Waktu rehat, favourite time aku. Waktu paling free dan dinanti-nanti. Aku keluarkan bekal yang dibawa, seperti selalu, setiap hari.
Kemudian telingaku menangkap bicara perbualannya.
Dia dikelilingi beberapa orang pelajar perempuan yang cantik , popular, dan gedik di kelas. Okey, gedik tu diorang tak ngaku, aku yang tambah. Mereka adalah 4 serangkai beauty student, Tasha, Marsha, Fasha, Sasha dan Syafiq.
Eh apa pula Syafiq tu buat kat situ? Lupa pula dia agak 'lembut' orangnya dan memang busybody macam papparazi.
" You tak pergi makan ke?" tanya Tasha.
Meremang lak aku dengar kelembutan tutur katanya. Selalu, kau aku je?
" Saya? " terkebil-kebil Indra, disoal manja begitu.
Tasha angguk dengan lentok lentik yang mengoda.
" Saya tak biasa makan seorang diri." jawab Indra, lembut. Suaranya sahaja dah boleh gugur iman anak dara berempat ini. Syafiq pun terjebak sama. Aduhai~
" Eh, kiteorang ada boleh temankan." ujar Sasha laju.
" Jom! Kita pergi kantin." ajak Fasha pula. Dia menarik tangan Indra.
Indra tidak menolak pula tu, mengikut je kumpulan ini, 2x5 miang kan? Terus beremang bulu roma aku teringatkan hal pagi tadi antara aku dan dia. Huissh...~
" Sayangnya, saya tidak biasa makan makanan kantin." kata Indra tiba-tiba.
Langkah mereka semua berhenti betul-betul di tepi aku.
"Eh, abis tu?"
" Alangkah bagusnya kalau saya dapat makan masakan dari rumah yang di masak oleh gadis cantik seperti awak semua. " keluh Indra berdrama.
Nampak sangat alasan dia tidak masuk akal. Makan je lar, konon tak makan makanan kantin konon. Nampak sangat 'kepura-puraannya'. Tapi, keempat-empat gadis ini menganggap serius permintaan Indra ini. Serius je raut wajah masing-masing.
" You suka masakan rumah yer.. air tangan I..."kata Marsha, mengigit kuku, berfikir sesuatu.
Kemudian, keempat-empat mereka tiba-tiba mengucapkan ungkapan ini, dengan penuh rasa terharu. Iaitu...
" Romantisnya.." ujar mereka berempat, excited.
Syafiq di tepi, turut mengangguk-angguk kepala, bersetuju.
Mak ai, mudah sangat masuk jerat Indra. Nampak sangat kot dia berpura-pura. fikirku dalam diam.
Aku buka bekalku, tidak mengendahkan mereka. Buang masa kot.
Tetapi, aku dapat merasakan satu renungan tajam dari mereka. Aku toleh pada Indra yang juga merenungku. Bibirnya sedang mengukir senyum nakal.
" Ah... laparnya..." keluh Indra, dengan muka sedih, memandang bekal ku. Bekal cantik aku yang dihias ala bento; yang aku belajar gigih dari youtube. Bekal yang aku excited nak makan sebab tak sempat breakfast tadi. Bekal ini!
Aku renung tajam pada Indra. Dari sinar matanya, aku dapat rasakan seriously, ini semua tampak disengajakan. Instict aku rasa yang dia sengaja. Why?!
" Ziezie, kongsilah bekal kau tu. Korangkan kawan?" tegur Tasha.
" Jiran je.." aku membetulkan Tasha.
" Tak kisahlah. Kau bagi je lah bekal kau pada dia."
" Dia kan student baru, tak kesian ke kat dia?"
" Aah, janganlah kedekut sangat."
" Nanti aku gantikan dengan wang, berapa kau nak? Kau pergi lah beli makanan baru di kantin."
Bertubi-tubi paksaan mereka itu macam samseng pula. Semua demi Indra. Apa lah aura Indra ni sampai begini sekali.
" Tapi, portion aku ni cam tak cukup untuk.." alasanku di potong Indra.
" Takpe, saya memang makan portion sikit je."
Lantas dia menarik kerusi, duduk di mejaku, berdepan-depan. Tanpa sempat aku pelawa, dia mengambil sudu di tangan, menceduk nasi dan lauk, dan disuapnya ke mulut, dikunyahnya perlahan.
Kemudian, pipinya berubah kemerahan-merahan,matanya buntang bagai terkejut, lalu dia memandangku.
" Sedapnya.." pujinya manis tersenyum. Ikhlas.
Aku tergamam. Syafiq juga.
Begitu juga empat beauty serangkai.
Bagai tak percaya, mengapa, entah mengapa...untuk seketika, aku lihat dia bersinar, tampan berseri.
Dia terlalu elok.
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...