Perjalanan ke rumah acik Rohana yang hanya di sebelah rumah, terasa begitu berbatu-batu jauhnya. Lemah kaki aku melangkah ke sana. Dan sebaik sampai sahaja di depan pintu rumah, aku merenung kosong di depannya.
Tangan kiri memegang botol ubat dan tangan kanan membawa Tupperware berisi kuih untuk acik Rohana.
Apa possibility nya untuk aku terserempak Indra, kalau aku tak masuk rumah? 0%
Ye. 0% Aku hantar je, deliver je lepas tu chow. Fikirku.
Takde ramah mesra, hanya deliver.
Loceng pintu aku tekan.
Ding dong bunyinya dan bila pintu dibuka.
" Oh, awak.. datang juga awak.. ~" sapa Indra yang membuka pintu. Dia yang memakai v neck tshirt warna biru pastel, merenungku.
0% konon~ huhu
"Jangan salah faham yer. Saya datang nak hantar ni je." jawabku laju sambil menunjukkan kuih yang kubawa.
" Oh, ya?" ada nada tidak percaya dalam suaranya. Keningnya terangkat sedikit, dan senyum sinis bermain di bibirnya.
" Yerlah! "
Aku hulurkan Tupperware kuih padanya.
" Hmm.. camtu tunggu sekejap yer. Saya pulangkan bekasnya. Masuklah dulu. " ajaknya sambil mengambil tupperware kuih ini.
" Tak payah. " balasku cepat seraya berpaling untuk beredar. Tetapi belum sempat aku pusing tubuh sepenuhnya, pantas dia memegang lenganku kiriku. Menarikku,
Dupdap~
Terasa jari-jemarinya melurut turun ke jariku, satu sentuhan lembut yang mendebarkan hatiku.
Dupdap~
, lalu jari itu mengambil botol pil yang aku pegang. Rupanya aku terlupa untuk memberinya.
" Tunggu, sebentar~ " katanya seakan berbisik. Ada senyum manis terukir di bibirnya. Bagai anak kecil yang sedang bermain.
Dia masuk ke dalam rumah.
Aku pula?
Rasa serba tidak keruan.
Seksa menahan debar di hati yang semakin kuat, semakin menggila.
Aku tak tahan lagi,
Semua ini perlu berhenti. Usikannya.
Sebaik Indra muncul kembali di depan pintu, dia pulangkan bekas Tupperware padaku. Di dalamnya ada lauk yang acik Rohana masak pula, kira tukar-tukar makanan lah ni.
" Perasaan saya bukan untuk dipermainkan awak." kataku perlahan seraya mengambil bekas dari tangannya.
" huh?"
Aku tenung Indra dengan satu perasaan tekad.
" Ya, memang! Memang saya sukakan awak. Suka sangat! Tapi, awak tak berhak mempermainkan perasaan saya seperti ini!" luahku marah.
" Saya tak tahulah samada awak pernah suka kat orang atau tak, tapi.."
" Tau tak seksanya diri ini, bila kita sukakan seseorang, tapi orang tu permain-mainkan perasaan kita, sedangkan dia tahu betapa kita sukakan dia? Tau tak rasa sakit, pedih, gembira, marah, bercampur membuatkan saya cam nak gila?
" Hati saya berdebar-debar, jantung saya rasa nak tercabut, kekadang nafas saya tersekat, rasa sejuk, rasa panas, segalanya tidak betul lagi. Kewarasan saya, pertimbangan saya, semuanya macam takde fungsi bila berada di sisi awak. Dan awak terus mempermainkan saya, usik saya, tease saya?"
Indra diam membisu. Dia memandangku tenang, mendengar marahku tanpa reaksi. Ah, dia tak kisah, Ini semua game baginya.
Makin marah pula aku bila fikir begitu!
Tapi aku sedar yang apa yang ku katakan tidak penting baginya. Dirinya yang popular, yang kacak, sempurna, pasti sudah lali diminati orang. Malah, dia pasti sudah banyak kali mendengar ayat 'saya sukakan awak' dari ramai gadis yang meminatinya. Hingga dia anggap perasaan mereka itu untuk dipermainkan, diusik bak katanya,
" Jangan mengusik hati orang, bilamana awak tidak mahu bertanggungjawab padanya." Tuturku mengingatkan dia.
Dia masih memandangku tanpa kata. Redup matanya merenungku lembut, seolah fikirannya jauh melamun, menyembunyikan sesuatu dariku.
Diriku tidak mengerti apa di fikirannya.
Adakah dia mendengar luahan ku ini?
Tahukah dia aku marah padanya?
Adakah dia akan minta maaf di atas semua kelakuannya padaku?
Apa yang difikirnya?
Apa di hatinya?
" Saya se ..."
Kata-katanya terhenti tanpa habis. Dia diam sejenak.
" Saya tahu perasaan itu, lebih dari apa yang awak sangkakan." tuturnya lembut. Kemudian...
Bam! Pintu dikatup kuat.
Dia masuk ke rumah.
Itu sahaja! The end.
Aku juga yang terpinga-pinga di luar.
Teringatkan raut wajahnya yang muram tadi, rasa bersalah mengelumit perasaan.
Adakah aku menyakitkan hatinya dengan kata-kataku?
Macam mana aku yang sepatutnya marah padanya, kini dia pula marah padaku?
Camne boleh jadi camni pula?!
YOU ARE READING
Dear Diary
Teen FictionRaut wajahnya tampan, perwatakannya indah, kenakalannya mengusik. Dia perfect10! Dan dia mencintaiku? ha? Mimpi? bukan? Ziezie jatuh cinta pada dia yang sempurna, dan si dia pun rasa yang sama. Mudahkan? Tetapi... betulkah sebegini mudah kisah me...