Bab Sebelas

947 25 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 11)

Syifa segera bangun dari duduk dan menghampiri Anas yang sedang memapah Riyadh keluar dari bilik rawatan. Riyadh jalan terjengkot-jengkot. Syifa melihat atas ke bawah. Eleh, over mamat ni. Ye, ye je sakit kaki tu. Rasa macam nak sepak lagi sekali. Sepak kuat lagi. Biar duduk atas kerusi roda terus.
"Kau bergurau kan..."
Soal Syifa.
"Anas aku pergi kereta dulu kau layan la minah ni.."
Riyadh melepaskan pegangan tangan Anas.
"Boleh bos jalan sendiri?"
Soal Anas. Riyadh mengangguk dan terus melangkah pergi. Syifa memerhatikan dengan pandangan selamber. Takde perasaan langsung!
"Cik...."
"Inara..panggil je Inara.."
Laju Syifa menjawab.
"Cik Inara tak kenal ke bos saya tu siapa sebenarnya?"
Soal Anas sambil terus mengatur langkah meninggalkan perkarangan klinik diikuti Syifa.
"Tak.. Siapa dia? Artis ke sampai saya nak kena kenal?"
Syifa mengangkat bahu.
"Bos saya tu dulu pemain hoki negara. Bertahun juga dia berhempas-pulas selalu tunjuk prestasi baik and akhirnya terpilih sebagai wakil negara, dia ke Australia ada game kat sana.."
"Serius laa pemain hoki? Wakil negara? Saya tak percaya.. Tiba-tiba jual satey, kenapa tak stay je main hoki?"
"Ni saya nak cerita.. Masa kat Australia tu, first game bos saya cedera, kaki dia kena kayu hoki, lepas tu doktor sah kan dia dah tak boleh main hoki lagi. Tulang kaki patah and terpaksa letak besi.. Disebabkan kerjaya di dah hancur, dia just meniaga satey jelah, perniagaan turun temurun family dia. Ayah dia dah tak larat, mak dia pula dah tak de.."
"Yeke..?"
"Ye cik.. Bos saya baru je keluar dari hospital seminggu lepas pembedahan.. Sekarang cik pergi sepak pula kaki dia.."
"Mana laa saya tau.. Tapi tak teruk pun kan, dia okey kan. Siap boleh jalan sendiri tu.."
"Doktor kata okey tapi kalau lepas ni jadi apa-apa atau tak okey.. Cik lah kena tanggung.."
Anas masuk ke dalam perut kereta. Aku kena tanggung? Aku tolong patahkan kaki dia lagi sebelah boleh lah. Ingat aku kisah ke? Patah tak patah tu kaki kau bukan kaki aku. Bisik hati Syifa lalu masuk ke dalam kereta. Sejurus dia masuk ke dalam kereta, telefon bimbitnya berdering segera dia menekan butang jawab.
"Angah.. Dah pukul berapa ni, tak reti nak balik ke?"
