Bab Sepuluh

897 30 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 10)

Kad undangan perkahwinan yang diberi oleh Mirdad tempoh lalu ditenung lama. Enam bulan sudah berlalu. Mirdad Naqib dan Ayeesha Khalil. Nama yang tertera pada kad kahwin itu. Kahwin dah awak kan Mirdad? Mestilah awak tengah bahagia gila sekarang ni. Tahniahlah buat saya macam ni. Awak bahagia saya pula sibuk fikirkan suami orang. Apalah awak buat sekarang? Awak memang takde perasaan ke buat saya macam tu? Tak tau ke saya hati saya ni betul-betul terluka dengan perbuatan awak tu? Awak buat saya berharap, mengharap, menunggu, lepastu awak datang bagi kad kahwin? Ingat hati saya ni batu ke? Tak! Masalah sekarang ni, daripada aku fikirkan kau baik aku fikir macam mana aku nak dapat kerja! Dah enam bulan lebih satu rezeki pun tak lekat! Esok aku kena usaha lagi! Bicara hati Syifa sambil menulis sesuatu pada sticky note lalu ditampal pada dinding di hadapan meja tulisnya itu. Satu-persatu ditampal olehnya.

No love no pain!

Dia menampal kertas kedua berwarna hijau itu pula.

Don't trust people!

Love myself!

Make myself proud!

Setiap hari, perkara itu bagaikan sudah menjadi rutin hariannya. Pada waktu malam, dia akan duduk di meja tulisnya dan menulis kata-kata semangat dan positif kemudian ditampal pada dinding sebagai tanda semangatnya untuk meneruskan hari-hari mendatang. Kad kahwin Mirdad yang ditenung tadi disimpan rapi ke dalam laci meja. Buat apa fikirkan orang yang tak fikirkan kita? Buang masa kan? Kalau kau boleh bahagia, aku pun boleh. Banyak lagi benda lain boleh fikir daripada fikirkan orang-orang macam kau ni......

Fikirannya menjengah pula sewaktu dia pulang dari Sabah. Setibanya di rumah, dia dikejutkan dengan berita perkahwinan ibunya. Waktu itu, Syifa sangat teruja untuk berjumpa dengan ibunya ingin berkongsi rasa gembira tamat pengajian selama tiga tahun.
"Mak dah kahwin dengan Dato' Izlan Angah.."
Bicara Aydeen penuh kehampaan. Hampir satu tahun Aydeen merahsiakan perkara itu daripada adiknya kerana tidak mahu fokus adiknya terhadap pelajaran terganggu. Ketika Syifa berada di Sabah pada semester lima, ibunya sudah bertunang dengan lelaki itu. Setelah Syifa pulang semula ke Sabah setelah cuti semester selama satu bulan berakhir, Sahara mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Aydeen terpaksa merahsiakan hal itu. Dan masa yang tepat untuk memberitahu hal itu kepada Syifa adalah ketika ini. Waktu Syifa tamat pengajian.
"Along dah larang tapi mak tetap berkeras, mak tinggalkan Along macam tu je, mak cakap Along tak mampu bagi kebahagian kat dia, Along tak mampu bagi apa dia nak.."
Tambah Aydeen apabila Syifa diam dan terkedu mendengar kenyataan itu.
"Along dah cakap tunggu Angah balik tapi mak dah buta, dah mabuk sangat dengan harta.. Cinta Dato' Izlan tu.."
Tambah Aydeen lagi. Syifa tidak membalas sepatah pun malah terus melangkah perlahan menuju ke kamar bersama beg pakaiannya. Di dalam bilik, dia menangis sepuas-puasnya. Penat! Penat ditipu oleh orang-orang yang dipercayainya. Mula-mula babah pergi dengan perempuan lain. Kemudian, ditipu oleh dua orang rakannya Irdina dan Nureen. Mirdad pula memberikan harapan palsu. Kali ini? Ibunya sendiri pergi demi secebis kekayaan. Apa semua ni?!

