Bab Tujuh Belas

908 27 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 17)

Dia buat hal lagi. Aku ni sayang kau tau. Tolong lah jangan buat hal lagi. Aku baru je servis kau. Duit aku habis kat kau je. Aydeen merenung lama kereta kancil kesayangannya itu. Hari ini enjin kancil itu buat hal lagi. Tak boleh nak start. Aydeen masuk semula ke dalam kedainya itu. Macam mana nak makan tengahari macam ni. Nak ambil Syifa lagi malam nanti. Aydeen mendail nombor telefon adiknya.
"Assalammualaikum.. Haaa, kenapa Along?"
Panggilan telefonnya dijawab.
"Along nak kena hantar servis laa kereta ni. Nanti malam Along minta tolong Yadh laa ambil Angah.."
"Haaaa.. Takyahlah, Angah balik naik teksi tak pun Angah suruh Kak Ati hantar.."
"Takyahlah susahkan Kak Ati tu, dia perempuan, nak hantar kau lagi, pastu dia nak balik rumah dia lagi malam-malam.. Nanti Along minta tolong Yadh ambil jelah.."
"Haaa yelah.. Ni Along dah lunch belum?"
"Itulah cadangnya tadi nak lunch sekali kereta tak boleh start.. Balik nanti jelah Along makan.."
"Jomlah pergi makan.. Angah datang dengan Kak Ati.."
"Tak payahlah..."
"Jomlah jelah, siang ni.. Takde bahaya nye. Kejap lagi pukul satu Angah datang tau.."
"Haaa.. Yelah..."

Syifa dan Atirah menanti di dalam kereta. Aydeen sedang mengunci pintu kedai. Huuuuu handsomenya Aydeen harini. Pakai jersi Bayern Munich. Pakai simple simple pun handsome. Atirah tersenyum-senyum sendiri. Syifa menoleh.
"Behave kak.."
Bisik Syifa.
Atirah tu bukan boleh percaya. Selamber je nak cakap apa yang dia nak cakap. Abang aku tu bukannya nak melayan perempuan sangat pun. Aydeen berjalan menuju ke arah mereka. Haish.. Cara jalan pun dah handsome. Aydeen masuk ke dalam kereta.
"Okey Jom..."
Atirah memandu pergi.

Suasana agak kekok. Sunyi dan sepi. Cuma keriuhan orang ramai di kedai makan itu saja yang mengisi kesunyian mereka. Syifa mengerutkan dahi memberikan isyarat kepada abangnya supaya memulakan perbualan. Aydeen tak biasa berbual dengan perempuan. Dia mendengus perlahan.
"Dah lama ke keje kat IStudio Network tu?"
Soal Aydeen memulakan bicara.
Atirah menyengih. Akhirnya dia mulakan juga perbualan. Dari tadi aku tunggu.
"Ada la dalam empat tahun.."
Aydeen mengangguk mengerti.
"Dah lama bukak kedai sports?"
Soal Atirah pula. Syifa rasa macam nak tergelak pun ada. Formal sangat perbualan mereka tu.
"Lama juga.. Dah lima tahun.."
"Emmm, memang kereta selalu rosak ke?"
"Sejak akhir-akhir ni macam tu laa. Biasa lah kereta second hand. Aku sayang kereta tuu sebab tu taknak beli baru.."
"Tapi kalau dah habis duit duk servis kereta je, baik beli baru.."
"Itulah.. Tapi duitnya tak ada nak beli baru.."
"Takpelah, kumpul kumpul dulu, kumpul duit hantaran sekali..."
Syifa yang sedang menghirup sirap limaunya tersedak. Terbatuk-batuk. Dia mencapai tisu di hadapannya itu. Amboi Kak Ati! Dia bagi pickupline pula.
"Haaa.. Kau okey tak Angah.."
Soal Aydeen tidak menjawab soalan Atirah itu.
"Fuhhhh tersedak Angah Long.."
Balas Syifa sambil mengerling ke arah Atirah. Atirah tersengih macam kerang busuk. Alahhh! Apa salahnya bagi pickupline sikit!

