Bab Lima

941 33 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 5)

Seminggu saja lagi bakal masuk semester baru, Mirdad masih tidak menghubungi Syifa. Syifa yang sendirian di kamarnya memberanikan diri untuk menghantar whatsapp kepada Mirdad.

Assalamualaikum Mirdad, dah beli tiket balik UMS?

Syifa menatap pesanan ringkas yang dihantarnya itu.

Aik, dah bluetick tapi tak reply?

Syifa hairan. Macam pelik je. Sejak balik kampung ni, Mirdad banyak jauhkan diri. SMS tak dibalas. Selagi Syifa berdiam diri, selama itu jugalah Mirdad mendiamkan diri. Sudah hampir satu bulan cuti semester Mirdad langsung tidak bertanya khabar. Kali ini Syifa tidak peduli, dia mendail nombor telefon Mirdad. Namun panggilan telefonnya tidak dijawab malah dimatikan berulang kali. Naik kematu jari jemari Syifa menelefon Mirdad. Kenapa Mirdad? Aku ni nak tanya khabar sebagai seorang kawan je. Apa salah aku? Kalau aku salah cakap jelah. Sejenak Syifa berfikir, nama Amsyar melintas lalu difikirannya. Segera dia menelefon Amsyar.
"Assalamualaikum.. Kenapa bah kau call aku malam malam buta ni?"
Panggilan telefon dijawab oleh Amsyar.
"Am.. Mirdad ada call kau tak? Sms ke, whatsapp ke?"
Soal Syifa, benar-benar ingin tahu.
"Ada.. Tapi..."
"Tapi apa Am..?"
"Dia bilang sama aku kalau kau cari dia, dia bilang jangan cari dia lagi, dia tak mau lagi berhubung sama kau.."
"Haaa? Tapi kenapa?"
"Aku tidak boleh kasi tau kau bah, nanti kau tau juga.."
"Alaaa Am bagi jelah tau aku..."
"Tidak boleh, ini amanah orang.."
"Kau ni...."
"Sudahlah, aku ada mau tidur ni.. Kau janganlah sedih-sedih, Mirdad okey okey jak.."
"Yelah.."
Syifa mematikan panggilan dengan penuh kehampaan. Kenapa? Apa yang terjadi? Kenapa Mirdad tiba-tiba macam ni? Satu whatsapp masuk. Laju saja jari jemari Syifa mencapai telefon bimbitnya. Whatsapp dari Mirdad!

Assalamualaikum Assyifa Inara.. Maaf, banyak diam selama ni. Cuma nak bagitau Syifa janganlah cari Mirdad lagi. Jangan risau Syifa takde buat salah. Mirdad harap Syifa sanggup tunggu Mirdad. Buat masa sekarang biarlah macam ni. Nanti Mirdad datang balik.

Entahlah. Tak tahu sama ada nak suka atau sedih. Tapi whatsapp tu macam okey je takde masalah pun. Syifa senyum. Lega rasanya. Kan senang macam ni. Bagitau awal-awal tak buat orang tertunggu-tunggu. Okey Mirdad! I'll be waiting for you!!

Setelah pulang dari lapangan terbang, menghantar Syifa yang bakal kembali meneruskan pembelajarannya di Sabah, Aydeen singgah di sebuah restoran. Mahu mengisi perut yang dari tadi berbunyi minta diisi. Sahara tidak dapat menemani anaknya itu kerana katanya sibuk di rumah Dato' Izlan. Aydeen melangkah masuk ke dalam restoran sendirian. Teringin nak makan spagheti. Harap-harap duit cukuplah. Dari jauh, dia melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Sedang bermesra-mesraan dengan seorang lelaki yang turut dikenalinya. Ehhh! Itu kan mak! Aydeen tidak jadi masuk. Dia melangkah keluar semula. Apa nak jadi dengan family aku ni? Arghh! Makan mee goreng kat mamak lagi bagus!

