Bab Satu

2.4K 56 2
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 1)

Assyifa Inara. Mesra dengan panggilan Syifa. Seorang gadis polos yang baru sahaja bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah, UMS selama satu tahun. Berasal dari Selangor. Tidak sabar rasanya mahu menghabiskan sisa baki semester ini. Rindu di kampung membuak-buak. Lama rasanya tidak pulang ke kampung. Apa khabar mak, ayah dan abang tersayang, Aydeen Imran. Satu bulan sahaja lagi bakal menduduki peperiksaan akhir. Kemudian, tinggal empat semester sahaja lagi untuk diharungi. Syifa menatap wajah keluarga kesayangannya pada skrin telefon bimbit. Satu pesanan ringkas whatsapp masuk membuatkan lamunannya terhenti. Nama Mirdad tertera pada skrin telefon bimbitnya. Syifa senyum sendiri sambil melihat ke kiri dan kanan. Mujur rakan sebiliknya Irdina dan Nureen belum pulang dari membeli makan malam.

Assalamualaikum..buat apa tu? Mir ganggu ke? 🙂

Mirdad akhiri ayatnya dengan senyuman. Tak lekang dek senyuman Syifa dibuatnya. Mana tidaknya dari semester satu Syifa cuba mendekati lelaki itu, akhirnya Mirdad menghubungi terlebih dahulu.

Ini..Mirdad ke?

Syifa membalas. Sudah lama Syifa menyimpan nombor telefon Mirdad. Oleh kerana malu dan ingin menjaga maruah diri sebagai seorang wanita, dia hanya menjadikan nombor itu sebagai koleksi telefon bimbitnya. Tapi... Mana pula dia dapat nombor aku? Syifa bersoal sendirian.

Iya.. Ini Mirdad Naqib.. Nak tanya sikit boleh?

Sekali lagi Syifa menutup wajahnya. Rasa macam nak melompat! Dia menghembus nafas panjang.

Boleh Mirdad..apa dia?

Mir nak pinjam nota subjek multimedia boleh?

Terbuntang mata Syifa membaca whatsapp Mirdad itu. Dia nak pinjam nota aku!! Fuhhh.. Sekali lagi Syifa menarik nafas panjang dan menghembuskan nafasnya.

Boleh.. Esok saya habis kelas pukul 12..lepas kelas jumpa kat cafe..

Pintu bilik dikuak. Syifa yang tadinya tersengih-sengih mengubah ekspresi wajah. Irdina dan Nureen pulang membawa bungkusan makanan. Irdina merenungnya lama. Hairan. Macam ada yang tak kena.

"Awat hang ni? Semacam jaaa aku tengok.."
Soal Irdina sambil mencuri-curi lihat telefon bimbit yang digenggam oleh Syifa itu.
"Mana ada apa..eh, nasi goreng cina aku ada?.."
Syifa cuba mengubah topik.
"Ada ni.. Dah dah laa tu hadap telefon, meh makan.."
Balas Nureen yang sedang mengeluarkan bungkusan makanan dari dalam beg plastik.
"Haaa.. Jom makan Dina.."
Syifa menarik lengan Irdina menuju ke arah Nureen berharap supaya rakannya itu tidak menyoal lebih-lebih.

Pagi itu, masuk sahaja ke ke kelas, Syifa terus mencari Amsyar, rakan sekelasnya dan rakan lelaki yang paling rapat dengannya di UMS. Amsyar sedang tidur di meja paling belakang. Syifa bergegas menghampiri Amsyar. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Amsyar dan terus mengetuk meja.
"Gempa bumi gempa bumi!!"
Amsyar yang terperanjat, bangun dari lenanya. Apabila melihat Syifa di sebelahnya, dia mendengus panjang.
"Kau kenapa bah? Terperanjat aku ni. Kalau aku ada sakit jantung boleh padam aku.. Gilak kau.."
Ujar Amsyar dengan loghat Sabahnya.
"Sorry laa.. Aku excited ni Am nak share dengan kau.."
Syifa tersengih-sengih.
"Apa dia tu? Kau tidak nampakkah, aku tidur lena, kacau bah kau.."
Amsyar mengesat-ngesat matanya, masih mamai.
"Kau tau.. Mirdad.. Dia whatsapp aku semalam!! Akhirnya.."
"Ohh, aku kasi nombor kau pada Mirdad. Dia bilang mau nota, aku ni kan mau tolong kau, jadi aku kasi nombor kau, aku bilang kalau kau student paling bijak subjek multimedia.."
"La... Patutlah aku pelik macam mana dia dapat nombor aku. Terima kasih tau Am.."
"Tidak apa lah itu. Kau kan sudah lama suka sama Mirdad. Aku lihat dia macam belum ada girlfriend bah. Tidak tahulah itu, di bilik pun tidak banyak cakap dia.."
"Nanti aku belanja kau minum tau.."
"Itu yang aku mau dengar..."
Perbualan mereka terhenti apabila Dr.Arman masuk ke dalam kelas.

Dari jauh, Syifa menuju ke arah Mirdad yang sedang menantinya. Handsomenya. Rambut kemas, baju kemas, tinggi lampai, Syifa memerhati sambil terus melangkah kan kaki.
"Assalamualaikum.."
Ujar Syifa dan terus duduk. Ya tuhan, dah tu, wangi pula tu.
Mirdad menjawab salam dan melemparkan senyuman manis. Alamak, dia senyum pula. Lagilah cair aku. Behave Syifa. Bisik hati Syifa lagi.
"Nah, nota yang Mirdad mintak.."
Syifa menghulurkan buku nota kecilnya kepada Mirdad. Mirdad menyambut lalu melemparkan senyuman lagi.
"Tapi faham faham jelah tulisan saya, tak cantik.."
"Eh.. Takpe.."
"Emm.. Saya pergi dulu lah.. Aaa nanti nak pulang whatsapp saya eh.."
Syifa meminta diri. Terasa agak kekok berada lama di situ. Sudahlah dia tidak dapat mengawal perasaan malu dengan jantungnya yang sedang berdebar-debar itu. Mirdad sekadar mengangguk. Syifa bingkas bangun.
"Urm.. Syifa.."
Lembut saja suara Mirdad memanggil. Segera Syifa menoleh.
"Hati-hati, take care.."
Ujar Mirdad sebaik sahaja Syifa menoleh. Syifa mengangguk perlahan lalu berpaling semula sambil tersenyum lebar.

Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku siang tadi di cafe. Syifa tersengih-sengih sendiri di kamarnya. Dia cakap take care kat aku! Dah la lembut je..
"Hoi.."
Irdina membaling bantal tepat ke arah kepala Syifa. Syifa terhenti dari lamunan.
"Hang ni pasaipa, dari semalam aku duk tengok lain macam ja.."
Berkerut dahi Irdina yang benar-benar ingin tahu itu.
"Ehh, kau bukan tidur ke Dina?"
Soal Syifa. Rasanya tadi Irdina sedang lena. Macam mana dia boleh perasan aku yang tengah Angau ni? Haishh, malu betul!
"Tadi memang aku dah lena, paih tu aku toleh sana, nampak hang duk sengih-sengih, pasai pa syif? Cuba habaq mai.."
Balas Irdina dengan loghat Penang nya yang pekat itu.
"Takde apalah.. Pergilah sambung tidur.."
Balas Syifa dan membaling semula bantal yang dilempar oleh Irdina tadi.
"Malaih cakap dengan hang, baik tidoq lagi best.."
Irdina menyambut bantal yang dilempar oleh Syifa lalu menyambung kembali lenanya.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now