**********************************************************

Pagi-pagi lagi Syifa sudah bersiap. Mengenakan baju kurung contton bercorak bunga-bunga kecil berwarna kuning cair. Dia mencapai beg galasnya kemudian disilangkan pada kiri badan. Dia menatap cermin sekali lagi. Membetulkan tudungnya. Membelek wajahnya. Kali ni mesti dapat kerja! Katanya penuh semangat. Aydeen yang baru sahaja bersiap-siap hendak ke tempat kerja itu, hairan melihat adiknya yang melangkah keluar dari kamar.
"Nak ke mana ni?"
Soal Aydeen lalu mencapai kunci kereta kancilnya di atas meja.
"Cari kerja la Along.. Sampai bila nak duduk saja.. Interview haritu semua takde khabar berita. Penat nak tunggu, biar Angah ni keluar pergi cari kerja, tak kisahlah kerja tak kena dengan course Angah belajar ke apa, asalkan ada kerja.."
Panjang lebar Syifa berbicara.
"Jomlah, Along hantar.. Along pun nak ke tempat kerja ni, kita pergi sekali.. Kau tu bukan reti drive pun.."
"Takpelah Along.. Nanti susah pula Angah nak ke sana sini, Angah naik teksi je.."
"Banyak sangat ke duit kau Angah nak naik teksi.."
"Tulaa Along.. Nak minta Along ni.."
"Daripada kau minta aku baik aku hantar.."
"Okey macam ni, pergi Along hantar.. Balik Angah naik teksi tapi Along hulur laa sikit.."
"Haaa yelah yelah.. Jom.. Lambat dah aku ni.."
Aydeen menepuk perlahan kepala adiknya itu.
"Thank you Along.."
Syifa menyengih memandang Aydeen.
"Ingat comel lah macam tu? Tak payah sengih sangat, sebelum Along penampar masuk kereta cepat!"
Kadang-kadang Aydeen malas melayan kerenah adiknya. Sejak-sejak ibu dan ayahnya pergi membawa haluan masing-masing, Syifa menjadi terlalu manja dengan dirinya. Siapa lagi tempat dia mahu bermanja selain abangnya sendiri.

**********************************************************

Selesai temuduga di Syarikat pengiklanan di Istudio Network Syifa keluar dari perkarangan syarikat itu dengan penuh rasa lega. Hampir enam jam dia berlegar-legar di seluruh kawasan bandar Bangi itu. Istudio Network adalah syarikat keempat dia menghadiri sesi temuduga. Entahlah, mana satu rezeki yang melekat tak tahulah. Syifa sangat berharap agar dia diterima di Syarikat Istudio Network itu kerana itulah satu-satunya pekerjaan yang bersesuaian dengan bidangnya. Sebagai seorang graduan dalam bidang Teknologi Seni Visual, dia sangat berharap semoga diterima oleh syarikat itu namun hatinya berkata supaya tidak terlalu mengharap. Selalunya pengharapan tu berakhir dengan kekecewaan. Sabar okey Syifa, kalau ada rezeki adalah. Jangan berharap sangat and tak payah berharap sangat. Dia memegang perutnya yang berkeroncong. Lapar sungguh! Dari keluar rumah tadi tak makan lagi ni! Syifa berjalan kaki menuju ke kedai makan namun bau satey menerjah hidungnya. Sedapnya satey. Dia menoleh ke arah kedai di tepi jalan itu. Ada kedai satey kat sini rupanya. Tertera banner bertulis Riyadh And Friends Satey. Kedainya nampak simple tapi macam sedap. Try lah! Syifa menghayun kakinya menuju ke sana.