Setibanya di Sabah, Syifa berlari anak ke arah Amsyar yang sedang menantinya. Melihat ke kiri dan kanan. Matanya meliar ke suruh kawasan lapangan terbang itu. Mencari-cari kelibat Mirdad.
"Mirdad tak balik hari ni ke?"
Soal Syifa.
Amsyar sekadar menjawab pertanyaan itu dengan gelengan kepala. Syifa hairan. Sejak dua menjak ni, bukan Mirdad saja yang pelik, Amsyar turut berkelakuan pelik. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
"Kenapa ni Am? Ada apa yang aku tak tau ke?"
Soal Syifa lagi.
"Mirdad ada bagitau kau kan?"
Soal Amsyar pula.
"Ada pasal dia taknak aku cari dia and dia suruh aku tunggu dia.."
Balas Syifa dengan senyuman.
"Okey.. Sekarang ni aku rasa kau better tumpukan pada study kau dulu.."
"Okey.. Aku nak belajar sungguh-sungguh then aku tau Mirdad mesti tunggu aku kan.."
"Sudahlah.. Jom.. Aku lapar ni, kau belanja aku makan.."
"Arghh kau nampak muka aku je suruh belanja..."
Mereka berjalan seiringan berlalu dari kawasan itu.

Sebaik sahaja Sahara pulang, Aydeen terus mendapatkan ibunya itu. Mengintai ditingkap, kereta mewah Dato' Izlan yang berlalu pergi. Sahara masuk ke dalam rumah dengan dipenuhi beg plastik di tangan kanan dan kirinya.
"Mak tak ikut Along hantar Angah kat AirPort sebab nak keluarga dengan lelaki lain?"
Soal Aydeen.
"Bukan selalu Along.. Alaaa Angah nanti kan balik lagi bukan tak jumpa langsung pun.."
Balas Sahara.
"Apa ni mak? Cukuplah babah sorang je yang buat perangai, kami ni dah takde sape tau..mak je yang kami ada.."
"Mak bukan buat apa pun, mak cuma nak rasa sedikit kemewahan, harapkan Along.. Setakat kedai sports kau tu, apa yang mak dapat rasa?"
Sahara terus berlalu ke kamarnya. Aydeen diam. Terasa dengan kata-kata ibunya itu. Terasa hina. Dengan kedainya itulah dia menyara kehidupan mereka sekeluarga setelah ditinggalkan bapanya. Sampai hati mak!

Suara gelak tawa Irdina dan Nureen menerjah telinga Syifa dari luar bilik. Riuhnya lain macam. Syifa tersenyum terlebih dahulu. Rindunya dengan dua orang rakannya itu tidak tahu bagaimana hendak diluahkan. Syifa menolak perlahan pintu bilik. Irdina, Nureen dan...... Siapa lagi sorang? Kenapa dia ada kat bilik ni?
"Eh, kita ada roommate baru ke?"
Soal Syifa sambil menarik bagasinya masuk ke dalam bilik. Irdina dan Nureen saling berpandangan.
"Saya Amylia.."
Amylia menghulurkan salam perkenalan. Syifa menyambut.
"Ni.. Roommate baru kami.."
Ujar Irdina.
Syifa hairan. Roommate baru? Kami? Habis aku?
"Tapi katil kan ada tiga je? Double dacker and katil bujang, macam mana nak duduk empat orang satu bilik?"
Soal Syifa lagi.
"Kan dah cakap roommate kami bukan roommate kita, Kau bukan lagi roommate kami.."
Balas Irdina dengannya senyuman sinis.
"Habis.. Aku nak duduk mana?"
Bertubi-tubi Syifa menyoal.
"Itu bukan masalah kami.."
Nureen membalas disusuli ketawa diikuti Irdina dan Amylia.
"Kami dah tolong isikan borang keluar asrama untuk kau, memandangkan kami sebenarnya dah lama tak suka kau, kami isi jelah borang keluar asrama untuk kau dan penyelia dan ganti nama kau dengan Amy.."
Jelas Irdina panjang lebar. Syifa terdiam. Kaku. Lidahnya kelu.
"Kenapa? Aku buat salah apa kat korang?"
Soalnya. Satu titisan air mata jatuh ke lantai.
"Alaaaa nangis ke? Alololo, kesian..... Kitaorang tak suka orang macam kau. We just hate you. We dont know why but ya kau tak layak berkawan dengan kami.. Look at you! Kampung!"
Hilang loghat utara Irdina.
"Habis aku nak pergi mana?"
Syifa mengesat air mata yang dari tadi tidak berhenti daripada terus mengalir.
"Kau cari la mana-mana rumah sewa, dan itu bukan masalah kami.."
Balas Nureen.
Syifa terus keluar dari bilik. Menarik beg pakaiannya mahu menuju ke bilik penyelia. Mana boleh macam ni!

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now