Bab Tiga Belas

878 24 1
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 13)

Syifa melompat gembira. Komputer ribanya ditutup rapat. Dia berlari keluar dari kamarnya mahu menuju ke bilik Aydeen. Seronok tak terkata. Rasa nak melompat satu rumah. Akhirnya dia diterima sebagai staf dan Designer di syarikat IStudio Network. Aydeen sedang nyenyak tidur. Arghh. Peduli apa aku. Along kena tahu juga yang aku tengah bahagia gila ni! Penantianku berakhir dengan kebahagiaan! Dia menuju ke arah katil abangnya.
"Along.. Bangun.. Oooo Along.."
Dia menggoncang-goncangkan tubuh abangnya itu. Aydeen masih lena dan langsung tidak bergerak. Tidur mati la Along ni! Syifa mendekati telinga abangnya.
"Alonggggg!!!!!"
Jeritnya.
Aydeen terjaga dari tidur. Kelam-kabut dibuatnya. Terjegil biji mata Aydeen. Dia melihat Syifa yang terjegat di sebelahnya. Eh budak ni kacau betullah.
"Kenapa?! Aku tengah lena kan?!"
Ujar Aydeen sambil mengesat kedua-dua belah matanya.
"IStudio Network tu dah terima Angah bekerja, dah lulus temuduga! Lusa dah boleh start kerja!"
Bicara Syifa penuh semangat.
"Aduh.. Esok kan boleh cakap.."
Aydeen mendengus.
"Esok feeling dia dah lain Along.."
"Haaaa dah dah, Along tumpang gembira. Along sambung tidur, kau pergilah masuk bilik kau.."
Aydeen baring semula. Berselebung dengan selimut. Syifa bingkas bangun lalu mengatur langkahnya keluar dari bilik Aydeen itu. Senyuman tak lekang dari wajahnya. Siapa tak seronok! Lama tunggu akhirnya lulus juga! Menganggur lama lama pun penat juga! Syifa menutup daun pintu perlahan-lahan tidak mahu mengganggu lena abangnya.

***************************************************************

"Along sebelum pergi kerja, hantar Angah kat pasar. Nak beli barang dapur sikit. Nanti balik pandai-pandailah Angah.."
Syifa menghampiri Aydeen yang sedang mengikat tali kasut itu.
"Haaa jomlah.. Nak pergi pasar mana?"
Soal Aydeen.
"Pergi pasar yang kat belakang taman tu laa.. Pasar yang selalu kita pergi tu dah tak syok, ikan semua dah tak segar.."
Balas Syifa.
"Haaa.. Jomlah. Tutup pintu tu.."
Aydeen bingkas bangun menuju ke arah kereta kancilnya.

