Bab Dua Puluh Satu

989 25 2
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 21)

Sakit rasanya apabila insan itu sudah tiada selamanya dan ketika itulah baru timbul kesedaran di kita untuk memohon maaf. Tapi apakan daya, itu yang telah tertulis. Itu takdir yang harus dijalani. Tiada sesiapa yang menginginkan kesedihan dalam hidup tetapi itulah yang harus ditempuhi Syifa. Maafkan Angah mak.. Dulu semua orang tinggalkan Angah. Babah, Mirdad.. Kawan-kawan pun pulaukan Angah. Irdina, Nureen. Angah jadi marah dengan semua orang. Hati ni dah tak kisah dah dengan semua orang. Hati kering. Hati ni dah taknak tau langsung pasal orang yang tinggalkan Angah. Maafkan Angah....

Petang itu, Aydeen singgah di kedai Riyadh. Alang-alang pulang dari kubur, sementara menunggu malam, lepak makan satey dulu pun sedap juga! Lagi pun kedai Riyadh tu comel! Dapat tengok gelagat orang dapat menghirup udara segar! Kedainya betul betul tepi jalan. Walaupun nampak tidak semewah restoran restoran besar, kedai tu ada keunikannya tersendiri. Sebelah kiri pula ada padang. Padang tempat orang ramai lepak. Lagi-lagi remaja remaja yang bercinta!
"Yaww, Aydeen.. Dari mana?"
Soal Riyadh sebaik sahaja Aydeen dan Syifa muncul di hadapan kaunter.
"Dari kubur..."
Balas Aydeen. Riyadh mengangguk mengerti sambil mengerling ke arah Syifa. Mata Syifa nampak bengkak. Okey... Sekarang Riyadh faham.
"Satey ayam sepucuk cucuk.."
Aydeen membuat pesanan.
"Okey bro. Duduk dulu. Kejap lagi aku hantar.."
Aydeen dan Syifa berlalu ke meja kosong.

Tidak lama menunggu, satey yang dipesan siap dihidangkan. Masih petang. Tidak ramai pelanggan. Selalunya kalau malam, tak cepat macam ni. Kena tunggu berminit-minit baru siap. Riyadh meletakkan pinggan satey itu di atas meja lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Aydeen, bersebelahan Syifa. Syifa hairan. Apa hal dia ni?
"Boleh aku join.."
Ujarnya.
"Eh, apa hal tak boleh pula. Kedai kau.. Kau nak join sesiapa pun suka hatilah.."
Balas Aydeen.
"Deen.. Aku ada benda nak cakap.."
Ujar Riyadh. Syifa memandang perlahan. Dia nak cakap apa ni? Tetiba aku yang berdebar ni dah kenapa?
"Selalu kau kalau nak cakap main cakap je. Takde pula kau macam ni.. Cakap jelah.."
Tutur Aydeen sambil menikmati sateynya.
"Aku nak bawa adik kau balik Kuala Kangsar, jumpa ayah aku.."
Tersedak Aydeen mendengar ayat itu. Syifa turut terkejut. Tak sangka pula Riyadh seberani itu memberitahu abangnya. Syifa menoleh lagi ke arah Riyadh mengerutkan dahinya.
"Buat apa bro?"
Soal Aydeen yang tidak mengerti dengan apa yang berlaku.
"Inara tak bagitau ke? Kami dah lama bercinta bro.. Kami nak kahwin.."
Balas Riyadh.
"Serius Yadh? Bila korang bercinta? Senyap senyap je kan.."
Aydeen menyengih.
"Alah.. Malu nak bagitau Along. Yelah dulu Along kata apa.. Tak sesuai nampak pelik.."
Syifa mencelah.
Aydeen ketawa kecil. Along nampak macam suka je.
"Bila bro nak pergi Kuala Kangsar?"
Soal Aydeen lagi.
"Sabtu malam ni. Hari lain kan Syifa kerja. Ahad dia cuti kan. So, Sabtu malam pergi. Ahad malam baliklah.."
Balas Riyadh.
Aydeen ketawa lagi. Tak sangka. Sekejap dia memandang adiknya, sekejap dia memandang Riyadh.
"Bro.. Aku happy gila.. Aku tau kau boleh jaga adik aku. Aku kenal kau bro.."
Kata Aydeen dengan penuh keterujaan.
"Aku pun happy tengok kau happy.."
Balas Riyadh, menyengih. Memerli Aydeen dalam gurauan. Excited sangat bro Aydeen ni bila tahu aku nak jadikan adik dia isteri aku!

