Bab Dua Puluh

949 27 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 20)

Selesai membacakan yassin, Syifa terus berjalan laju dari perkarangan kubur itu. Meninggalkan Aydeen yang masih tidak boleh menerima pemergian ibunya itu sendirian. Tak boleh lama-lama. Entahlah.. Nak menangis pun air mata tak keluar. Harap mak tenang kat sana. Hati kecil Syifa berkata. Dato' Izlan menghampirinya.
"Maafkan ayah.."
Ujar Dato' Izlan. Bila masa kau jadi ayah aku? Please lah. Bernanah telinga aku ni.
"Takpelah Dato' saya okey je.."
Balas Syifa dengan senyuman melebar. Macam biasa. Senyuman perlian untuk Dato' Izlan. Aydeen menghampiri. Mata Aydeen bengkak. Teruk juga Aydeen menangis masa kebumikan mak tadi.
"Lepas ni tinggal dengan ayah jelah.. "
Pelawa dato' Izlan.
"Takpelah pakcik.. Bila mak dah meninggal, means pakcik bukan sesiapa pun.. Saya dah cakap saya okey. Pakcik pun dah boleh kahwin lain dah.."
Balas Syifa.
Aydeen memandang tajam adiknya itu. Haish, budak ni bukan macam tu caranya nak tolak pelawaan orang.
"Takpelah Dato' kami okey je kat rumah lama. Nanti ada masa Aydeen datanglah tengok Dato' kat rumah.."
Balas Aydeen.
Dato' Izlan sekadar mengangguk. Syifa menyampah melihat drama langsung depan mata itu. Bingkas dia masuk ke dalam kereta.

Ingat lelaki tak bergosip ke? Haaaa! Anas, Iqram, Aslam dan bos mereka tu tak habis-habis bergosip. Ada je cerita panas setiap hari sejak-sejak Riyadh terjebak dengan Syifa. Sambil masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing untuk berniaga petang itu, sempat mereka bergosip tentang kejadian semalam.
"Betul ke?"
Soal Anas yang tidak percaya dengan cerita Riyadh itu.
"Betullah, dia tak menangis langsung. Serius!"
Balas Riyadh.
"Mesti ada kisah silam yang buat dia jadi macam tu. Kita tak tau bos. Kita tak boleh main jugde je.."
Sambung Iqram pula.
"Tapi tu kan mak kita.. Tak baik tau. Aku ni kalau boleh nak mak aku ada kat aku sekarang, tengok kedai aku ni.. Tengok macam mana aku mampu survive walaupun dah tak main hoki.."
Bicara Riyadh.
"Aku rasa kau kena fikir balik bos nak kahwin dengan dia tu. Kita tak tau siapa dia sebenarnya. Nanti tunggang langgang hidup kau bos.."
Itulah Aslam. Selalu berfikiran sangsi.
"Dah la.. Buat kerja semua..."
Riyadh menghentikan topik yang menjadi perbualan mereka itu.

Pelik Ayeesha melihat suaminya itu bersiap-siap hendak keluar. Baru sahaja pulang dari pasar tadi. Selesai makan tengahari, Mirdad terus ke kamar. Menukar pakaian. Bersiap-siap. Ayeesha menghampiri suaminya itu.
"Abang.. Nak pergi mana?"
Soal Ayeesha lembut.
"Nak pergi jumpa Syifa.. Dah dua hari abang tak jumpa dia. Abang nak keputusan dia.. Abang tak puas hati.."
Balas Mirdad.
Ayeesha terdiam. Allahu. Dia masih tak berputus asa ke? Ayeesha menahan air mata yang sudah bergenang. Sakitnya hati ni, tuhan je yang tahu. Ayeesha sekadar melihat susuk tubuh suaminya itu keluar dari bilik.
"Abang pergi dulu.."
Mirdad terus berlalu tanpa memandang isterinya itu.

Hari ni macam tak ada mood nak makan. Waktu rehat tengahari Syifa cuma duduk di pejabat sahaja. Menyelesaikan tugasannya. Tadi Kak Ati pelawa lunch sama tapi Syifa menolak. Kak Ati faham, aku masih tak stabil. Walhal aku tak sedih pun. Cuma aku takde mood je. Entahlah..... Telefon bimbit Syifa berbunyi. Satu pesanan ringkas masuk. Syifa mencapai telefon bimbitnya. Pesanan ringkas dari Mirdad.

Mirdad: Saya ada kat bawah ni.

Syifa menarik nafas panjang. Rimas!

Syifa: balik..

Syifa membalas ringkas.

Mirdad: Tapi saya bawakkan makanan ni..
Syifa: Aku taknak.. Aku nak kau balik je..

Syifa menekan butang off. Tak mahu diganggu lagi. Mirdad tu memang tak faham bahasa betul! Nama Riyadh melintas laju difikirannya! Atau... Aku memang kena ajak Riyadh kahwin cepat!

Sebelum pulang, Syifa sempat menghantar pesanan ringkas kepada Aydeen memberitahu dia pulang lewat hari ini. Agenda yang diciptanya sendiri. Walhal dia mahu berjumpa Riyadh di kedai.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now