Bab Dua Belas

995 27 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 12)

"Yang engkau pergi sepak kaki dia tu dah kenapa?"
Soal Aydeen.
"Dah dia cari pasal memang kena la.."
Balas Syifa.
"Nasib baik tak patah riuh budak tu, kaki dia baru je lepas operate tau.."
"Tau, tapi ada Angah kisah?"
"Hish kau ni, dia tu regular customer along tau dulu.."
"Okey, then apa kaitannya?"
"Haish kau ni, dah laa tido lah, esok esok jangan buat hal lagi. Nasib baik Along kenal Yadh tu, kalau tak kenal mau kena bayar kena maki kena viral bagai.."
Aydeen sudah mula membebel. Syifa menutup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangan dan terus melangkah menuju ke biliknya. Malas nak dengar Along membebel. Along tu kalau dah bebel kalah orang perempuan.
"Haaa orang cakap lari orang cakap lari.. ingat pesan Along!"
Aydeen separuh menjerit.

************************************************

Sunyi dan sepi. Syifa bosan sendirian di rumah. Dari tadi dia menatap ruangan e-mel nya, kot kot ada e-mel dari Syarikat IStudio Network tetapi masih hampa. Dia termenung di hadapan cermin. Membelek-belek wajahnya. Peristiwa-peristiwa lalu menerjah di kepalanya. Wajah Babah, Mak, Mirdad, Nureen dan Irdina. Insan-insan yang membuatkan dirinya menjadi dirinya yang sekarang. Dia membuka laci meja tulisnya perlahan-lahan. Kad undangan perkahwinan Mirdad dan gadis yang hanya dikenalinya dengan nama Ayeesha, sangat-sangat meremukkan hatinya. Cepat-cepat laci itu ditolak semula. Benci. Sakit hati! Seseorang memberi salam dari luar rumah memecahkan puing-puing ingatannya terhadap kenangan lalu. Syifa berlalu keluar dari bilik dan menuju ke arah pintu hadapan rumah. Sebaik sahaja daun pintu terbuka luas, seorang wanita yang amat dikenalinya tersenyum lebar. Ekspresi wajah Syifa terus berubah. Mendengus panjang. Mak... Ya, Puan Sahara, ibunya terpacak di hadapan pagar. Syifa melangkah malas ke arah wanita itu.
"Nak apa eh?"
Soalnya acuh tak acuh.
"Lamanya mak tak jumpa Angah. Mak bawakkan makanan. Jom kita makan sama-sama.."
Balas Sahara.
Syifa tidak menjawab tetapi terus menolak pintu pagar seluas-luasnya menjemput Puan Sahara masuk. Dia terus berpaling melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Sahara mengekori.
"Dah dekat tiga tahun la, kahwin macam tu je, kenapa baru sekarang muncul?"
Soal Syifa yang masih berdiri. Puan Sahara yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kusyen itu mendongak memandang anaknya. Tiada jawapan.
"Marilah makan sekali.."
Pelawa Puan Sahara, mengubah topik.
"Boleh, tapi lepas makan baliklah eh.. Takde hati laa nak berbual.."
Balas Syifa dan terus menuju ke dapur.
Puan Sahara, sekadar diam. Maaf. Mak tak tahu macam mana nak minta maaf.

Selesai sahaja menjamah makanan, Syifa terus mengemas pinggan dan sudu yang digunakan. Syifa menunggu Puan Sahara menghabiskan sisa makanan terkahir. Sebaik sahaja Puan Sahara selesai menyuap suapan terakhir, Syifa terus mencapai pinggan dan sudu yang digunakan lalu bingkas bangun dari duduk.
"Makanan pun dah habis, bolehlah balik sekarang.."
Ujarnya dengan senyuman.
Puan Sahara diam seketika lalu membalas.
"Nanti mak datang lagi ye.."
"Datang jelah tapi tengoklah kalau rajin nak layan.."
Balas Syifa sambil mencuci pinggan tanpa menoleh. Puan Sahara kesal. Puan Sahara bangun perlahan dari duduknya dan terus melangkah pergi. Syifa berpaling perlahan. Melihat ibunya yang berlalu pergi. Entahlah. Hati masih marah tapi diri ni masih mampu untuk mengawal emosi dan setiap perkataan supaya tak kurang ajar terhadap ibu sendiri.