Along dah muka membebel. Aku pun dah lupa dah malam ni. Dah pukul sepuluh. Along paling pantang kalau aku balik lebih pukul sepuluh malam. Memang dia membebel dari pagi sampai malamlah jawabnya.
"Aaa..nak balik laa ni long. Ada hal sikit. Sorry long lupa nak bagitau.."
Syifa membalas.
"Balik naik apa?"
Riyadh mencelah. Menoleh sedikit ke tempat duduk belakang kereta.
"Haaaa suara lelaki mana pula tu?"
Haaa habislah! Along dengar pula!
"Nanti laaa Angah cerita.. Along tak payah risau okey..."
Syifa terus mematikan panggilan telefon. Dia mengesot ke depan. Menjeling ke arah Riyadh. Yang kau menyibuk, menyampuk tu kenapa? Balik ni tak pasal-pasal Along membebel kat aku nanti!
"Kau ni suka menyampuk kan?! Sibuk jelah, aku balik naik teksi. Berhenti je kat kedai kau kejap lagi.."
Syifa bersandar semula. Geram rasanya.
"Takpelah aku dengan Anas hantar.."
"Tak payah.. Kau ni entah sape sape.. Anas ni pun eeeee.. Aku tak percayakan korang.. Orang sekarang mana boleh percaya.."
"Eh engkau ni.. Aku offer dah cukup baik tau.. Ni dah la dah malam, macam mana kalau driver teksi tu yang apa-apa kan kau?!"
Syifa diam. Mati kata-kata. Takde modal nak berbalah. Betul juga tapi mana boleh percaya orang sembarangan! Kenal pun tak!
"Tadi sape call kau?"
Soal Riyadh lagi.
"Eh kau ni selain suka menyampuk, kau busy body jugak kan?"
Pertanyaan Riyadh dijawab dengan soalan.
"Aku tanya je kan. Jawab jelah, soalan simple je..."
Dah la kaki sakit, sekarang hati pula sakit, sabar jelah.
"Aydeen.. Boyfriend aku..."
Sengaja Syifa tekankan pada perkataan "boyfriend", memerli Riyadh.
"Call dia balik.."
Arah Riyadh.
"Kenapa pula?"
Berkerut dahi Syifa dibuatnya. Dia ni macam-macam hal lah!
"Call je lahh.. Bak sini phone kau.."
Riyadh menoleh ke belakang cuba merampas telefon bimbit Syifa yang dipegang dari tadi.
"Eh apa ni.. Aku tumbuk kang.."
Syifa menepis lengan Riyadh. Mamat ni cari gaduh betul lah.
"Bos! Cik Inara! Saya tengah drive ni jangan macam-macam.. "
Anas yang dari tadi diam, bersuara. Riyadh menoleh ke depan semula. Menjeling Syifa di belakang.
"Cepatlah, rumah kau kat mana.."
Riyadh memaksa lagi.
"Aku taknak kau hantar, apa susah sangat! Balik kedai kau jelah! Aku tunggu teksi ke grab car ke kat situ. Aku nak makan satey dulu aku lapar!!!"
Balas Syifa, garang. Eee mamat ni tak faham faham.
"Okey, fine..."
Riyadh akhirnya mengalah. Penatlah bergaduh dengan perempuan ni. Orang nak tolong pun taknak.

