Dear Diary,
Bagai tidak percaya, aku tidak mahu lepaskannya, sesuatu yang begitu indah,
yang mengalir bagai air terjun di hati.
Perasaan ini...
cinta?
.
.
.
.
.
" Pandai betul Ziezie masak, selama ini makcik tak tau pun."
Hahahah~
" Sedap betul masakan Ziezie, pandai kau didik dia Som. Pandai belajar, pandai masak, sopan santun,senang nak kahwinkan dia nanti. Bertuah laki dia nanti sok,Som."
Hahahah~ (-_-;;)
Pujian melambung-lambung acik Rohana, aku terima dengan segan yang tahap dewa, dan hanya tersipu-sipu tanpa bicara. Malu lah wei, depan mak aku pula tu.
Aku jeling pada Indra yang sedang menikmati makan malamnya, tanpa mengendahkanku.
Sebenarnya,malam ini, tiba-tiba je mak aku ajak acik Rohana dan Indra datang dinner bersama-sama. Mula-mulanya aku rasa pelik, kenapa pula kan, rupa-rupanya si Indra ni buka mulut pasal masakan aku siang tadi. Tak pasal-pasal, aku kena masak dinner malam. Selalunya, aku masak untuk kenyang perut aku aje.. Mak aku pun tak tahu menahu yang aku banyak belajar memasak dari youtube.
Sebaik, dinner kami tamat, dan seusai je aku siap membasuh pinggan dan mengemas dapur, aku naik ke bilik. Membiarkan mak aku dan acik Rohana berborak di ruang tamu. Sempat aku mencuri pandang pada Indra yang sedang membaca majalah di situ.
Dia tidak mengendahkan aku.
Fine~ Tak heranpun.
Di bilik, aku terus ke meja study.Earphone di pakai di telinga, dan music kegemaranku yang disimpan di telefon bimbit, berkumandang, menemaniku belajar.
Satu lagu, dua lagu..
Kemudian, sayup-sayup aku dengar bunyi ketukan pintu. Aku hentikan musik, memandang pintu yang memang tidak aku katup.
" Hai." tegur Indra di muka pintu.
Terkejut dan gelabah, aku cabut earphone yang terlekat di telinga. Aku pantas berdiri dari duduk., terpaku di meja.
" Apa awak buat kat sini?"
Dia tidak menjawab. Matanya merenung ke almari buku yang terletak di satu sudut. Kemudian, dia terus melangkah masuk ke bilikku.
Selambar?!
Dia menuju ke almari buku yang punya buku-buku tersusun berderetan. Dia hulur tangan, seakan ingin mengambil sesuatu.
Aku lihat apa yang dia ingin ambil tanpa minta izinku.
Sebuah buku nota bewarna merah jambu.
My diary!
" Eh, Tak boleh!" jeritku berlari mendapatkan dia.
Entah bagaimana, kakiku terpijak bekas cd yang terlantar di lantai. Silap aku membiarkan ia bersepah tadi.
Aku tergelincir.
Kemudian bagaikan cerita matrix, pandanganku dari melihat ke depan, dari melihat dia yang terkejut dengan tindakanku, perlahan-lahan pandangan ini beralih memandang siling putih dengan kipas yang sedang berpusing-pusing. Kompom aku jatuh terlentang ni.. fikirku saat itu.
Tanganku menerawang mencapai sesuatu.
' Ah'
Indra terjerit perlahan.
Rupanya aku tertarik lengan baju tshirtnya, lalu membawa dia turut sama jatuh, bersamaku.
" O.M.G." jerit hatiku, bengang dengan diriku yang cemerkap.
Bam!!
Beberapa buah buku turut terjatuh, satu persatu kena ke atas tubuh Indra yang berada di atasku. Sempat tangannya menahan dirinya dari menghempapku, membuatkan dia bagai berada di posisi tekan tubi, dengan aku di bawah tubuhnya.
" Awak tak apa-apa?" tanyanya padaku.
Waktu ini sepatutnya, aku geleng kepala dan cakap tiada apa-apa, no problems, tetapi entah kenapa, aku terus teringat hal pagi tadi, di mana dia cuba ....
Aku terus pejam mata, tutup mulut ku rapat-rapat dengan tangan kiri, manakala tangan kanan pula, menutup dada.
Seriously aku nampak cam stupidito~
" Hahaha.." Indra ketawa lucu. Dia bangun berdiri.
" Indra! Ziezie! Bunyi apa bising kat atas tu!" jeritan mak kedengaran lantang. Dengar seperti dia ada di tangga, ready untuk naik.
Aku buka mata dan melihat Indra mengambil satu kotak di sisi diary merah jambu ku. Itu kotak mak aku, dalam tu ada gambar zaman muda remaja dia. Mak sukalah simpan barang dia kat dalam bilik aku, tanpa pengetahuan aku!
" Takde apa-apa makcik, buku jatuh jer. Nanti saya turun bawakan barang makcik." Jawab Indra, menjengah keluar bilik.
Mak yang berada di tangga, tidak jadi naik. Dia kembali ke ruang tamu, sambung borak dengan Acik Rohana.
Aku bingkas bangun. Bekas Cd yang dipijak sudah retak. Favourite album lak tu.
" Awak ingat saya nak usik awak macam pagi tadi ke?" tanya Indra, mendekatiku.
Aku teranjak ke belakang sedikit. Cuba menjauhinya dirinya yang sedang berjalan ke arahku.
" Er.. aah! "
"Jadi betullah yang awak usik saya pagi tadi!"
" It's not nice doing such thing.Tak manis. Tak elok."
" usik saya begitu.. "
Aku berceramah dalam ungkapan yang putus-putus, nervous melihat dia yang semakin dekat.Dia berhenti didepanku. Begitu rapat, jarak antara kami hanya beberapa inci.Apa masalah dia ni? Mengapa dia selalu buatkan aku rasa nak berhenti jantung ini.
Aku alihkan mataku dari menatap wajah tampan nya.
Kulitnya lebih bersih dari aku, dammit!
" It's fun."akuinya bersahaja.
Fun?
Aku memandang dirinya. Renungan mata kami bertaut.
" Ia menarik, mengusik seperti ini. " katanya lagi.
Aku tidak mengerti.
Kemudian, dia senyum mengusik.
"It's fun teasing someone that like me."
"They won't get mad at me. No matter how far I teased them, right?"
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...