Tika itu..
Di depan rumahku.
Dia memandangku dalam sinar mata yang suram.
Lalu dia menyisir rambut tepiku, diselit ke tepi telinga, dan mengusap lembut pipiku.
" Awak okey kah?" tanya dia.
Aku tahu dia maksudkan tentang hal merahsiakan hubungan kami ini.
" Saya? Tentulah okey, saya yang nak ini semua. Don't worry! I'll be okey! " ujarku seriang boleh.
Aku tidak mahu dia serba-salah.
Dia menghela nafas berat, masih enggan menerima idea aku ini.
Kemudian, kami berpisah.
Tetapi, apa yang menganggu fikiranku adalah ketika dia berlalu pergi, kata-katanya...
"Whatever happened, believe in me, okey?"
.
.
.
Itu hal 3 hari lepas.
Dan sudah 3 hari, kami berdua berjaya rahsiakan hubungan ini. Di sekolah, kami tidak rapat dan buat hal masing-masing. Dia dan grup nya + fan club dia+ Tasha and the geng manakala aku bersama kawan-kawanku.
Jika kami terserempak di luar sekolah, jika ada orang ketiga, kami berlakon seolah-olah seorang jiran dan kenalan ; bersahaja. Tidak lebih dari itu.
Waktu kami berdua-duaan hanya lah ketika menunggu bas ke sekolah, bersama-sama, setiap pagi. Itu sahaja.
Waktu singkat itu.
Rindu?
Terlalu sangat, hinggakan aku sering memerhatikan dia dari kejauhan. Diam-diam.
Seperti dahulu, aku kembali menjadi pungguk yang rindukan bulan.
" Takpe, 6 bulan je.." pujuk hatiku.
Seusai tiba di hentian rumahku, sebaik sahaja aku turun dari bas, terus perhatianku tertarik pada seorang perempuan sedang mencangkung di tepi longkang. Seksi orangnya. Dia memakai mini skirt yang ada ruffle –ruffle di kelilingnya, mendedahkan pehanya yang putih. Baby tshirt yang kecil itu begitu sendat di dadanya.
Tiba-tiba, perempuan itu menoleh padaku.
Aku terkedu bukan disebabkan paras rupanya yang cantik bak bidadari, atau kulit putih susunya yang mulus ataupun rambut hitamnya yang lebat, ikal , tetapi disebabkan matanya yang indah. Anak matanya biru seperti lautan di Maldives.
Mat salleh?
Aku toleh ke tempat lain. Ish...mampus lah kalau dia tegur aku. BI aku tak bagus sangat!
Langkah kaki aku atur laju-laju, meninggalkan tempat ini.
Tetapi baru beberapa langkah, aku toleh kembali padanya. Ada air mata bergenang di raut manis itu. Rasa kasihan terus mengetuk hatiku. Haishh~
" Hye, May I help you? You look distress." Tegur ku menghampirinya.
Dia terus berdiri. Bodynya langsing, tinggi , 36-24-36.
" Yes,i lost my bracelet. It's in this drain.Look, there it is!" Ucapnya dengan Bahasa Inggeris yang begitu laju.
Dia menunding pada satu gelang yang terdampar di dalam longkang ini. Agak dalam juga, tapi boleh lah kalau nak amik, takde masalah. Cuma kena panjat sikit je..
" But I can't climb down.. " sambungnya lagi.
Aku pandang dirinya. Kasut tinggi, tas tangan mewah dan baju yang branded. Well,
" Ok.I help you." balasku.
Aku letakkan beg sekolah ke tepi, singkatkan kain sekolah dan senseng lengan baju, kemudian panjat turun ke longkang besar ni. Selamat lah tak kotor sangat, Cuma ada air hujan dari semalam sahaja.
Proses menyelamatkan bracelet 'mat salleh' ni tak lama pun, 5 minit je, dan sebaik aku berikan padanya, beratus-ratus kali dia ucapkan thank you padaku. Dia siap hulurkan wang membalas budiku, tapi aku tolak. Agaknya bracelet ini sangat istimewa baginya.
Tetapi apa yang terjadi antara kami tidak berakhir di sini sahaja. Sewaktu aku ingin beredar, dia tiba-tiba menarik hujung bajuku.
" Also, I'm kind of ...lost." Katanya tersengih-sengih malu. Comel, ujarku dalam hati.
"Oh.."
Dan...
Aku sebagai warga Malaysia yang baik hati, temankan lah dia ke destinasinya. Dia ada alamat rumahnya, ditulis di atas sekeping kertas.
Sepanjang perjalanan, dia banyak berceloteh. Ceritanya, dia dan family dia baru pindah ke Malaysia, tetapi dia sesat ketika berjalan-jalan di sekitar. Aku iya kan sahaja, dan balas sikit-sikit dalam Bahasa inggeris yang berterabur.
Sebaik sahaja kami sampai ke destinasi, sekali lagi aku terkedu. Rumahnya adalah banglo mewah, seperti rumah kedutaan.
Dia menekan intercom.
Seorang lelaki menjawabnya dalam Bahasa Jepun.
Dia turut membalasnya dengan Bahasa jepun juga. Suaranya comel dan lembut, sama seperti anime yang aku tengok.
Patutlah aku tengok dia ni tak cam pure mat salleh sangat, cam mix mix Asian juga ni.
Pintu pagar terbuka automatik.
" Terima kasih sebab teman dan hantar saya ke sini. " katanya lancar dalam Bahasa melayu, tanpa pelat.
"Mata o ai, Ziezie-san." (Jumpa lagi, Ziezie)
Dia senyum dan masuk ke dalam banglonya.
Aku pasti yang aku tidak pernah beri namaku pada nya.
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...