Syifa bersandar pada dinding itu. Sesekali dia melihat jam di tangan. Melihat ke kiri dan kanan. Menyampah betul dengan lelaki yang tak menepati masa ni!
"Akak balik dulu.. Jaga diri.. Apa-apa call je akak.."
Atirah meminta diri berlalu menuju ke arah kereta myvinya. Syifa sekadar mengangguk menanti Riyadh yang belum lagi muncul. Kalau Along ambil kan senang. Belum pukul sembilan Along dah terpacak kat depan ni. Kereta kancil Along tu asik buat hal je. Haishh. Suruh beli baru taknak. Sayanglah apalah. Syifa mengomel sendiri di dalam hatinya.
"Syifa...."
Syifa menoleh ke arah kirinya. Seseorang menyapa lembut. Aduh... Dia ni nak apa lagi! Tak faham faham bahasa lagi ke?!
"Ye Mirdad. Kau nak apa.."
Balas Syifa acuh tak acuh.
"Syifa memang taknak terima Mir ke..?"
Masih soalan yang sama diajukan oleh Mirdad. Syifa menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan.
"Aku dah cakap perasaan aku memang dah tak ada. Tolong laa jangan paksa aku.."
Balas Syifa. Melihat ke kiri dan kanan berharap Riyadh tiba.
"Tolong Syifa..."
Perlahan-lahan Mirdad menarik lengan Syifa.
"Ehh.. Apa ni Mirdad?"
Syifa cuba menarik tetapi genggaman tangan Mirdad terlalu kuat. Mirdad cuba mendekati. Hei.. Dia nak buat apa ni.
"Tolong Syifa.."
Rayu Mirdad lagi.
"Lepas lah Mirdad.. Sebelum aku sepak kau..."
Syifa masih meronta-ronta untuk melepaskan tangannya yang digenggam itu. Mana Riyadh ni?! Dia lupa ke apa nak ambil aku?! Haaaaaa! Selamat! Aku dah nampak kereta Riyadh dari jauh. Cepatlah Yadh!
"Lagi sekali saya nak tau jawapan awak Syifa..."
"Kan aku dah cakap taknak?!"
Syifa berkeras. Dia menelan air liur. Takut! Kenapa Mirdad jadi psiko macam ni? Riyadh bergegas keluar dari kereta. Lain macam ni? Apa hal pula? Riyadh berlari anak ke arah mereka. Oh, mungkin inilah lelaki yang Syifa cerita tu. Memang nampak psiko pun! Baik aku cepat sebelum apa-apa jadi. Nanti tak pasal pasal aku kena belasah dengan Aydeen!
"Hei bro.. Kenapa ni.. Suka suka pegang tangan anak dara orang.."
Riyadh meleraikan genggaman tangan Mirdad. Syifa menggosok tangannya yang merah digenggam itu.
"Kau siapa?"
Soal Mirdad. Masih dengan nada lembut tapi psiko!
"Aku Riyadh.."
Balas Riyadh.
"Inilah bakal suami aku.."
Syifa mencelah. Riyadh terpaksa mengaku. Mengangguk. Eh dia ni. Dia babitkan aku dalam masalah dia pula.
"Betul ke?"
Mirdad memandang ke atas dan ke bawah.
"Emmm.. Betul bro.. Hujung tahun ni kitaorang nikah.."
Riyadh pula yang menambah-nambah cerita. Syifa sekadar menelan air liur. Nasib baik dia cakap hujung tahun. Kalau hujung bulan? Tak ke naya aku? Nak cakap dengan Along lagi satu hal.
"Korang berlakon je kan?"
Soal Mirdad lagi masih tak percaya.
"Ada nampak macam berlakon ke?"
Soal Syifa punya.
"Ya, memang nampak macam berlakon.. Syifa awak saja kan, minta tolong mamat ni sebab taknak saya kacau awak.."
Balas Mirdad.
Baru sahaja Syifa mahu membuka mulut membalas pertuturan Mirdad itu, Riyadh memintas laju.
"Jomlah balik sayang.. Takyah layan orang gila ni.."
Syifa mengekori Riyadh yang sudah menapak pergi itu. Mirdad masih tercegat di situ. Tak percaya! Aku tak percaya!

Sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya, Syifa gelak terbahak-babak. Kelakar teringatkan peristiwa tadi. Apa? Sayang? Eeee geli!
"Ape hal kau ni?"
Soal Riyadh. Sakit telinga!
"Kau panggil aku apa tadi?"
Soal Syifa. Merapat sedikit ke arah Riyadh. Menadah telinganya.
"Sayang..."
Balas Riyadh, malas nak layan. Dia fokus terhadap pemanduannya.
"Lagi sekali..."
"Aku ketuk kepala kau ni kang! Aku nak tolong kau je tadi. Kau jangan feeling lebih pula!"
"Eleh marah.. Aku yang patut marah tau! Ape hal kau lambat tadi? Kalau kau tak lambat.. Takdelah aku jumpa mamat gila tadi tuu..."
"Ramai customer tadi. Aslam, Anas dengan Iqram tak menang tangan nak layan.."
"Alasan lah tu, padahal taknak pun jemput aku.."
"Haah memang pun. Kau tu sape je dengan aku kan.. Kalau tak sebab Aydeen memang takde masa aku nak jemput kau.."
"Kau ni kalau aku sepak lagi sekali kaki kau, nak drive pun kau tak mampu tau.."
"Sebelum aku jahit mulut kau, baik kau diam.."
"Kalau aku taknak diam?"
"Kalau aku tau macam ni kan.. Aku biar je lelaki tadi kacau kacau kau seumur hidup.."
"Okey aku diam.."
Syifa menguatkan siaran radio di dalam kereta. Riyadh memandang marah. Mengerutkan dahi.
"Woiii pekak ke..."
Jerit Riyadh. Syifa sekadar mencebik dan mengangkat bahu. Padan muka!

*******************************************************************

"Serius laa bos?"
Soal Iqram yang tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Riyadh itu. Dia mencuci pinggan satu persatu. Anas muncul dari depan. Meletakkan pinggan dan cawan kotor ke dalam besen. Aslam sedang mengira wang keuntungan hari ini.
"Yelah, aku sendiri nampak depan mata, lelaki tu tarik tangan Inara, psiko gila kot.."
Balas Riyadh menggenggam tangan Anas, menunjukkan demo.
"Habis bos, kau nak kahwin dengan dia ke?"
Soal Anas pula.
"Itulah, aku taktau la.. Apa patut sebenarnya aku buat?"
Soal Riyadh pula.
"Bos.. Kalau kau kahwin kau nak duduk mana? Aku taknak keluar dari rumah kita. Aku bayar kot bil air api sewa semua..."
Aslam mencelah.
"Nanti lah aku fikir.. Kalau aku nak kahwin dengan dia sekali pun, aku kena bawa jumpa ayah aku kat kampung tu dulu.."
Ujar Riyadh.
"Better kau fikir masak-masak, garing-garing sampai hangit pun takpe bos asalkan tak tersalah pilih jalan bos..."
Bicara Anas.
"InshaAllah.. Doakan yang terbaik untuk aku.."
Tutur Riyadh sambil mengemas. Jam tepat pukul dua belas malam. Iqram meneruskan tugasnya mencuci pinggan. Anas berlalu ke depan bersama penyapu. Nak tutup kedai dah ni! Kalau lewat nanti pelanggan "lain" pula yang datang!

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now