6-Dear Diary

87 10 0
                                    

Aku termenung jauh, mengelamun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku termenung jauh, mengelamun. Teringatkan hal pagi tadi.

Memang tiada apa yang berlaku antara kami.Syukur sangat, kalau tidak ternoda kesucian yang aku jaga demi maruah keluarga ni. (T.T)"

Tetapi peristiwa tadi mengingatkan aku sesuatu. Membuatkan aku alert pada sesuatu. Iaitu..

Yang aku hampir-hampir 'hanyut' dengan dia.

Bahaya ni!

Dan bunyi tawanya yang nakal itu, meyakinkan aku yang dia ni... bad boy yang species yang lebih bahaya dari apa yang aku sangkakan.Dia bukan nakal,dia bukan jahat,

Dia bad boy. So bad...

" Bangun semua!" arah ketua kelas sebaik sahaja cikgu Nora, guru kelas kami masuk.

Sessi pembelajaran bermula seperti biasa, aku pun semakin lupa peristiwa memalukan pagi tadi, hinggalah tiba-tiba, guru besar masuk ke kelasku. Di sisinya, ada Indra.

Cepat-cepat aku sembunyikan muka di balik buku teks.

" Cikgu Nora, ini murid baru transfer. Saya lupa nak beritahu kamu semasa mesyuarat minggu lepas. Dia akan ditempatkan di kelas kamu. "

Selepas berbincang seketika, guru besar keluar dari kelasku.

Cikgu Nora memandang Indra yang tidak kemas uniformnya. Sempoi sangat, macam nak pergi mana entah.

" Kamu tak patut pakai begini. Kemaskan sikit seragam kamu. Dan handwrist tu tak boleh pakai waktu sekolah. Rambut kamu pun perlu dipendekkan sedikit. Saya tahu di luar negara, cara pemakaian sekolah kamu berbeza dengan di Malaysia,  saya harap kamu ikut cara kami di sini.."

" Ah, maafkan saya, saya terlupa. " jawab Indra melemparkan senyum manis, membuatkan cikgu Nora segan.

Indra menanggalkan handwrist tajam yang dipakainya, diletak di atas meja guru. Kemudian, dia membetulkan uniformnya di situ, di depan kelas. Kolar kemeja dilonggarkan, mendedahkan alur tulang leher jinjangnya yang dalam.

"Eh, kamu.." tegur cikgu Nora, saat melihat reaksi Indra yang seperti hendak menanggalkan baju.

Indra sengih mengusik.

Dia menanggalkan rantai leher yang rupanya tersarung di dadanya, terselit di balik tshirt dalamnya.

" Ini juga, tidak boleh bukan, cikgu?" tanya Indra.

" Ah, er.. yer.." balas cikgu Nora, malu kerana memikirkan bukan-bukan tadi. Ishh... apa kenalah dengan diri dia ni.Memang budak ni kacak, tapi kenapa setiap gerak geri Indra, mempesonakan, penuh sensual?

Cikgu Nora memandang Indra yang sedang mengemaskan rambutnya pula. Perasan, dirinya diperhatikan, Indra mengenyitkan matanya pada cikgu, bersenda.

" Er, kamu boleh duduk di belakang sana." Kata cikgu Nora, berdebar-debar. Dia menunjukkan ke arah meja kosong di belakang.

Indra mengangguk lembut.

" Emm... cikgu ada hal sekejap, kamu semua boleh buat self study dulu." Kata cikgu Nora pada semua pelajar kelas tingkatan 5 Cakera. Dengan pantas cikgu Nora, mengambil buku dan alat tulisnya, kemudian tergesa-gesa beredar dengan wajah merah padam. Hingga lupa introduction pengenalan untuk Indra.

Sebaik cikgu Nora hilang dari pandangan, suasana jadi riuh rendah. Yang perempuan berkumpul dan berbisik sesama sendiri, lelaki pula berkumpul di satu tempat, sambil merenung tajam pada Indra. Mereka semua memerhatikan sahaja Indra yang sedang berjalan ke tempat kosong yang dimaksudkan cikgu Nora tadi.

Tetapi, Indra tidak berhenti di situ, sebaliknya berhenti di depan Liza, rakan sekelasku yang duduk di tepi tingkap, tidak jauh dari tempat duduk ku.

" Hey manis, boleh saya duduk di sini?" tanya Indra.

Suaranya yang merdu itu kedengaran memikat, mencairkan hati Liza. Aku yang dengar banyak kali pun, masih  terasa something inikan mereka yang kali pertama mendengarnya. Ishh..

" Saya ingin melihat sesuatu dari tepi tingkap ini, boleh kan tukar tempat duduk dengan saya?"

Liza bingkas mengemas buku masuk ke dalam beg, lalu bergegas ke tempat kosong di belakang, tanpa banyak bicara.

" Terima kasih ya." ucap Indra, pada Liza yang tersipu malu.

Indra tarik kerusi dan terus duduk, menongkat dagu sambil selesa merenungku dari jauh.

Dia senyum.





Dear DiaryWhere stories live. Discover now