Bab Sembilan Belas

876 26 1
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 19)

Satu jam di rumah Dato' Izlan, Syifa tidak senang duduk. Bosan. Tidak bebas. Rumah je besar tapi tak ada apa pun yang menyeronokkan. Duduk kaku di dalam bilik bersama Aydeen dan ibunya, Sahara menambah kebosanan yang melanda. Aydeen setia di sisi ibunya. Berbual entah apa dari tadi. Syifa menghampiri abangnya tadi.
"Along.. Angah nak keluar kejap laa. Bosan.."
Ujarnya.
"Nak pergi mana?"
Soal Aydeen, keningnya bertaut. Nak pergi mana pula budak ni waktu waktu macam ni. Sepatutnya duduk sekali sama sama kat sini, tengok mak ni.
"Mana mana jelah.."
Tanpa mengendahkan abangnya, Syifa terus menapak keluar dari bilik. Aydeen sekadar menggeleng kepala. Malas nak layan perangai adiknya itu. Dia menoleh ibunya yang hanya mampu melihat tanpa berkata-kata. Sayu wajah ibunya.

Syifa menapak malas ke kedai Riyadh And Friends Satey itu. Nak ke mana lagi malam malam ni. Ke situ saja tempat yang paling selamat. Entah, tak tahu tindakannya itu betul ataupun salah. Meninggalkan ibunya yang sedang sakit dan nazak. Dia menuju ke kaunter. Malam itu, Aslam yang menjaga kaunter. Riyadh tiada.
"Yadh takde Cik Inara.."
Ujar Aslam sebaik sahaja Syifa terpacak di hadapan kaunter.
"Bukan nak jumpa Yadh pun. Datang sini nak makan la.."
Balas Syifa.
"Oooo... Ingat nak jumpa Yadh tadi.. Nak satey apa?"
"Satey ayam 30 cucuk.."
Terperanjat Aslam. Dia menjenguk ke kawasan kiri dan kanan kedai. Hairan Syifa melihat kelakuan Aslam itu.
"Ape hal?"
Soal Syifa.
"Cik Inara sorang ke?"
Soal Aslam pula.
"Yelah, ada nampak macam orang lain ke kat sini?"
Soal Syifa lagi.
"30 cucuk sorang? Cik Inara okey tak ni?"
Soalan berbalas soalan. Aslam memandang pelik. Biar betul perempuan ni. Bela saka ke apa. Datang sorang sorang malam macam ni. Muka monyok.
"Entahlah okey ke tak.. Riyadh takde pergi mana?"
Aslam menyengih mendengar soalan itu. Tanya juga pasal Yadh. Mesti tanya punya! Tak akan laa dia tak tanya.
"Selalu kalau malam macam ni dia takde, dia lepak gelanggang hoki. Rindu nak main hoki katanya.."
Syifa sekadar mengangguk dan terus berlalu mengambil tempat duduk.

Riyadh termenung jauh. Duduk di luar gelanggang sambil mengenang kisah lalu. Kisah susah payah dirinya yang membuahkan hasil. Macam-macam yang Riyadh lakukan semata-mata untuk mencapai cita-citanya itu namun siapa yang sangka. Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Masa semua orang tanya, kau tak boleh main dah ni? Habistu nak kerja apa lepas ni? Soala-soalan tu semua buat aku kecil hati! Rindunya nak berlari dalam gelanggang ni! Lama mengelamun, Riyadh melihat jam di tangannya. Alamak! Dah lewat! Kesian budak-budak tu!

