Pagi yang biasa untuk ke sekolah. Selepas bersarapan pagi, bersalaman dengan mak, malah aku sudahpun lupakan apa yang berlaku malam semalam, aku keluar dari rumah dan lihat Indra sedang menantiku.
" Selamat pagi!"sapanya sebaik melihatku. Aku angguk sahaja dan terus berjalan sambil menunduk tanah, menuju ke bas stop. Tidak berani bertentang mata dengannya.
Otak ku hanya putar-putar mengingatkan yang dia tahu.
Tentang debaran ini setiap kali di sisinya.
Jadi, aku bertambah segan dan kekok dengannya.
Kedengaran dia mengikut langkahku dari belakang.
Kami akhirnya sampai ke bus stop.
Masih tiada percakapan antara kami. Dia duduk di sisiku, masih sunyi.
Aku pula berpura-pura melihat jalan yang kosong, konon-konon menanti bas. Sesekali aku belek jam tangan, berpura-pura seolah-olah aku ingin cepat ke sekolah.
5 minit, 7 minit...
"Lambat pula bas kali ini." Getus hatiku.
Aku mencuri pandang pada Indra yang rupanya sedang khusyuk membaca novel di tangan. Dia duduk bersandar di tiang, dengan kakinya yang panjang itu dijulur selesa.Rambutnya beralun lembut ditiup angin pagi, membuai, bagai karya photoshoot.
Aku jeling buku di tangannya. Karya Shakespeare,
"Hmmm....mungkin dia curi ayat-ayat mengayat dari situ.' Fikirku bersangka buruk.
Tidak perasan yang dia menyedari aku yang memerhatikan dirinya.
Saat aku sedar, dia sudahpun lama memandangku. Redup matanya merenung tepat pada wajahku.
Aku kalih renungan mataku.
Dia pula tutup buku di tangan.
"Malam ini, singgah ke rumah saya. Kita boleh berjanji temu." katanya tiba-tiba.
Aku pandang dia dengan kerut seribu di dahi.
Tersemat senyum kecil di hujung bibirnya.
Da..date? What?!
.
.
.
.
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...