Sepanjang perjalanan pulang, Aydeen tak habis-habis berbual tentang Riyadh, Riyadh macam tulah, Riyadh macam ni lah.. Suka betul dia dapat tahu adiknya bakal berumah tangga dengan Riyadh.
"Along pula yang terlebih excited kenapa.."
Ujar Syifa.
"Along tak sangka.. Gila tak sangka.. Untung tau Angah dapat Yadh tu.. Nanti kalau dah duduk sebumbung dengan dia, kau tau lah dia tu macam mana.."
"Eleh Along.. Cakap macam pernah sebumbung dengan dia je.. Ke... Along ni gay.. "
"Hoi! Ke situ pula engkau kan!"
Syifa ketawa. Seronok kenakan abangnya itu. Tiba-tiba dia senyap seketika. Berhenti daripada ketawa. Ingatannya menerjah kepada arwah ibunya.
"Kalau mak ada, mesti mak suka kan.."
Ujar Syifa.
"Dah la.. Mak dan tak ada pun. Apa yang boleh kita buat.. Kita doakan semoga mak tenang kat sana.."
Balas Aydeen.
"Haaa.. Along tu.. Bila pula nak kahwin?"
Syifa berseloroh lagi.
"Haaaa.. Angah tau.. Along dengan Kak Ati ada apa-apa ek?"
Tambah Syifa.
Aydeen buat-buat tak dengar. Menguatkan volume radio. Tidak mahu menjawab soalan itu.
"Along.....!!!"
Jerit Syifa.

Kad perkahwinan yang tertera nama Mirdad Naqib dan Ayeesha Khalil itu ditatap lagi. Kali ni kau takkan kacau aku lagi Mirdad. Bisik hati Syifa. Tapi... Betul ke apa aku buat ni? Ataupun cara aku nak kahwin dengan Riyadh ni salah? Semata-mata untuk elakkan diri daripada kisah lama? Tapi... Riyadh tu... Kadang-kadang boleh buat aku jatuh cinta juga......

****************************************************

Angah.. Along kena pergi KL laa petang ni. Ambil stok barang untuk kedai. Taktau balik pukul berapa. Nanti Angah mesej la Yadh. Mintak Yadh ambil...

Syifa membaca whatsapp dari abangnya itu. Ingatkan tak dapat ambil sebab kereta rosak lagi!

Okey Along...

Syifa membalas. Fikirannya terhenti seketika. Macam mana?! Nombor Riyadh pun aku tak pernah ada! Apa ni Syifa? Nombor bakal suami pun tak ada. Baru tersedar mereka tidak pernah bertukar nombor telefon. Punya lah masing-masing bertekak sebelum ni. Nak mintak kat Along nanti mesti Along pelik. Cakap dah lama bercinta tapi nombor telefon pun tak ada. Matilah aku!!!!

"Betul ni taknak tumpang akak?"
Soal Kak Atirah.
"Takpe kak.. Kedai Yadh depan tu je, jalan kaki kejap je..akak baliklah dulu.."
Balas Syifa.
"Haaa... Dekat je kan takpelah akak hantar. Lagi pun akak nak juga tengok bakal suami kau tu.."
Biasalah Kak Atirah memang macam tu. Nak tengok handsome ke tak lah tu!
"Haaa yelah.. Jom kak..."
"Ke.. Nak akak hantar rumah terus.."
"Takyah laaa kak.. Nanti Along tau, Along bising. Rumah akak jauhlah, bukan jalan sekali ke rumah kami lah.. Bahaya laa.."
"Tu sebab Along sayang akak.."
Atirah bergurau. Syifa menarik wajah menyampah sambil menyengih. Ada je pickupline si Kak Ati ni!