**********************************************************

"Erghhhhhhhhhhhh"
Syifa sendawa panjang. Alhamdulillah kenyang. Dia melihat jam di tangan. Tepat pukul sebelas malam. Dia menggaru kepala melihat sekeliling kalau-kalau ada teksi ataupun kereta sapu di kawasan itu. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Along pada skrin telefon bimbitnya.
"Dah pukul sebelas ni tak reti nak balik lagi ke ada kat mana tu Along pergi ambil jelah dah malam ni bahaya kau sorang-sorang tu kau ke mana ni tak reti reti balik bukan main lama kau keluar dari pagi tadi takkan la cari kerja seharian macam ni.."
Belum sempat Syifa memberi salam, Alongnya terus membebel panjang tanpa henti tanpa sebarang noktah, koma dan sebagainya. Sekali nafas saja Along membebel.
"Alaa long ada hal.. Along amik lah, Angah dekat kedai satey Riyadh and Friends ni..."
Balas Syifa terkebil-kebil. Harap Along tak bebel lagi.
"Ooo nasib baik kat kedai Riyadh. Dah tunggu situ kejap lagi Along sampai.."
Aydeen mematikan perbualan. Nasib baik? Along ni macam rapat betul dengan mamat Riyadh ni.

Tinggal Syifa seorang sahaja yang masih menunggu Aydeen di situ. Pelanggan ramai sudah pulang. Meja meja pula telah disimpan oleh pekerja-pekerja di situ. Aslam, bos kedua. Pangkat kedua di bawah Riyadh. Mamat yang Poyo tadi. Yang mengarahkan Syifa ikut ke klinik. Pekerja kedua, Anas. Yang membawa Riyadh ke klinik tadi. Anas ni nampak polos, rajin dan mengikut arahan. Seorang lagi, Iqram. Yang ni nampak pendiam. Tak banyak cakap. Dari tadi dia cuma duduk di belakang mengasingkan satey satey pelanggan. Syifa memerhatikan seorang demi seorang yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Fokus. Seorang demi seorang diperhatikannya.
"Orang dah nak tutup kedai ni.. Tak reti nak balik? Mana teksinya?
Riyadh mematikan fokusnya.
"Kejaplah, tengah tunggu abang aku ni.."
Balas Syifa.
"Suka hatilah tapi tolong bangun. Nak simpan meja.."
Ujar Riyadh.
Syifa bingkas bangun sambil menjeling. Bagilah aku duduk kejap. Tak gentle langsung. Kereta kancil Aydeen berwarna kuning memasuki perkarang Riyadh and Friends Satey itu. Syifa senyum lebar. Melambai-lambaikan tangan ke arah abangnya. Riyadh menoleh. Dia bergegas melangkah menuju ke arah Aydeen. Langkah kaki Syifa yang sedang diatur menuju ke arah Aydeen, terhenti. Eh, abang aku kau yang over.
"Aydeen! Lama tak jumpa bro.."
Mereka saling berpelukan.
"Tulah, kau pun dah lama tak ke kedai aku..."
Balas Aydeen.
"Maklumlah bro, dah tak jadi atlet kan.."
"Kaki dah okey ke?"
"Macam tu jelah bro, baru nak elok, sakit balik...Eh, jemput girlfriend ke?"
Riyadh menoleh ke arah Syifa. Sedikit mengerling, tanda perli. Ooo nak perli eh? Kejap lagi kau yang malu padan muka! Syifa malas melayan. Dia berjalan menuju ke arah abangnya.
"Girlfriend? Adik aku laa. Aku solo lagi.. Kalau ada member single, kenalkan lah.."
Aydeen berseloroh. Riyadh terkedu. Adik? Aduh... Malunya.
"Ooo adik kau la ni? Bukan adik kau nama Syifa? Perempuan ni cakap nama dia Inara.."
Riyadh mengjegilkan mata ke arah Syifa. Syifa sekadar senyum sinis.
"Yelah bro. Assyifa Inara. Adik akulah. Kenapa? Berkenan ke?"
Aydeen berseloroh lagi.
"Berkenan? Ramai lagi perempuan yang betul-betul perempuan kat luar sana. Adik kau ni kena belajar lagi jadi perempuan.. Maaf bro, terjujur.."
"Eh takpe.. Memang tak sesuai adik aku ni dengan kau. Nampak pelik kalau bersama. Macam tenggiling dengan landak.."
Laju Syifa mencubit lengan abangnya itu. Abang ni lebih pulak. Bukan nak backup adik dia pergi berkaki pula dengan mamat ni mengata aku!
"Adoiii!!"
Aydeen menggosok lengannya yang sakit dicubit.
"Balik dulu bro.. Dah lewat.."
"Okey aku pun nak kemas-kemas ni. Terlewat pula tutup kedai harini sebab ada tetamu tak diundang.."
Riyadh ketawa kecil.
"Siapa?"
Soal Aydeen.
"Adalah.."
Riyadh senyum sinis. Ayatnya penuh sarkastik. Syifa di sebelah Aydeen dari tadi mendengus berulang kali. Aydeen dan Riyadh saling bersalaman. Aydeen masuk ke dalam perut kereta. Syifa sempat mengejek Riyadh sambil menunjukkan buku limanya yang tak seberapa tanda marah. Riyadh sekadar mengangkat bahu. Gangster! Baru tadi lepas solat isyak aku berdoa dipertemukan dengan seorang perempuan yang lemah lembut sopan dan ayu, nampaknya aku kena berdoa lebih lagi. Singa pula yang aku jumpa. Bisik hati Riyadh.
"Siap! Jom balik!.."
Jerit Aslam memecahkan suasana sunyi seketika setelah kereta kancil kesayangan Aydeen berlalu pergi.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now