Bab Dua Puluh Dua

915 21 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 22)

Ayeesha mencampakkan dua buah beg yang siap di kemasnya ke luar bilik. Mirdad terpinga-pinga. Ayeesha halau aku ke? Ye, aku tau aku menumpang. Rumah ni Ayeesha yang beli. Semua dalam ni titik peluh Ayeesha. Apa yang aku mampu? Duit gaji aku cuma mampu menyara makan sahaja. Semua keperluan Ayeesha yang tanggung. Ayeesha yang berlatar belakangkan kehidupan mewah dan berasal dari keluarga yang berada namun dihalau keluarga saat diketahui mengandung anak luar nikah.
"Sha.. Sha nak halau abang ke?"
Soal Mirdad.
"Abang rasa?"
Soal Ayeesha.
"Tapi kenapa Sha?.. Apa salah abang?"
Soal Mirdad lagi. Dia boleh tanya lagi apa salah dia? Ayeesha menarik nafas panjang. Inilah masanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Abang boleh tanya lagi kenapa? Habis kalau dah abang asik keluar cari perempuan tu, abaikan saya, Yulaikha.. Ayah.. Abang rasa abang tu penting lagi ke dalam rumah ni?"
"Tapi... Abang nak ke mana.. Sha tak kesian dengan ayah?"
"Abang carilah perempuan tu.. Pergilah duduk sebumbung serumah dengan dia... Sha sedarlah bang, Sha ni bukan siapa-siapa.."
"Sha.. Jangan cakap macam tu.."
"Habis tu? Nak cakap macam mana lagi? Okey kalau abang taknak keluar, biar Sha je yang keluar dari rumah ni.. Abang duduklah rumah ni.. Bawaklah perempuan tu sekali..."
Ayeesha bergegas ke almari baju. Mengeluarkan pakaiannya satu persatu. Naqiudin di bilik sebelah hanya mendengar. Tidak mampu melakukan apa-apa.
"Sha... Jangan tinggalkan abang.."
"Sebelum abang tinggalkan Sha.. Biar Sha je yang tinggalkan abang dulu.."
Bicara Ayeesha sambil menuju ke arah Yulaikha yang sedang nyenyak tidur. Dia mendukung anaknya itu. Menarik bagasi kecil yang siap dikemasnya.
"Sha... Maafkan abang.."
Mirdad mengekori. Ayeesha tidak mengendahkan dan terus melangkah keluar dari rumah. Ayeesha... Kau nak pergi mana? Family kau pun dah tak terima kau... Sha.. Maafkan abang...

Ayeesha menapak entah ke mana. Tidak tahu ke mana langkah kaki hendak dituju. Daripada terus sakit hati duduk di rumah itu, ada baiknya dia pergi membawa diri. Hendak pulang ke rumah, sudah tentunya dia tidak akan di terima keluarga. Entahlah. Ayeesha mengikut sahaja ke mana langkah kakinya menuju.

Mirdad tidak puas hati. Ya, semua ini salah dirinya. Dia sedar. Dia sudah ditakdirkan untuk menjaga Ayeesha dan Yulaikha namun dia lalai saat dia dipertemukan semula dengan Syifa. Mirdad segera berlari keluar bilik. Aku kena cari Ayeesha! Aku tak boleh biarkan dia pergi!
"Mir.. Nak pergi mana tu?"
Soal Naqiudin. Menolak roda kerusinya.
"Ayah tunggu kejap.. Mir nak cari Sha.. Mir nak bawa Sha balik sini.."
Mirdad bergegas menuruni anak tangga satu persatu menuju ke arah pintu hadapan rumah. Berlari ke arah keretanya.

Lega! Harini Mirdad langsung tak ganggu aku. Telefon pun tak, mesej pun tak. Kalau tak, rimas aku dibuatnya. Kalau Mirdad tak ganggu aku dah, aku cancel jelah kahwin dengan Riyadh. Tapi.. Tak boleh. Along dah tahu. Nak tak nak aku kena teruskan jugalah benda ni semua. Siapa suruh kau pandai-pandai ajak orang kahwin Assyifa Inara..... Syifa mengomel sendirian sambil mengemas beg pakaian. Yelah sekejap lagi Riyadh sampai, menjemput Syifa untuk pulang ke Kuala Kangsar.
"Dah siap kemas?"
Aydeen tercongok di depan pintu bilik. Terperanjat Syifa dibuatnya. Syifa mengurut-ngurut dadanya. Fuhhh semangat!
"Along ni.. Terkejut Angah!"
Aydeen melangkah masuk ke dalam bilik. Menghampiri adiknya itu.
"Tak yah bawa banyak-banyaklah sehari je kan..."
Ujar Aydeen. Syifa tidak mengendahkan abangnya itu dan terus mengemas.
"Dengar ni pesan Along. Duduk rumah orang elok-elok. Jaga diri jaga adab. Hormat orang tua.. Jangan nak buat sangat perangai hati kering tu.."
Pesan Aydeen.
"Ye.. Along.. Angah tau laa.."
Balas Syifa.

