27- Dear Diary (C2)

25 2 0
                                    

" Okey class, kita ada transfer student dari Jepun hari ini. Dia akan bersekolah di sini selama 3 bulan sahaja. Harap kamu semua berbaik-baik dengannya. Ok, kenalkan diri." Cikgu Nora memulakan bicara hari ini.

Dia merenungku

Gadis yang aku jumpa tempoh hari. 

"Hai, nama saya Kayla Shimizu. Selamat berkenalan!" ujarnya ceria, fasih dalam bahasa melayu. Dia disahut dengan gembira oleh pelajar-pelajar lelaki yang lain.

Masakan tidak, dirinya cantik, persis model, tinggi, ramping dan berdada besar. Baju kurung yang dipakainya ketat, muat-muat sahaja. Dia bagai anak patung jepun, yang digilai otaku.

Kemudian dia senyum dan kenyit mata.

Manisnya boleh jadi diabetis.

Keadaan kelas semakin riuh, penuh sorakan.

" Sudah! Sudah! Senyap semua!" tegur cikgu Nora. Keadaan kembali tenang.

"Kayla, kamu boleh duduk di tempat kosong itu." arah cikgu Nora sambil menunjukkan satu tempat kosong di belakang.

Dengan lemah lembut, gemalai bagai kan catwalking, dia menuju ke tempat duduknya. Aku sedar yang 4 serangkai beauty, Tasha and the geng, menjeling tidak suka pada kehadirannya. Menjuih-menjuih mulut mereka muncung sedepa.

Kelas bermula tanpa kecoh. 

Hinggalah, waktu rehat bermula. Waktu yang ditunggu-tunggu semua. 

Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, pelajar lelaki terus mengerumuni Kayla. Dia dihujani dengan berpuluh-puluh soalan.

" Tinggal mana?"

" No telefon apa?"

" Tinggi berapa?'

" Boleh berkenalan tak?'

" Ada boyfriend tak?"

Kayla  menjawab satu persatu soalan dengan mesra, seolah-olah dia sudah biasa. 

Dari yang soalan pervert contoh tanya saiz bra,tahi lalat hinggalah soalan-soalan simple, semuanya dijawabnya dengan senang hati. Malah bila dipinta untuk selfie, dia terima semuanya dan pastinya dia kelihatan photogenic di setiap gambar. 

Tiada cela, perfect!

Krakkkk!!

Bunyi kerusi diseret kebelakang. Aku lihat Indra beredar dari tempat duduknya, hendak keluar dari kelas. Dia satu-satunya pelajar lelaki yang tidak berminat dengan kehadiran Kayla. 

Hati aku terasa ada yang tidak kena.

Krakk!!

Giliran Kayla pula menolak kerusinya ke belakang. Dia bergegas keluar dari kumpulan pelajar yang mengerumuninya. Langkahnya laju mendapatkan Indra dan tangan Indra ditariknya, menghentikan Indra.

" I got you!" kata Kayla, memeluk erat lengan Indra ke dadanya. Indra diam, tidak menepis. Tetapi tidak pula dia terkejut dengan tindakan Kayla yang tiba-tiba memeluknya. Seolah-olah ini bukan kali pertamanya.

Pelajar lelaki yang lain kelihatan cemburu.

" Eh, awak kenal dia ke Kayla?" tegur Arif, ketua kelas kami.

" Mestilah! Kami ni satu set, eh bukan...apa panggil kat sini... emm.. ah! Kami adalah couple!" jelas Kayla.

Tasha tersentap sehingga terbangun dari duduknya.

Begitu juga semua rakan sekelas yang lain.

Terkejut, tergamam. Tersentak.

Aku juga, cuba mengawal perasaanku.

Couple? Bila masa? Eh?

Perlahan-lahan aku memandang Indra.

Anak mata kami bertaut dan bibir itu meleret senyum, tidak menafikan.

What?!

What?!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear DiaryWhere stories live. Discover now