Cuaca cerah dan tenang . Di kaki langit biru, segaris kabus putih dari laluan kapal terbang, mencorak panjang.
Indah.
Nyaman.
Namun, aku tidak merasakannya. Kerana,ketika ini, di belakang sekolah, 4 serangkai beauty sedang mengelilingi Kayla. Mereka semua menyinsing lengan, dan kain diangkat tinggi, ala-ala gangster.
"Kau memang cari nahas kan!" ujar Tasha, sambil membelek kukunya, gaya seorang ketua.
Mata biru Kayla, bulat merenung mereka.
Jelas dia tidak mengerti. Innocent.
Bulatan mereka semakin kecil, menjerat Kayla di tengah-tengahnya.
" Kau tahu tak siapa aku ni? Kau jangan memandai-mandai buat cerita yer, kononnya kau dengan Indra tu couple."
" Eh, but it's true." Jawab Kayla.
Pap
Kayla ditampar oleh Fasha.
" Menjawab! Ha kan dah kena!" ujar Marsha disambut gelak tawa mereka.
" Indra is mine. Understood? Kau jangan sekali-kali mengatal, mengedik dan terhegeh-hegeh dengan dia okey? Kalau tak..." Tasha memandang Sasha, lalu Sasha bagaikan mengerti, menendang betis Kayla, membuatkan Kayla terjatuh melutut ke tanah.
" Ni baru amaran . Kalau kau nak selamat 3 bulan kat sini, dengar cakap aku. Jauhi Indra, buat hal kau sendiri dan jangan cuba lawan aku, faham?" ugut Tasha.
" Awak semua ni macam peribahasa ini.. emm... apa yer.. ah, bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Tak malu ke? Sendiri terhegeh dengan Indra yang tidak interested dengan kalian semua." sindir Kayla, tidak gentar.
Perbuatannya hanya membuatkan mereka semakin berang.
" Berani kau yer!" Fasha menjerit dan terus mengangkat kakinya hendak menendang Kayla.
Automatik, aku terus berlari keluar dari semak , tempat persembunyianku, menuju ke arah mereka.
" Jangan! Berhenti! " jerit aku sekuat hati.
Aku cuba tolak Fasha, cuba menyelamatkan Kayla. Tetapi, serta-merta, Marsha dan Sasha menangkap aku. Tubuh aku dikunci dalam pegangan mereka.
" Aku akan beritahu cikgu tentang ni! " ugutku dalam getar suara yang takut.
Tasha ketawa.
" Kau nak report cikgu? Report lah! Dengan kau, kau sekali kiteorang belasah kat sini."
Tubuh aku ditolak ke arah Kayla. Jatuh menghempap dia.
Kini aku dan Kayla berada di tengah-tengah bulatan mereka. Terkepung seperti arnab di dalam sangkar. Aku memegang bahu Kayla.
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...