21- Dear Diary (C2)

62 6 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Eh, macam tak percaya pula hari ini, saat ini, ketika ini, aku bukan single mingle dan available lagi. Aku sudah berpunya, hati ini sudah dimiliki orang. So, kepada semua yang menyukai aku dalam diam ke, atau dah plan nak luahkan perasaan ke, sila take note yang aku terpaksa melukakan hati korang semua.

Sorry la ye..

Hahahaha!

Aku bermonolog sendirian membawa seribu rasa kegirangan yang sudah sampai ke kemuncak Everest. Aku terawang-awang, fly to the moon, out of this universe. Itulah panahan cinta sang cupid yang memilih aku dan dia.

" Kau ni dah tak betul ke? tersengih sorang-sorang ni?" tegur mak.

Cepat-cepat aku tutup mulut, sambil pura-pura tak dengar. Aku habiskan nasi goreng aku, minum air the seteguk dua dan terus bersalaman dengan mak, hendak ke sekolah.

" Hati-hati!" pesan mak sebelum aku keluar dari rumah. Aku sahut sahaja dari luar, excited hendak berjumpa Indra.

Dia kata akan kembali ke sekolah cam biasa. Dan bila dia ke sekolah, selalunya dia akan tunggu aku di depan rumah.

Aku pandang pintu pagar.

Kosong.

Hmm...

Mungkin di bas stop kot.

Aku atur langkah laju ke bas stop dekat rumah.

Lenggang.

Eh, dia tak ke sekolah ke?

Aku labuhkan punggung ke tempat duduk. Demam ke? Sakit ke? Lambat bangun ke? Eh risau pula aku.

Waktu ini lah aku jadi bengang pada diri sendiri, sebab tak singgah rumah dia tadi, padahal dia jiran je. Lepas tu, bengong sebab tak minta nombor telefon Indra. Kalau tak, boleh lah aku confirmkan dengan dia.

" Takpe, tunggu jap.." pujuk ku positif.

Lebih 15 minit, aku dah rasa tak senang duduk. Bas yang sampai ,  aku ignore ,sebaliknya terus pusing balik ke rumah Indra. Kot-kot ada hal emergency yang menyebabkan dia tak dapat datang ke... itu yang aku fikir sepanjang perjalanan ke rumahnya.

Sebaik aku sampai di rumah Indra, kelihatan acik Rohana sedang menyapu dedaun kering di halaman.

" Assalamualaikum acik.. Indra ada kat rumah ke?" sapaku lemah lembut. Ini bakal MAKCIK MERTUA aku ni hoho!

Acik Rohana memandangku. 

Raut wajahnya terus berubah manis saat melihatku.

" Eh, Indra dah pergi sekolah dah. Rasa dah setengah jam lepas dia gerak.Lama dah, kenapa ?"

Aku terkulat-kulat sendiri. Dah pergi? Eh?

"Kamu tak pergi sekolah ke? Dah lambat ni?"

Hahahahah~

Hahahaha...

Habislah aku lambat!!

Indra!!!

Yay? Nay? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yay? Nay? 

Vote for more.

XOXO

Dear DiaryWhere stories live. Discover now