****************************************************************

Ikan sudah. Ayam pun sudah. Syifa membelek-belek barangan basah yang sudah di belinya tadi di dalam bakul itu. Haaaa, ikan belum lagi! Along tu dah la suka makan ikan, kalau ayam dia kurang sikit berbeza dengan Syifa yang lebih menggemari ayam. Dia menuju ke arah gerai paling hujung. Nampak macam best. Nampak segar semua. Syifa membelek-belek satu persatu ikan yang ada. Dia terasa seperti dirinya diperhatikan tetapi dia tidak mengendahkan.
"Ikan kembung ni sekilo.."
Ujarnya. Sebaik sahaja mengangkat kepala dan memandang peniaga di hadapannya itu dia terperanjat. Mata mereka saling bertaut. Wajah yang amat dikenali Syifa. Syifa mengalihkan pandangan. Arghh! Aku taknak kenal kau lagi! Namun lelaki itu masih memandangnya.
"Siang sekali eh.."
Ujar Syifa sambil mengeluarkan wang dari dalam kocek seluarnya. Beg dah takde. Dah kena ragut semalam. Duit pun tak cukup nak beli beg baru. Lelaki itu mengangguk.
"Sihat?"
Soal lelaki itu sambil menyiang ikan. Syifa tidak menjawab. Perlu ke pertanyaan itu dijawab? Mirdad menoleh Syifa yang hanya diam. Syifa sekadar mengangguk.
"Isteri Encik Mirdad, emm apa nama dia, Ayeesha.. Sihat?"
Soal Syifa, memerli. Mirdad sekadar membalas dengan senyuman.
"Siang cepat sikitlah.. Tak suka laa duduk lama lama dengan orang lama.."
Tambah Syifa.
"'Masih pakai nombor lama?"
Soal Mirdad pula.
"Masih tapi kau jangan pandai pandai nak contact aku. Kau yang hilang, mesej aku tak balas, tiba-tiba datang bagi kad jemputan kahwin.. Sekarang sibuk nak tanya khabar laa nomborlah.. Ingat aku kisah ke? Hati ni dah lama kering tau.."
Bicara Syifa panjang lebar. Nada suaranya dilontarkan perlahan. Tidak mahu didengari orang-orang di pasar. Lontaran kata-katanya diutarakan secara lembut. Tidak marah. Tidak juga benci. Entahlah hati ni dah mati perasaan! Kering kontang! Mirdad tidak menjawab malah tetap melemparkan senyuman di bibirnya. Mirdad menghulurkan ikan yang siap disiang tadi kepada Syifa.
"Lapan ringgit.."
Syifa membayar dan terus melangkah pergi dari situ. Menyesal! Menyesal aku pergi pasar sini! Dah la orang sakit hati ni dia pula asik senyum je!

****************************************************************

Akhirnya Syifa. Jumpa juga aku dengan kau. Dah dekat tiga tahun lepas aku pergi, langsung tak dengar khabar kau. Maaflah. Aku pergi tergesa-gesa. Tak cakap apa-apa. Hancurkan harapan kau. Aku bagi harapan lepastu aku blah macam tu je. Aku terpaksa bukan aku sengaja. Last masa aku balik ke Selangor dengan kau haritu, dalam perjalanan aku nak ke rumah kami sekeluarga kemalangan. Mak aku dah tak ada Syifa. Dia meninggal waktu tu juga. Adik-adik aku. Yang selamat Aiman sorang je. Ayah pula lumpuh. Ayah tak mampu nak bekerja. Aiman masih sekolah. Aku terpaksa berhenti belajar. Ambil alih tugas ayah. Aku yang bekerja aku yang menguruskan keluarga. Pasal Ayeesha tu....... Aku taknak ingat peristiwa tu. Peristiwa yang membuatkan aku terpaksa terima Ayeesha. Aku taknak bagitau kau Syifa. Aku susah nak cakap dengan kau. Habis semua telefon aku, aku jual. Sebab aku memang terdesak sangat perlukan duit untuk bayar yuran Universiti yang tertunggak. Aku tak dapat nak hubungi kau. Aku nak minta maaf dengan kau, tapi lepas tengok kau sekarang, aku jadi terkedu. Kau lain sangat. Dulu kau polos, ceria.. Sekarang kau nampak matang, bercakap pun macam orang takde perasaan. Ayeesha tahu pasal kita dan dia tak kisah kalau bermadu. Aku bahagia dapat jumpa kau. Ayeesha nak sangat jumpa kau. Dia selalu tanya pasal kau. Minta aku cerita pasal kau. Tangisan bayi itu menghentikan lamunan dan peristiwa lalu yang berlegar di kepala Mirdad. Dia menoleh ke sebelah ke arah isterinya, Ayeesha yang sedang nyenyak tidur. Segera dia mengendong bayi perempuannya itu. Ayeesha membuka mata perlahan. Memandang suaminya di sebelah.
"Takpe.. Awak tidur je..."
Ujar Mirdad. Ayeesha memejamkan semula matanya. Perlahan-lahan tangannya memegang tangan suaminya. Mirdad lelaki yang baik. Peristiwa tu membuatkan aku kehilangan namun, peristiwa itu juga yang mengurniakan aku seorang suami yang baik. Ayeesha tidur dalam senyuman.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now