Sebaik aku keluar rumah, Indra ada di situ.
Di luar pagar rumahku, menantiku.
" Selamat pagi!" sapanya riang.
Dia yang mengalas beg kanvas di bahu kirinya, menghampiriku.
" Err.. selamat pagi." Balasku gugup.
Kami berdua berjalan bersama-sama ke bus stop yang terletak tidak jauh dari rumah. Hari ini hari pertama bagi Indra untuk bersekolah di Sek.Men. keb.Jalan Satu.
Memandangkan kami berjiran, satu sekolah pula tu, acik Rohana awal-awal lagi telah memintaku untuk pergi ke sekolah bersama-sama Indra. Kenal-kenalkan Indra pada kawasan sekitar. Kalau boleh membuatkan Indra selesa di persekitaran baru dan sekolah baru ini~ Itu katanya.
Aku mulanya agak berat hati, tetapi memikirkan acik Rohana memang baik dengan keluarga kami sejak aku kecil lagi, tak sampai hati pula hendak menolak permintaannya. Tambahan pula, ia cuma untuk satu hari sahaja. Apa sangat lah yang boleh berlaku dalam satu hari ini?
Fikirku memujuk hati ini.
" Jauh lagi ke?' tanya Indra, memecah kesunyian.
" Tak pun, dekat jer. Jap nanti kita sampailah bus stop, pastu kita naik bas ke sekolah. Dalam 30 minit sampailah sekolah."
" Ohhh..." keluhnya panjang, tampak seperti kebosanan. Dia menguap.
Aik, belum sempat keluar peluh pun dah bosan, dah ngantuk?
Aku pandang Indra. Baru menyedari uniform yang dipakainya tidak kemas. Hujung baju kemeja tidak diselit ke dalam seluar, butang baju tidak dibutang sempurna, bahagian dada terbuka menyerlahkan tshirt putih yang dipakai di dalam. Di pergelangan tangan Indra, dia tidak memakai jam, tetapi memakai hand wrist hitam yang punya besi besi tajam-tajam, ada cincin di sarung di jari, rambutnya juga sedikit panjang melepasi rules sekolah.
Dia ni...
" Macam bad boy je.." bisik hatiku, tidak jadi menegur penampilannya.
Tetapi walau bad boy camne pun dirinya, aku yakin yang dirinya akan menarik perhatian semua orang, terutama pelajar perempuan. Dia seorang yang kacak, tidak dinafikan, dan aku akui. Kalau tidak, masakan mudah ku jatuh hati padanya, di pandangan pertama pula tu!
Haish..
Aku hela nafas kuat. Ini hanya sementara! Lambat laun perasaan 'crush' ni akan hilang sendiri. Aku toleh pada Indra.
Dia sudah tiada!
Pantas mataku liar memandang keliling, mencarinya.
Tidak jauh, aku lihat dia sedang memanjat satu pohon besar.
" Indra!!" panggilku, berlari ke arahnya. Di sisi pohon pokok, baju sekolah dan beg sekolah Indra, ditinggalkan di situ, tanda yang Indra sengaja memanjat pokok tinggi ini.
" Indra! Apa awak buat tu! "
Dia tidak mengendahkan panggilanku. Aku perasan tangannya memegang erat sesuatu. Seketika kemudian, dia berhenti di satu sarang burung. Perlahan-lahan, dia meletakkan satu anak burung, kembali ke situ. Rupa-rupanya anak burung pipit malang itu terjatuh, dan ia disedari oleh Indra.
Aku lihat Indra tersenyum senang. Manis raut wajahnya, mencuri hati ku. Dia membelai kepala anak burung yang comel itu sebelum turun dari pohon.
Aku cuba tidak memberi perhatian padanya tetapi, segala gerak gerinya, senyap-senyap menarik perhatianku.
Sebaik jejak ke tanah, dia mencapai baju sekolahnya. Disarungnya kembali. Beg sekolahnya digalas selambar, tanpa bicara. Tiba-tiba dia memandangku.
Cepat-cepat aku tunduk merenung tanah. Rasa debar di dada, ku sembunyikan.
" Dah, jom! Nanti lambat sampai pula ke sekolah." ujarku.
Indra tiba-tiba menarik tanganku. Serentak tubuhku terasa terlayang, jatuh ke dalam pelukannya. Pinggangku dirangkulnya lembut. Lalu, jarinya yang panjang tirus itu mengusap pipiku yang terasa hangat. Dia merapatkan bibirnya ke telingaku, dan ikatan rambutku dia leraikan, perlahan-lahan.
Sinar matanya mengodaku.
Aku telan air liur.
Hatiku pula semakin gundah, tidak keruan.
" Aku mahukan kamu... terlalu ingin.." bisiknya di telingaku. Nafas nya terasa lembut bermain di leherku.
Saat dia merapatkan bibirnya ke bibirku,mataku ku, ku katup rapat.
Kemudian...
" Ini yang awak imagine kan, bukan? dirty mind.. ' ujarnya tiba-tiba.
Aku buka mata dan lihat dia sedang berdiri di depanku, memandangku sinis. Bibir itu meleret senyum mengejek.
Pelukannya juga sudah lama terlerai.
Indra meninggalkanku yang terpinga-pinga. Kedengaran tawa lucu darinya.
Dia mempermainkan aku?!
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...