******************************************************

Disebabkan terlalu bosan, petang itu Syifa keluar sendirian ke bandar. Mahu mencuci mata. Hendak berbelanja, duit pun tidak ada. Cuci mata sajalah yang mampu. Mahu tenangkan hati juga. Dia keluar dari kedai tudung eksklusif itu. Mahal! Sekadar nak tengok tengok bolehlah! Teringin! Dah lama tak beli tudung baru tapi apakan daya, tak mampu. Tunggulah dah dapat kerja nanti! Sebaik sahaja keluar dari perkarangan kedai itu, dua orang lelaki menghampirinya.
"Macam kenal..."
Sapa lelaki itu.
Syifa mendengus panjang. Baru nak bersenang-lenang, boleh pula bertembung dengan mamat ni. Semak betullah!
"Kalau kenal kenapa?"
Soal Syifa pula.
"Tak ada apa, sorang je ke?"
Bala Riyadh. Aslam di sebelahnya sekadar memerhati.
"Ada nampak macam orang dua tiga orang ke kat sebelah aku ni?"
Soal Syifa memerli.
"Tanya sikit pun nak marah.. Kecik hati kita.."
Ujar Riyadh.
"Cuba tengok muka aku ni.."
Tutur Syifa. Riyadh mendekat. Menatap Syifa lama. Eh, apa hal dia ni. Tiba-tiba jantung ni laju pula. Segera Syifa mengalihkan pandangan, berganjak sedikit setapak ke belakang.
"Muka aku ni ada nampak macam kisah ke?"
Bicara Syifa tanpa memandang Riyadh. Matanya melilau memandang ke kiri dan kanan, tiba-tiba malu. Riyadh ketawa kecil.
"Kau apa hal datang kedai tudung? Nak belikan awek tudung?"
Tambah Syifa cuba mengembalikan suasana yang kekok sebentar tadi. Tiba-tiba pandangan Riyadh itu membuatkan Syifa tak senang. Berdiri pun dah tak betul. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
"Tak, Aslam ni nak belikan awek dia hadiah.."
Balas Riyadh.
"Haaa.. Pergilah, banyak tudung lawa-lawa.. Aku choww dulu lah.."
Syifa terus mengatur langkah berlalu pergi. Baru lima tapak langkah kakinya, sebuah motor laju meragut beg galasnya. Syifa jatuh terduduk. Menoleh ke belakang. Ke arah motor yang meragutnya tadi. Tapak tangannya tergesel di jalan raya. Lengan bajunya pada bahagian siku di sebelah kanan, koyak. Sikunya luka. Tapak tangannya pula berdarah. Nasibnya beruntung kerana telefon bimbitnya di simpan dalam kocek seluar dan beg duitnya dipegang. Isi yang ada di dalam beg cumalah tisu, lipbam, dan benda-benda tidak penting. Aslam yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, berlari semula ke arah jalan melihat ke arah Syifa yang sedang cuba untuk bangun dari jatuh. Dia berlari semula ke pintu kedai. Melihat bosnya yang acah-acah memilih tudung. Macam dia pula yang nak beli hadiah kat awek!
"Bos!"
Jerit Aslam.
"Yawww, apa hal bro. Meh laaa pilih tudung ni.."
Ujar Riyadh yang masih sibuk membelek tudung.
"Tu.. Inara kena ragut.."
Balas Aslam.
"Ragut?"
Riyadh berlari anak ke arah Aslam.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now