"Satey secucuk berapa?"
Soal Syifa.
"Daging lapan puluh sen secucuk, ayam enam puluh sen secucuk.."
Balas lelaki itu sambil terus mengipas-ngipas satey yang dimasak.
"Satey ayam sepuluh cucuk.."
Ujar Syifa.
"Kau ke owner kedai satey ni?"
Soal Syifa lagi. Tiba-tiba rasa nak berbual pula.
"Haa ye, aku Riyadh. Riyadh Rizqin.."
"Aku Sy...... Emmm.. Inara.."
"Aku tak tanya pun..."
Tutur Riyadh yang masih fokus mengipas satey. Geram Syifa dibuatnya. Eh eh, orang nak sembang baik-baik dia cari pasal pula.
"Pergilah duduk, yang berdiri kat sini buat apa.."
Riyadh mengangkat kepala melihat gadis yang sedang berdiri tegak di hadapannya itu. Satey yang dibakar tadi sudah diangkat dan diletakkan di dalam pinggan untuk dihidang kepada pelanggan. Dia menatap lama.
"Apa hal?"
Soal Syifa.
"Aku macam kenal laaa kau... Jap jap aku nak cuba ingat.."
Syifa malas melayan. Tadi dah la halau orang suruh duduk lepas tu sekarang nak acah-acah kenal.
"Haaaa! Kau girlfriend Aydeen kan?"
Berkerut dahi Syifa mendengar tutur kata Riyadh itu.
"Kau kenal Aydeen ke?"
"Aku selalu pergi kedai dia tu, beli kasut, jersi, tapi dulu laaa. Seingat aku kau la kan yang video call dengan dia haritu, dua tahun lepas kot.."
Bicara Riyadh. Ohhh... Baru Syifa ingat. Ni lah lelaki yang menyibuk nak masuk dalam video call haritu.
"Aku adik dia.. Bila masa pula awek.."
"Eh.. Kau jangan nak tipu eh, adik Aydeen nama Syifa.. Kau nama apa tadi? Inara ? Nak tipu aku.. "
"Eh.. Kau apa hal, dah aku memang adik dia nak tipu apa pula.."
"Ooo mesti kau dah putus dengan dia kan, sebab tu taknak mengaku.."
"Engkau ni kalau aku sepak kaki kau sia-sia je tau.."
"Berani sepak laaaa..."
Lelaki ni memang mencabar kesabaran aku lah. Muka dia yang comel tu jadi annoying bila dia duk menduga aku macam ni. Syifa tidak membalas dengan kata-kata malah terus menghadiahkan satu sepakan pada kaki kiri Riyadh. Riyadh jatuh terduduk. Kesemua pelanggan yang sedang enak menikmati makanan menoleh ke arah mereka. Alamak! Aku tendang perlahan je kot takkan sampai terduduk mamat ni.
"Aduhhhh!!!"
Riyadh memegang kakinya.
"Kenapa bos!"
Seorang pekerja lelaki Riyadh berlari menghampirinya. Syifa masih berdiri dengan wajah selamber. Saja laa tu mengada-ngada. Lembik. Sepak sikit je kot. Tadi kau yang meminta sangat.
"Saya sepak dia tadi dik, tak sangka pula terus jatuh..sikit je tu, tak sakit mana lah.."
Ujar Syifa dengan wajah tidak bersalahnya.
"Anas.. Kau bawa bos pergi klinik.. Biar aku jaga kedai.."
Lelaki itu tidak menjawab kata-kata Syifa malah memanggil rakan kerjanya yang lain untuk membawa Riyadh ke klinik. Syifa masih dengan wajah selamber.
"Sampai nak kena bawa klinik ke?"
Soal Syifa tanpa perasaan risau dan cuak. Macam orang takde perasaan!
"Awak ikut..."
Lelaki itu menuding jari ke arah Syifa.
"Saya? Okey.. Saya ikut.. Saya tau bukannya sakit sangat pun kaki dia tu... Saje lah tu nak suruh saya bayar duit klinik.. Kaki sakit tak dapat dibandingkan dengan hati yang sakit tau.."
Syifa membebel sambil mengekori Anas yang sedang memapah Riyadh menuju ke kereta.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now