23-Dear Diary (C2)

43 5 0
                                    


Dalam perjalanan pulang, aku tak dapat memberi tumpuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam perjalanan pulang, aku tak dapat memberi tumpuan. Fikiran aku jauh mengingati hal yang berlaku di sekolah tadi. Walaupun aku dah cover 'reka cerita' pada Liza yang aku dan Indra, takde apa-apa.

Tapi, percayakah dia?

Memang Liza mengangguk dan tak cakap apa-apa selepas penjelasan 'bohong' yang aku sampaikan padanya, tapi...

Betulkah dia takkan kecoh kan hal itu?

Risaunya aku kalau 4 beauty serangkai tu tahu! Habislah, zaman sekolah aku yang terakhir ini. Lagi 6 bulan je nak SPM, aku taknak lah disebabkan hal ini, aku jadi mangsa buli mereka. Aku nak habiskan zaman persekolahan aku dengan tenang dan selamat.

Jika selama ini aku telah pun berjaya menjadi almost non-existence, karakter tak penting, dalam sekolah ini.. tak kan lah kerana hal ini, satu sekolah akan buli aku?

Tidak!

Aku perlu pastikan hubungan aku dan Indra, tidak diketahui sesiapa; sampai habis sekolah! Ya, itu je cara aku nak selamatkan 6 bulan ni. Masalahnya, camne aku nak beritahu Indra?

Aku memandang Indra yang sedang duduk di sebelahku.

"Mengapa?"tanya Indra. Suara lunak itu mengetarkan perasaan ku. Terkhayal aku seketika.

Kekadang aku macam tak percaya je, lelaki setampan dia, sesempurna dia, adalah teman lelaki aku? Ini bukan kisah novel kan?

" Takde..apa..apa.." balasku gagap. 

Aku memandang ke luar tingkap bas. Memerhatikan jalan raya dan pokok-pokok di luar. Hinggalah, seorang pelajar lelaki mendekati kami.

" Hey Indra!" tegur dia pada Indra. Mereka berdua berbual rancak seketika. Sahabat Indra rupanya.

"Tampan." getus hatiku, memuji.

Dari lencana sekolah yang dipakainya, aku tahu dia pelajar sekolah berdekatan. Tak tahu pula aku yang Indra ada rakan berlainan sekolah dari kami.

" Tapi kacak lagi Indra.." hatiku berlagu gembira, tanpa sedar diriku tersenyum sendiri.

" Siapa tu?" teman Indra memandangku, menyedari.

Indra sengih bangga.

" My girlff.."

" Kami jiran sebelah rumah." pintasku sebelum Indra menghabiskan kata-katanya.

Gila apa! Kalau rakan Indra ni ada juga berkawan dengan pelajar yang satu sekolah dengan kami, dan dia tahu pasal hubungan aku dan Indra, tak ke probability untuk dia hebohkan dan menyebab kan 4 serangkai beauty tahu, tentang aku dan Indra, akan menjadi tinggi? Aku tak boleh amik risiko ni! 

" Oh, you are pretty." pujinya.

" er..."

Aku tersipu malu.

Di sisi, Indra merenungku tajam.

Oh my, seriously, aku dapat rasakan kemarahannya. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear DiaryWhere stories live. Discover now