Tepat jam sebelas tengah malam. Syifa masih duduk termenung. Dua puluh cucuk lagi sisa baki satey yang belum dijamahnya dibiarkan sahaja. Dia bermain dengan fikirannya sendiri. Menyampah duduk kat rumah Dato' tu tapi mak.... Arghh! Entahlah! Aslam, Iqram dan Anas mengemas sambil berbisik antara satu sama lain.
"Dia taknak balik ke? Dia taktau ke kita dah nak tutup kedai ni.."
Bisik Anas.
"Kau pergilah cakap Lam.. Aku tak berani.."
Bisik Iqram pula.
"Aduh.. Aku malas laa nak layan.."
Balas Aslam.
Riyadh yang baru pulang pelik melihat pekerja-pekerjanya yang mengintai dari jauh itu. Dia melihat ke arah Syifa yang masih duduk monyok di meja itu. Perlahan-lahan dia menghampiri Anas, Aslam dan Iqram yang masih tidak sedarkan kepulangannya itu.
"Haaaaaa?!"
Sergahnya.
Terperanjat mereka bertiga. Anas siap bersilat. Iqram mengurut-ngurut dada. Aslam meletakkan jari telunjuk di bibirnya, meminta diam.
"Intai apa?"
Soal Riyadh.
Aslam memuncung ke arah Syifa.
"Kenapa tu?"
Soal Riyadh. Malas nak layan. Perempuan ni ada je masalahnya dia. Lepastu aku lah yang kena terbabit settle kan masalah dia tu!
"Takyahlah bos.. Tadi datang muka monyok je.. Lepastu tak reti-reti nak balik.."
Balas Iqram.
"Pergilah tanya bos.. Kan bakal isteri.."
Anas menyindir dengan senyuman. Gurau kasar ye Anas!
"Eh... Malas aku.. Korang suruh lah dia balik.."
Balas Riyadh.
"Pergilah bos....."
Ketiga-tiga mereka menolak tubuh Riyadh keluar dari tempat persembunyian intaian mereka itu. Amboi! Cantik port mengintai! Nak tak nak terpaksalah Riyadh menuju ke arah Syifa. Dah kantoi dari tempat persembunyian! Syifa pun dah nampak Riyadh.
"Orang dah nak tutup kedailah.. Tak reti balik ke.."
Ujarnya.
"Taknak balik rumah.."
Balas Syifa pantas.
"Uish, kalau kau tak nak balik kau punya pasal tapi bukan kedai aku kau nak betapa"
Riyadh mengangkat pinggan satey yang belum dihabiskan Syifa itu.
"Okey.."
Syifa bingkas bangun. Riyadh hairan. Aikkk pelik. Selalu banyak je jawabnya. Apa hal ni? Aydeen tak cari dia pula. Gaduh dengan Aydeen ke apa? Arghh bukan penting pun untuk aku tahu.
"Cik Inara balik sorang ke?"
Soal Iqram sebaik sahaja Syifa melintasi tempat persembunyian mereka.
"Entahlah..."
Balas Syifa acuh tak acuh.
"Bahaya laaa Inara balik sorang malam-malam ni.. Takpe biar bos hantar.."
Sengaja Anas kenakan Riyadh. Riyadh yang baru sahaja tiba dengan sepinggan satey tadi mengerutkan dahi. Amboi! Korang ni bukan main kenakan aku! Syifa tidak melayan. Malah terus melangkah pergi.
"Pergilah bos! Dah malam ni! Bahaya sorang-sorang!"
Ujar Aslam.
"Eh, tak kuasalah aku..."
Balas Riyadh.
"Cik Inara! Tunggulah bos kata nak hantar ni!"
Iqram sedikit menjerit. Syifa sudah semakin jauh menapak. Riyadh mencubit kuat. Iqram menggosok-gosok lengannya yang sakit dicubit. Syifa masih tidak mengendahkan dan terus mengatur langkah kakinya.
"Pelik ni bos, kau kena ada dengan dia bos.. Lain macam hari ni perangai dia.."
Ujar Aslam.
"Apsal aku pula.. Dia tu bukan sesiapa pun.."
Laju Riyadh membalas. Hello! Sikit pun aku tak kisah kat dia! Biarlah dia!
"Bos.. Cepat! Dah makin jauh tu..."
Tutur Iqram.
Riyadh tidak melayan dan terus mengemas. Lantak koranlah, Walaupun hati ni ada la sikit risau. Takut kalau lelaki haritu kacau lagi ke apa ke. Tapi bila difikirkan balik, buat apa aku nak menyibuk. Aku bukan sesiapa pun. Kawan pun bukan, kekasih pun bukan. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Aydeen. Haaaa sudah! Riyadh menekan butang jawab.
"Assalammualaikum bro..."
"Yadh, adik aku ada pergi kedai kau?"
"Tadi ada, lepastu dia dah balik. Baru je.."
"Macam mana ye Yadh. Aduh.. Kau hantar dia balik boleh?"
Riyadh menggaru kepala. Kalau tak sebab Aydeen memang taklah aku nak berurusan dengan perempuan tu!
"Tapi...."
Riyadh pun dah tak tahu kat mana Syifa sekarang. Laju betul berjalan tadi. Terus hilang dari pandangan. Tapi dia mesti tak jauh dari sini.
"Okey bro. Nanti aku tolong hantar.."
Arghh! Tak jadi bagitau yang dia sendiri pun taktau Syifa kat mana.
"Terima kasih banyak bro. Aku tak boleh keluar ni. Mak aku sakit. Kau tolong hantar ke rumah... Aaa.. Kau tanya Syifa, dia tau.."
Tambah Aydeen.
"Okey bro.."
Aslam yang dari mencuri dengar perbualan itu ketawa kecil.
"Tulaa bos, tadi aku suruh taknak. Sekarang nak kena cari pula.."
Aslam menyindir.
"Dah dah. Korang kemaslah. Aku pergi cari Inara kejap.."
Takde mood nak layan ketiga-tiga orang pekerjanya yang tingtong itu malam ini.

