Bab Lapan

859 29 1
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 8)

"Haaaa?! Betul ke Am? Tapi sebab apa?"
Syifa benar-benar tidak percaya dengan kata-kata Amsyar itu. Mirdad sudah menamatkan pengajian. Mirdad tidak lagi bergelar mahasiswa Univeristi Malaysia Sabah.
"Iya.. Buat apa aku mau tipu kau. Sebab apa aku juga ndak tau. Mirdad tidak kasi tau aku, dia cuma bilang sama aku dia mau berhenti. Itu jak.."
Balas Amsyar.
"Takkan kau taktau? Kau kan kawan baik dia.."
"Ndak.. Aku betul betul ndak tau.."
Syifa diam seketika. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Tapi kenapa Mirdad tak bagitahu aku? Bagi jelah tau, sekurang-kurangnya takdelah aku tertunggu-tunggu, tertanya-tanya macam orang gila macam ni.
"Am.. Aku whatsapp dia satu tick je, call pulak tak dapat.. Dia tukar nombor ke?"
Syifa menyoal lagi.
"Dia sudah tidak pakai telefon. Jadi kau tidak perlu cari dia. Sudahlah Syifa, tidak perlu fikirlah. Kau fokus saja belajar kau.."
Bicara Amsyar.

*******************************************************

Assalamualaikum, Syifa. Kami minta maaf sangat. Kami tau kami tak patut buat hang lagu tu. Kita still kawan kan? Esok aku dengan Nureen nak p beli tiket balik kampung untuk cuti sem ni. Hang nak kami tolong belikan dak? Sebagai tanda maaf kami, kami tolong hang p beli laa. Takpa duit tiket kami bayaq, kami taktau nak tebus kesalahan kami lagu mana lagi.

Syifa tersenyum membaca pesanan ringkas daripada Irdina itu. Alhamdulillah. Aku jumpa balik kawan-kawan aku.

Waalaikumussalam. Mestilah. Kita still kawan. Aku sedia je terima korang sebagai kawan aku. Kalau korang nak belikan boleh tapi nanti aku bayar baliklah, tak seronok lah kalau korang yang bayar.

Laju jari jemari Syifa membalas.

Takpa. Kami ikhlas.

Kalau macam tu, esok aku ikutlah. Dah lama tak keluar sekali dengan korang. Rindulah.

Eh, takpa lah, hang rehat ja. Biaq kami yang belikan untuk hang. Kira hang macam anak puteri raja laa cuma tunggu ja.

Okey tapi aku bayar balik nanti tau duit tiket tu.

Baiklah tuan puteri.

Fuhhh! Alhamdulillah. Baru rasa tenang hati. Kalau tak, rasa macam diri ni tak berguna je.

*******************************************

Habis sahaja kelas, Syifa terus menuju ke cafe. Ingin berjumpa Irdina dan Nureen. Rindu rasanya. Sudah lama tidak duduk semeja, bergurau senda macam selalu. Irdina dan Nureen sudah menunggu. Memandang ke arah Syifa yang sedang mengatur langkah ke arah mereka.
"Sorry lambat, baru habis kelas.."
Ujar Syifa dan terus duduk.
"Takpelah Syifa.."
Balas Nureen.
"Aku nak bayar duit tiket.."
Syifa mengeluarkan beg duitnya dari dalam beg.
"Eh, takpe kitaorang dah bayarkan.. Tiket hang kami pegang dulu lah naa nanti kita sama-sama juga pergi airport kan.."
Balas Irdina.
"Eh, mahallah tiket tu, tak sedaplah tak bayar.."
Ujar Syifa.
"Takpelah Syifa, anggap je ni sebagai tanda minta maaf.."
Balas Nureen.
"Okeylah kalau macam tu, korang peganglah dulu tiket tu, aku nak pergi hantar assignment kat bilik Prof.Anita dulu.. Terima kasih tauu.. Sayang korang!!"
Syifa bingkas bangun berlalu dari kawasan cafe. Irdina dan Nureen saling berpandang lalu senyum.

********************************************

Meja, almari dan katil Mirdad kemas dan kosong. Mirdad selesai mengosongkan kesemua sisa-sisa barangnya. Amsyar cuma melihat. Pagi tadi dia baru sahaja selesai menguruskan urusan berhenti pengajiannya di pejabat. Terpaksa. Mirdad terpaksa melakukan hal itu. Dia tidak mampu untuk meneruskan pengajiannya. Mirdad menuju ke arah Amsyar lalu memeluk erat tubuh rakannya itu.
"Aku balik dulu, jaga diri.. Goodluck final.."
Pesan Mirdad.
"Kau pun sama.. Jaga diri. Jangan lupa aku. Dah beli handphone baru jangan lupa contact aku.."
"Mestilah bro. Aku takkan lupa kau.."

*******************************************

Tamat semester tiga. Syifa dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang bersama Amsyar. Seperti biasa, Amsyar yang akan hantarnya ke AirPort setiap kali balik bercuti. Sedang seronok mereka bernyanyi lagu balik kampung dendangan Allahyarham Sudirman itu, Syifa terperanjat membaca whatsapp daripada Irdina.
"Am....."
Terbuntang matanya, kaku melihat telefon bimbitnya.
"Kenapa kau?"
Soal Amsyar, meneruskan tumpuan terhadap pemanduannya.

Selamat bercuti Assyifa Inara. Sorrylah, kami tak beli pun tiket hang. Hang bercuti Sabah ja la na.. Hang ingat kami nak ka kawan dengan hang balik. Pleaselah.. Hang bolehlah patah balik dan mereput kat hostel!

Syifa membaca pesanan ringkas Irdina itu.

Amsyar memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Biar betul?! Sanggup diaorang buat macam ni!"
Amsyar marah.
"Habis tu ni macam mana? Mau terus pergi AirPort atau balik ke hostel?"
Soal Amsyar.
"Terus pergi AirPort jelah Am.. Aku beli tiket lain.."
Balas Syifa, sayu.
"Kau sabarlah Syifa.. Kalau aku jumpa diaorang, aku tumbuk muka diaorang.."
Amsyar meneruskan pemanduannya.

************************************************

Aydeen yang baru sahaja bersiap-siap hendak ke Airport, membatalkan niatnya apabila diberitahu oleh Syifa dia tidak jadi pulang pada hari itu. Sebaik sahaja membaca pesanan ringkas Syifa itu, Aydeen masuk semula ke dalam kedainya.

Angah balik lewat sikit long.. Tiket habis.

Kenapa tak beli tiket awal-awal?

Panjang ceritanya long. Nanti lah. Angah usha tiket dulu. Nanti Angah bagitau tarikh.

Haaa yelah. Jaga diri.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now