Bab Enam Belas

951 26 2
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 16)

Ahad. Hari untuk Syifa bersenang-kenang di rumah. Cuti. Dia tidak perlu ke tempat kerja dan bebas daripada diganggu oleh Mirdad yang macam orang gila talak tu. Tak sangka Mirdad jadi macam tu. Tiba-tiba dia teringat kata-katanya semalam. Kahwin? Aduh.. Mirdad mesti akan kacau aku selagi aku tak kahwin betul-betul. Gila! Ini memang kerja gila. Aku nak kahwin dengan siapa? Kenapa la aku boleh tipu benda macam ni tapi cara macam mana lagi aku nak guna supaya dia tak kacau aku? Ini jelah caranya. Masalahnya sekarang aku kena cari bakal suami yang boleh buat Mirdad percaya dan tak kacau aku lagi. Tapi siapa?

Ayeesha menyusun hidangan makanan di atas meja. Kemudian dia menuju ke arah ayah mertuanya. Menolak kerusi roda Naqiudin menuju ke arah meja makan. Yulaikha sudah lena tidur di buaian. Mirdad yang baru sahaja menuruni anak tangga bergegas menuju ke pintu luar rumah. Ayeesha berlari anak, mengejar.
"Abang nak pergi mana? Jomlah makan tengahari dulu.."
Ujar Ayeesha.
"Takpelah.. Abang nak pergi jumpa Syifa..."
Balas Mirdad.
Ayeesha memejamkan mata perlahan kemudian membuka semula matanya. Menghembus perlahan nafas. Kesal! Menyesal! Ya! Itu yang dirasainya sekarang.

Ingatkan bolehlah bersenang-lenang. Mirdad mengganggu lagi. Kali ini melalui whatsapp.

Mirdad: Syifa, tak kerja ke harini?
Syifa: Harini cuti..
Mirdad: rumah kat mana? Boleh Mir datang?
Syifa: kau tak faham lagi ke? Aku ni dah nak kahwin. Boleh tolong jangan kacau tak?
Mirdad: Mir tak percaya..

Syifa mendengus panjang. Erghhhhhhh. Dia menggengam tangannya. Geram! Kemudian dia mengurut-ngurut dadanya, cuba menahan sabar. Dia tidak membalas. Aku kena cari orang yang betul-betul boleh kahwin dengan aku! Tapi siapa?!.. Hah!
Syifa memetik jari. Nama Riyadh Rizqin melintas laju difikirannya. Aku rasa dia boleh tolong aku! Syifa bingkas bangun, menuju ke kamar, mahu bersiap-siap ke kedai Riyadh!

Setiba sahaja di kedai satey itu, Syifa terus menuju ke arah Riyadh yang sedang menyusun satey ke dalam pinggan.
"Aku nak cakap sikit boleh.."
Ujarnya.
"Aikk.. Tiba-tiba datang terjah macam ni.. Ada apa?"
Soal Riyadh. Dia berlalu keluar dari kawasan itu menuju ke arah meja pelanggan menghantar satey tadi. Syifa menanti Riyadh ke tempat itu semula.
"Berhentilah kejap buat kerja.. Nak cakap ni.."
Tutur Syifa sebaik sahaja Riyadh kembali ke tempat itu.
"Bunyi macam serius.."
"Ye, serius.."
Balas Syifa. Riyadh memandang lama. Pelik. Jarang Syifa macam tu. Selalunya garang. Hati kering. Kali ni nampak naif sangat. Riyadh mencapai tuala di atas meja itu. Mengelap tangannya.
"Iqram.. Tolong bakarkan satey akak tu, tiga puluh cucuk.. Aku ada hal kejap.."
Riyadh menuding jari ke arah belakang kedai lalu mengatur langkah. Syifa mengekori.

