+ Dia dah berubah sikit kan?"
+ Aah, dia tak seperti kali pertama dia start sekolah hari tu. Charming dan penuh dengan sweet talk.
+Mulanya aku ingatkan dia playboy, tapi sekarang ini dia senyap dan sering bersendirian."
+Tapi, dia lebih mysterious cam ni kan?"
"Dia sangat cool!" ujar Sarah, Rara dan Liza serentak, kemudian tertawa beramai-ramai.
Aku yang turut serta melepak dengan rakan-rakanku ini, hanya tersenyum. Aku tahu mengapa Indra berubah. Sebab dia dah ada girlfriend. Takkanlah dia nak sweet-sweet talk lagi dengan perempuan lain. Betul tak?
" Haish,, kalau tak disebabkan Tasha dan kawan-kawan dia, dah lama aku ngorat Indra tu.Disebabkan dioranglah, takde pelajar perempuan pun berani dekat dengan Indra." Rungut Sarah, sambil membaling batu kecil masuk ke kolam.
" Hello, perasanlah kau nak ngorat dia. Aku pula just tengok dan admire dari jauh pun dah cukup buat aku melting." kata Rara pula.
" Haishhh.. aku pun sama." sahut yang lain-lain.
" Tapi Zie, untunglah kau kan, korang berjiran, mesti hari-hari kau dok skudeng Indra kan?" usik Liza memandang ku.
" Yerlah, ajaklah kiteorang lepak rumah kau. Bolehlah aku tumpang skudeng juga! " gurau Sarah mencucuk pinggang ku. Mengeletis aku kegelian.
" Entah, jangan kedekut." Rara pula mengeletik ku.
"Weekend ni bagi kiteorang lepak sana." Ujar Zati pula. Mereka bertiga terus berpakat mengeletek aku. Aku ketawa geli. Terbahak-bahak sampai putus nafas. Almost berguling aku kat tanah. Teruk r diorang ni!
" Woi!! Shhhh!!!" kata Sarah tiba-tiba. Gurauan kami semua berhenti, masing-masing memandang Sarah.
" Aku perasan, Indra tengah pandang kat sini." beritahu Sarah.
" Mana-mana?" tanya Rara, teruja. Dia pandang kiri kanan mencari Indra.
" Hishh.. kau ni... jangan obvious sangat boleh tak. Tu, kat tingkat atas." Ujar Sarah perlahan.
Serentak kami semua mendongak ke tingkat atas, yang betul-betul mengadap taman kecil ini. Kelihatan Indra di tepi tembok, memerhatikan kami. Redup matanya memukau pandangan kami.
Kacak!
Aku pasti itu yang muncul dalam fikiran mereka bertiga yang sedang terkedu, ketika ini. Begitu juga aku! Kesempurnaannya tidak pernah jemu di lihat, tak kira bila atau apapun, dia cukup menyerlah.
" Aku rasa, dia mungkin sukakan salah seorang dari kita." Liza memecah kesunyian, sempat menjeling padaku.
" Ah, atau mungkin, dia pelik tengok group kita ketawa cam langsuir kan?" balasku cepat.
"Hahahahah!.."
Tawa terhambur dari mereka semua.
" yang tu cam betul.. hahahah!" sokong Sarah dalam tawa.
Aku tarik nafas lega.
Walaupun aku serba-salah membohongi teman-teman ku ini, tetapi, hanya ini sahaja caranya untuk aku lalui hari-hari tenang seperti ini, di sekolah ini.
Senyap-senyap aku pada ke arah Indra.
Dia melemparkan senyum padaku, sebelum berlalu pergi.
Cool~
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...