapku. Cepat-cepat aku alihkan mata. Bila terkenangkan apa yang dia kata semalam, bulu roma aku meriding.

“Lepas tu apa yang jadi?” gesa Kak Letty.

“Yatt nampak dia dalam stor. Dia.. Tidur dekat situ.” Takut-takut aku mahu memandang tampang Kak Letty. Confirm terkejut beruk!

“Ti.. Tidur?! Ya Allah, kau biar betul Yatt?!” Suara Kak Letty yang memekik kuat itu menggamit perhatian rakan sekerja kami yang lain. Aku pantas meletakkan jari telunjuk di bibirku tanda menyuruhnya merendahkan suara.

“Kak Letty dengarlah dulu sampai habis. Memang macam tak logik, tapi inilah sebenarnya yang terjadi,” pujukku. Dia mengangguk sekali.

“Masa dalam bilik stor tu, Yatt tanpa sengaja tertutup rapat pintunya. Jadi kami berdua terkurunglah dalam tu sampai ke pagi ni. Yang Yatt musykilnya, pagi tadi elok pulak Yatt pulas tombol pintu tu dan terbuka. Bila turun je, Yatt sendiri terkejut tengok tempat ni macam baru dilanggar ribut,” sambungku.

“Kisahnya. Hmmm, tak apalah. Benda nak jadi, kan? Yatt dengan Muin baliklah dulu. Bersihkan diri. Cuti jelah hari ni? Biar akak dengan budak-budak ni yang kemaskan kedai. Jangan risau okey?” suruh Kak Letty.

“Yatt mintak maaf kak. Yatt yang salah. Kalau Yatt dapat orang yang buat aniaya macam ni, memang kenalah!” Aku menumbuk tapak tangan sendiri. Geram weyh geram!

Kak Letty menghadiahkan segaris senyuman. Lengan kiriku diusapnya.

“Dahlah. Tak payah fikirkan sangat,” pujuknya. Aku berasa lega sedikit. Lambat-lambat aku berjalan ke arah muka pintu belakang kedai. Panggilan Khayrin tidak aku sahut. Belakangku terasa sakit kerana tidur dengan keadaan duduk semalam. Lenguh satu badan.

Vrooommm..!!

Ommo! Aku mengusap dada. Malaun mana yang press motor macam tu? Bila aku toleh ke kanan, Muin sedang elok duduk di atas motosikalnya dengan helmet fullface. Aku mendengus. Pantas aku menghampirinya.

“Hoi!” Aku ketuk tepi topi keledarnya. Dia menoleh ke arahku. Aku pasti matanya sedang mencerlung meratah wajahku. Marahlah tu.

Dengan malas, dia menanggalkan helmetnya. Eleh, macam tak boleh bukak cerminnya aje..

“Apa?!” soalnya dengan intonasi suara yang lantang. Lama-lama aku dah imun dengan tengkingan dia. Memang sejak lahir kaki melalak kut.

“Kau nak balik ke?” tanyaku kepadanya semula.

Dia menayangkan muka seposen. Eh, eh, asal aku rasa macam comel aje dia buat muka macam tu? Sengal kau Jenab!

“Taklah. Aku tengah berenang ni. Tak nampak ke?” balasnya sarkastik.

BAD BOYWhere stories live. Discover now