Isnin
Seusai aku sampai ke kelas, perkara pertama yang aku lakukan adalah untuk tidak bertembung dua mata dengan Indra. Aku tidak mahu terlalu ketara yang aku sukakan dia, dan MASIH LAGI SUKA!
Hari itu aku dah cakap yang aku tidak mahu dia permainkan perasaan aku.
So, aku nak stop whatever perasaan yang aku ada terhadap dia, supaya dia tidak dapat jadikan kelemahan aku ni, game baginya.
Tetapi,honestly aku masih lagi gagal membuang perasaan ini. Sukarnya, walaupun aku cuba melupakannya.
Sebaliknya, rindu pula menjengah ke hati.
Sepanjang sessi kelas pagi, tiada apa-apa yang berlaku hinggalah waktu rehat, baru aku menyedari yang Indra tidak masuk kelas hari ini.Punyalah focus aku pagi tadi , tak pandang keliling, hingga tidak menyedari yang tempat duduk Indra kosong.
Tidak aku tahu yang ia akan kosong lagi untuk esok, dan esok dan seterusnya.
Dear Diary,
Seminggu. Sudah seminggu dia tidak ke kelas.
Apa yang terjadi padanya?
Aku risau.
Terlalu bimbang.
Tapi aku tidak berani mencarinya.
Khuatir yang aku tidak dapat lepaskannya.
Rindu.
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...