Bab Lapan Belas

887 24 1
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 18)

Kereta Dato' Izlan meluncur laju di hadapan rumah. Aydeen dan Syifa yang sedang menikmati hidangan makan malam saling berpandangan. Siapa pula yang datang tengah malam buta ni? Salam diberi berulang-ulang kali dari luar rumah. Macam urgent sangat je tu! Aydeen bingkas bangun. Mencuci tangan dan terus bergegas menuju ke pintu hadapan rumah. Syifa mengekori. Dato' Izlan terpacak di hadapan rumah.
"Dato' kenapa datang ni.."
Soal Aydeen sambil menuju ke arah pagar. Syifa sekadar memerhati dan berdiri tegak di depan pintu. Menyampah! Meyampah tengok muka lelaki tua tu!
"Mak kamu Aydeen.."
Suara Dato' Izlan tersekat-sekat.
"Kenapa dengan mak?"
Soal Aydeen. Risau. Syifa yang sedang memerhati sekadar mencebik. Kenapalah agaknya tu. Tak berminat pun nak tau sebenarnya.
"Mak kamu jatuh tangga, sekarang dia strok. Tak boleh bercakap. Uncle bagi makan dia taknak, dia sebut nama Along dengan Angah. Dia nak jumpa anak-anak dia kot.."
Jelas Dato' Izlan.
"Yeke? Aaaa Dato' tunggu kejap.. Saya dengan Syifa siap-siap tapi naik kereta Dato' laa.. Kereta saya still kat bengkel lagi.. Rosak.."
"Takpe, uncle tunggu.."
Aydeen bergegas masuk ke dalam rumah. Syifa masih tercegat memandang ke arah Dato' Izlan.
"Tunggu apa lagi.. Jomlah siap.."
Tutur Aydeen.
"Angah taknak ikut.."
Syifa mengekori abangnya yang mengatur langkah kaki ke kamarnya.
"Jomlah Ngah.. Lupakan jelah kisah lama tu, dia tetap mak kita.."
Pujuk Aydeen. Syifa sekadar membalas dengan gelengan kepala.
"Siap.. Pakai tudung cepat.."
"Angah boleh ikut tapi Angah takde hatilah nak tengok muka dia.."
"Dah cepat siap... Kita taktau mungkin ni hari terakhir dia ke, kita ni dah lama tak jumpa dia, tak dapat redha seorang mak, doa seorang mak.. Siap cepat! Pakai tudung sana..."
Syifa akur. Berjalan keluar dari bilik Aydeen menuju ke kamarnya.

Setibanya di rumah tersergam indah, mewah dan besar itu, Dato' Izlan berlari anak ke tingkat atas. Aydeen dan Syifa mengekori. Syifa sempat memerhatikan sekeliling rumah. Kaya. Besar. Semua barang-barang mahal. Patutlah semua orang nak hidup mewah. Orang gaji pula merata-rata. Dari bawah sampai atas. Dato' Izlan masuk ke dalam bilik utama. Sahara sedang terbaring. Sahara terkumat-kamit apabila melihat kedua-dua orang anaknya muncul. Entah apa yang dikatakannya sepatah pun tidak difahami. Syifa mengekori abangnya.
"Mak, Along dengan Angah sampai ni.."
Sahara mengangguk. Air matanya mengalir. Sahara terkumat-kamit lagi, ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak berdaya. Syifa menghampiri.
"Ye, tahu sakit.. Dah tak boleh nak sembuh pun.."
Ujar Syifa dengan senyuman sinis. Aydeen memandang tajam. Menggeleng dengan sikap adiknya itu.
"Takpelah.. Angah dah lama dah maafkan benda benda lepas tu.. Jangan risau tau. Angah dah takde perasaan nak marah, nak sayang, nak rindu.. Sekarang bolehlah "pergi" dengan tenang.."
Satu lagi senyuman sinis dilemparkan. Sahara mencebik. Menangis tak henti.
"Babah.... Babah...."
Bicara Sahara.
"Along tak tau babah kat mana.."
Dato' Izlan menghampiri.
"Malam ni tidur sini ya.."
Ujar Dato' Izlan.
"Takpelah Dato' kami balik dulu.. Esok kami datang lagi.."
Balas Aydeen.
"Lagi pun kami tak biasa tidur rumah besar macam ni.."
Tambah Syifa. Dato' Izlan diam. Membiarkan sahaja dua anak muda itu keluar meninggalkan perkarangan rumahnya.

*********************************************************************

Hari itu Aydeen cuti. Tidak ke kedai. Pagi-pagi lagi selepas menghantar Syifa di tempat kerja dia terus ke rumah Dato' Izlan. Mahu menghabiskan sisa-sisa yang masih ada dengan ibunya. Sepanjang berada di rumah Dato' Izlan, Aydeen merasakan Dato' Izlan adalah seorang yang sangat baik. Walaupun kaya dengan harta benda tetapi Dato' Izlan bukanlah seorang yang meninggi diri.

"Nara... Kenapa tak ambil cuti?"
Soal Atirah mengahampiri Syifa yang sedang sibuk menghadap komputer itu. Syifa menoleh. Cuti? Untuk apa?
"Cuti? Buat apa nak apply cuti kak?"
Soal Syifa.
"Kan mak Nara tengah sakit.."
"Mana akak tau ni?"
"Abang whatsapp akak semalam.."
Syifa agak terperanjat. Amboi! Sejak bila tukar-tukar nombor telefon ni? Siap dah berwhatsapp!
"Bila masa akak ada nombor Along?"
Soal Syifa tidak menjawab pertanyaan tentang ibunya tadi.
"Masa dia tak jadi jemput Nara haritu, akak singgah bengkel kereta sebelum balik tu, sempat-sempat laa kami tukar-tukar nombor.. Haaa kau Nara taknak apply cuti ke?"
Sudah. Atirah tanya lagi soalan tu. Syifa malas nak jawab soalan tu.
"Along ada. Takpelah.. Dah laa akak, pergi buat kerja sana.."
Atirah tidak menjawab. Syifa sekadar memerhatikan sahaja Atirah yang berlalu pergi dari mejanya itu. Entah-entah pasal aku taknak jumpa mak pun Along cerita! Dah pandai kongsi-kongsi cerita pula sekarang ni!

Hari sudah gelap. Tiada panggilan telefon dari Along. Haish Along ni dah balik dari rumah Dato' Izlan ke belum? Kejap lagi aku melangut pula sorang sorang kat bawah ni. Buatnya mamat gila tu datang lagi, matilah aku! Telefon Along dulu lah!
"Angah, Dato' Izlan dah tunggu Angah tu. Along masih kat rumah Dato' ni, balik sini terus ya.."
Tutur Aydeen sebaik sahaja menjawab panggil.
"Okey.."
Jawab Syifa ringkas. Malas nak berbahasa basi dengan abangnya itu. Turutkan sajalah.
Kereta mewah Dato' Izlan sudah menunggunya. Syifa melangkah malas.
"Along suruh...."
Belum sempat Dato' Izlan menghabiskan kata-katanya, Syifa memintas.
"Tau Dato' jomlah, biar cepat sikit sampai. Tak suka lah lama-lama dengan Dato'..."
Syifa senyum lebar. Senyuman perli!

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now