Syifa menolah ke belakang sambil menapak ke arah kedai Riyadh itu. Kak Atirah masih belum berlalu. Apabila Riyadh menghampiri Syifa, barulah dia berlalu. Baru puas hatilah tu dapat tengok. Syifa menggeleng melihat gelagat Kak Atirah itu. Mencuit hati betul! Sebaik sahaja menoleh ke hadapan dia terperanjat, Riyadh berdiri tegak di hadapannya.
"Fuh.. Terkejut aku!!"
Syifa mengurut-ngurut dadanya.
"Apa hal?"
Riyadh ketawa kecil sambil menyoal.
"Abang aku suruh kau hantar.."
"Aik.. Selalu dia call aku terus.. Dia takde cakap apa-apa pun.."
"Dia suruh aku yang bagitau... Aku mana ada nombor kau.."
"Haah kan.. Kita takde nombor masing-masing kan..."
"Bak sini fon kau..."
Syifa menghulur tangan. Riyadh menyeluk kocek seluar lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Syifa. Syifa menaip laju.
"Dah.. Aku dah save.. Inara Kesayangan.."
Riyadh merampas semula telefon bimbitnya.
"Eeee, save laa nama lain.. Geli aku tau.."
Kali ni Riyadh pula yang menaip. Selesai menaip dia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Syifa.
"Inara Sengal.."
Syifa membaca.
"Suka hati kau lah nak save apa.. Malaslah layan.. Jomlah balik.. Aku penat ni..."
"Okey.. Kejap..."
"Kejap ke mana pula?"
"Ke hati kau....."
Riyadh ketawa. Sempat buat pickupline! Itulah first ayat pickupline dari mulut seorang Riyadh.
"Kau ingat sweet?.."
Syifa mencebik.
"Sweet apa.. Bergurau-gurau dengan bakal isteri.."
Mereka berlalu meninggalkan perkarangan kedai itu dan menuju ke arah kereta Riyadh dengan gelak tawa.

Anas, Aslam dan Iqram mengintai dari jauh. Fuhhh bukan main bos sekarang! Makin menjadi-jadi! Dulu bertekak je kerjanya! Sekarang dah boleh gelak sama-sama pulak.
"Bahagia bos kita sekarang kan.. Bilalah aku nak merasa macam tu.. Asik kena reject je dengan awek.."
Ujar Iqram.
"Sabarlah Am.. Aku ni.. Lagi langsung awek tak pandang.."
Tambah Anas.
"Alah korang ni.. Relax je nanti kita dah kaya duit berkepok-kepok adalah tu awek akan menempel..."
Tutur Aslam pula.
"Tapi kan.. Aku bahagia tengok bos kita bahagia.. Bukan senang tau nak tengok dia layan perempuan.."
Tambah Anas.
"Riyadh tu memang macam tu.. Bukan senang nak bercinta... Baik, suka tolong orang.."
Balas Aslam yang lebih lama mengenali Riyadh.
"Tapi.. Keputusan Yadh terima Cik Inara tu betul ke? Korang rasa?"
Soal Iqram pula.
"InshaAllah.. Aku rasa bos akan bahagia.. "
Balas Anas.
"Amin...."
Mereka bertiga mengangkat tangan, mengaminkan kata-kata Anas itu. Sayang betul mereka dengan bos mereka sorang tu!

****************************************************

Ayeesha sudah tidak tahan lagi. Diperlakukan seperti orang asing. Bukan seperti seorang isteri. Mirdad terlalu hidup dengan kenangan lama sehingga mengabaikan dirinya dan anaknya. Ayeesha tahu semua ini berpunca dari dirinya sendiri yang menginginkan Mirdad untuk kembali kepada gadis yang hanya dikenalinya melalui nama Assyifa Inara. Mirdad baru pulang. Tidak tahulah dari mana. Sejak dua menjak ini, pulang sahaja daripada meniaga di pasar, sejam dua jam selepas menjamah makanan tengahari, Mirdad pasti hilang. Ayeesha sudah penat. Malas hendak bertanya ke mana. Nanti jawapannya cuma menyakitkan hati sahaja. Mirdad menolak daun pintu. Mirdad menghampiri isterinya. Ayeesha... Janganlah buat macam ni.... Kenapa ayeesha? Kenapa? Tolong jangan......

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now