Fuhhhh! Mirdad menarik nafas lega. Dia tahu Ayeesha tidak akan pergi jauh. Dia tahu di mana tempat Ayeesha akan pergi. Tasik. Tasik itulah teman mereka selalu dating masa mula-mula kahwin dulu. Dah malam ni. Kesian pula tengok Ayeesha dengan Yulaikha kesejukan macam tu. Mirdad bingkas keluar dari kereta. Berlari ke arah isterinya itu.
"Sha.. Awak nak pergi mana lagi.."
Soalnya.
Sebaik sahaja menyedari ketibaan Mirdad di situ, Ayeesha terus mengatur langkah kakinya.
"Sha.. Abang minta maaf.."
Mirdad mengejar.
Langkah kaki Ayeesha terhenti. Memeluk erat bayinya. Setitis air mata jatuh membasahi pipi. Laju dikesat.
"Balik ye.. Kesian Aikha.. Sejuk ni.."
Mirdad memujuk.
"Kalau Sha balik abang janji ke takkan abaikan Sha lagi? Akan layan Sha macam isteri bukan macam orang asing?"
Soal Ayeesha yang masih ragu-ragu dengan suaminya itu.
"Abang janji Sha.. Abang janji.."
Mirdad mengangkat tangan tanda berjanji.
"Boleh ke Sha percaya dengan kata-kata abang ni?"
Soal Ayeesha lagi.
"Semua ni memang salah abang... Sha balik ye.."
Pujuk Mirdad lagi.
Ayeesha mengangguk perlahan. Akhirnya! Jarang Ayeesha nak merajuk. Sekali dah merajuk macam tulah. Tapi hati Ayeesha lembut. Cepat sejuk. Cepat memaafkan orang. Mirdad je yang tak reti nak hargai!

Riyadh menutup bonet kereta. Dia berjalan menuju ke arah Aydeen. Saling bersalaman dan berpelukan sambil bergelak tawa. Adalah tu benda yang disembangkan! Syifa menghulurkan tangan, bersalaman dengan abangnya.
"Elok-elok.. Dah sampai call Along.."
Pesan Aydeen.
"Okey jangan risau Along.."
Balas Syifa.

Sepanjang perjalanan, Riyadh berceloteh panjang. Macam-macam cerita yang dibualkannya. Syifa pula sudah beberapa kali menguap. Mengantuk. Nak tidur, serba salah pula. Nanti Riyadh pula yang mengantuk tiada teman berbual.
"Tau tak.. Jalan ni keras.. Suatu hari, ada sorang pemandu ni nampak kepala terbang.."
Riyadh cuba menakut-nakutkan Syifa.
"Oh ye?"
Balas Syifa yang sedikit pun tidak takut.
"Kau tak takut ke?"
Soal Riyadh.
"Aku tak takutlah.. Kau takde cerita lain yang lebih menarik ke?"
Soal Syifa, menguap lagi.
"Kau ni memang takde perasaan ek?"
Soal Riyadh.
"Mengantuk lah.."
Syifa tidak menjawab pertanyaan itu. Riyadh menoleh. Rasanya dah ke berapa puluh kali dah ni Syifa menguap.
"Mengantuk kau tidurlah.. Tapi jangan Berdengkur eh.."
"Eh.. Siapa berdengkur? Aku tidur tak Berdengkur okey.."
"Yelah tu..."
"Yelah... Nanti kalau dah sampai gerak aku.. Goodnight.. Drive safe.."
Syifa menurunkan kerusinya sedikit ke belakang. Mengambil tempat dan melelapkan mata. Riyadh meneruskan pemanduannya.

Sebaik sahaja daun pintu terbuka luas, Mirdad terperanjat. Matanya terbuntang luas. Ayeesha hanya kaku. Mulutnya terlopong. Tak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata mereka itu. Dugaan apa lagi ni?.......

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now