Tiga jam selepas keluar, Mirdad pulang semula ke rumah. Ayeesha yang menanti dari tadi berlari mendapatkan suaminya.
"Abang.. Esha dah panaskan lauk lauk tadi.. Makanlah.."
Ujarnya.
"Abang takde selera la.."
"Abang tak makan dari tadi kan, makanlah sikit.."
"Abang takde selera, faham tak?"
"Abang pergi mana? Cari perempuan tu ke?"
Air mata Ayeesha sudah bergenang.
"Kalau abang rasa saya ni cuma persinggahan, abang lepaskanlah saya.. Lepas abang jumpa balik cinta lama abang tu, abang lain sangat. Abang abaikan saya, Yulaikha.. Saya tau.. Saya ni bukan perempuan baik, Yulaikha tu pun bukan anak abang.. Saya boleh pergi.."
Bicara Ayeesha panjang lebar. Mirdad serba salah. Tidak sedar perbuatannya selama ini telah mengguris hati isterinya itu.
"Bukan macam tu... Esha.. Abang....."
Belum sempat Mirdad menghabiskan kata-kata, Ayeesha berpaling melangkah laju menuju ke tingkat atas.

Riyadh bangun dari duduk. Menunduk ke arah Syifa yang masih menantikan jawapannya itu. Permintaan Syifa itu benar-benar memeranjatkan Riyadh. Apa gila perempuan ni?
"Kau ni okey tak?"
Soal Riyadh.
"Okey...Aku cuma nak kau kahwin dengan aku je.."
Balas Syifa.
"Tak, masalah sekarang kau tak tanya pun aku ni dah ada yang punya ke bertunang ke even memanglah aku single kan.. Tapi.. Ini tak masuk akal, aku kenal kau tak sampai tiga bulan kot.. Dah laa kita asik bertekak, tiba-tiba kau ajak kahwin?"
Panjang lebar Riyadh bercakap. Syifa bangun. Mendekati Riyadh.
"Tolong aku Yadh.."
"Kau ni kenapa sebenarnya..?"
Soal Riyadh, sudah mula jatuh simpati. Tiada jawapan dari Syifa.
"Kahwin ni bukan benda main-main tau Inara. Bukan macam kau main kahwin kahwin masa kecik kecil tu.. Kita ni perasaan pun takde antara satu sama lain nak kahwin apa?"
Tambah Riyadh apabila Syifa hanya diam.
"Kita bercintalah lepas kahwin.."
Balas Syifa ringkas.
"Cakap senang lah Inara.. Aku ni rumah sendiri pun takde. Nanti kahwin takkan kau nak duduk sekali dengan Aslam, Anas, Iqram.. Lagi pun kau boleh ke terima aku yang serba kekurangan ni, jalan pun terjengkot-jengkot.."
"Aku takde kawan lelaki lain, aku ada kau je.."
"Sekarang ni yang kau nak kahwin sangat kenapa? Aydeen tau tak?"
Sebaik sahaja mendengar nama abangnya, laju Syifa membalas.
"Jangan.. Jangan bagitau Along lagi.. Ini rahsia kita berdua.."
"Sekarang ni cuba bagitau aku masalah sebenar kau. Lain macam kau ni. Macam ada tak kena.."
"Tolong lah Yadh kahwin dengan aku.."
"Kau ni.. Dah la malas aku layan.. Kesian kat budak-budak tu.. Aku nak tolong diaorang kerja.. Kau ni mengarut je.."
Riyadh berlalu meninggalkan Syifa sendirian. Aduh! Macam mana nak cakap ni? Buat masa sekarang, Riyadh je yang mampu tolong.

