"Apa semua tadi tu?" tegur Indra sebaik sahaja kami turun di hentian bas.
Suaranya garang. Dia marah.
Ini kali pertama aku lihat dia begini.
Aku tatap dia yang tidak berganjak di depan ku. Raut wajahnya tiada senyum, tiada kemanisan. Tegang.
"Ini kali kedua awak buat begini. Awak macam tak bagi saya beritahu yang awak ni girlfriend saya. "
Aku tunduk, menguis tanah dengan hujung kasut. Membisu.
"Awak malu ke bersama dengan saya? Tak suka saya jadi teman lelaki awak? Saya tak layak jadi boyfriend awak ke?"
" Taklah!" bangkangku keras.
" Yang patut malu awak kot, kalau orang nampak awak dengan perempuan huduh cam saya, diorang pasti mengata. Awak dah lah kacak, saya ni tak seberapa orangnya.. Awak dah la famous, saya outcast. Awak disukai ramai,saya? orang tak perasan pun kewujudan saya. Awak yang patut malu jadi teman lelaki saya. Saya tak layak untuk awak." jelasku panjang lebar.
Aku pandang dia yang berpeluk tubuh, tanda dia cenderung untuk tidak mendengar apa-apa alasan yang aku cakap sekarang ini. Renungannya tajam tembus ke dalam mataku.
" Habis tu?'" soalnya masih keras.
" Saya tak nak orang mengata awak je, taknak nanti diorang kata eee.. buruknya teman wanita Indra tu, harap muka je hensem, tapi tak pandai pilih teman hidup.. "
" Apa helah awak ni? Saya tahu awak bukan low self-confident camnie. Beritahu saya hal sebenarnya."
Aku terdiam. Indra tahu rupanya aku buat 'drama' je ni.
Memang aku tak de lah cantik mana, tapi ada le comel-comel sikit. Memanglah aku tak famous, tak dikenali sangat, tapi aku tak kejar semua tu pun. Life aku biasa-biasa je. Dan aku rasa okey je dengan hidup aku camni. Aku ada kawan-kawan yang walaupun tak ramai, tapi baik semuanya.
" Ada orang ugut awak ke? Tasha? " teka Indra.
" Awak tahu?!" terkejut aku.
" Saya ade dengar-dengar yang Tasha dan rakan-rakannya, put a mark on me. Mereka ugut awak ke? Jangan risau! Esok saya akan jelaskan pada mereka. "
"Don't worry I will protect you." kata Indra lagi, sambil memegang bahuku.
" Eh! Taklah, taklah! Mereka belum tahu lagi pasal kita."
" Takpe, esok saya beritahu mereka tentang kita."
" Eh! Takyah! Tak perlu!"
Laranganku buatkan Indra berkerut dahi. Nyata dia confius melihat aku berdolak-dalik begini.
" Sebenarnya..."
Aku pilih untuk cerita kan hal sebenar. Panjang lebar ceritaku. Selepas dia mendengar permintaan ku untuk merahsiakan hubungan kami, dia terdiam lama.
" Tak lama pun, sampai habis SPM. Lepas tu, kita boleh open pasal relationship ini." pujuk ku.
Indra diam membisu, mungkin memikirkan sesuatu.
"Maksudnya, tiada sesiapa pun boleh tahu yang saya cintakan awak?" ujarnya kecewa.
Eh,
Aku tergamam.
Pipi ku terasa hangat malu. Aku terlalu sibuk memikirkan camne nak cover hubungan gf-bf kiteorang ini, sampaikan terlupa yang aku mencintai nya.. dan dia..
" Awak cinta kan saya?" tanya ku perlahan, masih sukar mempercayainya.
Bibir merahnya menyulam senyum yang teramat manis.
" Lebih dari segala-galanya."
.
.
.
Dear Diary,
Aku tak tahu samada keputusan ini betul atau tidak.
Tapi, aku ingin berada di sisinya... selama-lamanya.
yay? nay?
Vote for more! Thanks!
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...