Malam itu, pulang sahaja dari kedai, Anas dan Iqram bertapa di bilik Riyadh dan Aslam. Bergosip tentang kejadian petang tadi. Walaupun sibuk menjalankan tugasan masing-masing, mereka sempat mengintai ke arah Riyadh. Benar-benar ingin tahu apa yang dibualkan.
"Dia ajak aku kahwin.."
Ketiga-tiga mereka terlopong mendengar ayat itu
"Biar betul bos? Entah-entah dia mengandung.."
Iqram membuat andaian.
"Entahlah, aku pun tak pasti.."
Balas Riyadh.
"Dia tak cakap kenapa ke bos?"
Soal Anas pula.
"Tak... Jenuh aku tanya, dia tak jawab pun kenapa dia nak sangat ajak aku kahwin.."
Balas Riyadh.
"Entah-entah betullah dia mengandung.."
Aslam membuat andaian.
"Tulah, bila aku sebut nama Aydeen dia terus cakap jangan bagitau abang dia.. Something wrong somewhere.."
Tutur Riyadh.
"Cuba bos tanya dia lagii sekali.. Aku pula yang tak puas hati ni..."
Kata Anas.
"Aku pun penasaran banget ni.. Besok aku mau ke rumah dia, tanyain apa sebenarnya masalah dia.."
Sempat Riyadh berseloroh dengan berbahasa Indonesia.
"Setuju bos! Apa-apa share bos..."
Balas Iqram.
"Tapi ingat... Cerita sini habis sini jangan korang jaja pula. Jangan sampai Aydeen tau.."
Ketiga-tiga mereka mengangguk faham.

********************************************************************

Syifa berlari ke luar rumah. Deruman kereta Aydeen berlalu dari perkarangan rumah.
"Along!!! Tunggulah! Angah tak siap lagi!!!"
Jerit Syifa sambil berlari anak menuju ke luar.
Kenapa Along tinggalkan aku?! Nak pakai bedak pun tak sempat! Selalunya Along akan tunggu aku siap! Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah, Syifa terperanjat melihat Riyadh berdiri tegak di hadapan pagar.
"Aku yang suruh Aydeen pergi dulu.. Biar aku hantar kau pergi kerja.."
Ujar Riyadh.
"Tapi kenapa?"
Soal Syifa.
"Aku masih tak puas hati pasal semalam.."
Balas Riyadh.

Syifa menyuap roti canai ke dalam mulutnya sambil terus bercerita. Riyadh curiga dengan cerita Syifa itu. Betul ke Minah ni? Entah-entah dia kelentong aku je. Ada ke lelaki betul-betul tergilakan dia ni? Perangai macam ni?
"Bukan sebab kau pregnant? Nak jadikan aku pak sanggup?"
Soal Riyadh selamber.
Syifa tersedak. Astargfiruallahdzim. Sampai ke situ sekali Riyadh berfikir. Syifa mencapai teh tariknya lalu menghirup laju. Kali ini mengipas-ngipas bibirnya. Panas!
"Macam tu sekali kau fikir aku kan?"
Syifa mengetap bibir. Geram.
"Tak.. Aku cuba tertanya-tanya jelah.."
"Aku cuma taknak dia tu ganggu aku lagi je. Aku terlanjur cakap dengan dia yang aku nak kahwin.. Tapi aku memang takde sape sape and dia takkan percaya and still akan ganggu aku kalau dia tak tengok bakal suami aku.."
Jelas Syifa.
"Boleh percaya ke?"
Riyadh masih ragu-ragu.
"Buat apa aku nak tipu?.. Tipu semata-mata untuk dapat kahwin dengan kau? Eeeee aku pun tak teringin sebenarnya..."
"Bagi aku fikir dulu lah, aku rasa cerita kau ni mengarut.."
"Eeee aku tak reka cerita lah!!"
"Tapi kenapa mesti aku?"
"Aku takde kawan lelaki.."
"Tapi aku bukan kawan kau..."
"Takpelah kalau kau taknak.. Malaslah nak cakap dengan kau.."
"Kan aku cakap aku fikir dulu.. Sabar boleh tak?"

Aslam mengipas-ngipas satey yang dibakar itu sambil bergosip. Perlahan sahaja mereka bergosip sambil berbisik-bisik.
"Betul dia kata dia tak pregnant pun.. Cuma ada sorang laki ni, cinta lama dia.. Ganggu hidup dia, sedangkan laki tu dah kahwin.."
Bisik Riyadh.
"Boleh percaya ke bos.."
Soal Aslam pula, berbisik. Tidak mahu perbualan mereka didengari pelanggan.
"Entahlah. Aku confuse ni Lam.. Perlu ke aku terima pelawaan dia tu?"
"Fikir baik-baik bos.. Takut jadi lain kang.."

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now