Berkali-kali Syifa mendail nombor telefon Atirah tetapi tidak berjawab. Kak Ati selalu tidur awal. Tapi takkan tidur mati sampai bunyi telefon pun tak dengar! Dia meneruskan langkah kaki. Angkatlah kak! Dia mencuba lagi. Dia mendengus apabila panggilannya kali ini tidak dijawab lagi. Nak pergi mana ni? Malas betullah nak balik. Sebuah kereta berhenti perlahan di sebelahnya. Syifa menoleh. Arghh! Ni kereta Riyadh. Ni mesti kerja Along yang suruh. Perlahan-lahan cermin kereta turun. Riyadh menjenguk sambil memandu perlahan mengikuti langkah kaki Syifa yang tidak berhenti itu.
"Abang kau suruh aku amik.. Jom balik.."
Ujar Riyadh.
"Taknak balik.."
Balasnya.
Riyadh memberhentikan kereta. Keluar dari kereta lalu menghalang langkah kaki Syifa.
"Tepi lah!"
Syifa menolak tubuh Riyadh ke kanan. Riyadh berganjak ke kanan. Haish, kuat jugak perempuan ni! Riyadh mengejar lagi. Berlari anak. Tak mampu nak lari laju. Kaki ni masih tak sebati lagi dengan besi kat dalam ni.
"Apa sebenarnya masalah kau ni? Mak kau sakit kat rumah, kau boleh merayau malam-malam macam ni?"
Soalnya.
Syifa menghentikan langkah kaki. Menoleh ke belakang. Dia menghampiri Riyadh yang turut berhenti daripada mengatur langkah kaki.
"Kau tak tau apa-apa, kau takde hak nak cakap pasal family aku.."
Serius. Kali ni Syifa begitu serius. Riyadh diam. Okey fine. Yang aku tau kau kena balik!
"Okey tak kisahlah, sekarang ni abang kau suruh kau balik.."
Bicara Riyadh.
Belum sempat Syifa menjawab kata-kata Riyadh itu, panggilan telefonnya berdering. Along call! Nak bebel ke apa Along ni. Syifa menjawab malas. Memandang semula ke hadapan. Melangkah dua tapak ke hadapan. Tak mahu Riyadh mendengar.
"Angah.. Baliklah cepat.. Mak dah takde ni.."
Suara Aydeen bergetar. Sedih mungkin. Mungkin sedang menangis.
"Dah meninggal? Okey."
Balas Syifa tanpa sebarang reaksi sedih, marah ataupun gembira. Riyadh mendengar perbualan itu. Gila! Mak dia ke yang meninggal? Apa hal dia macam langsung takde perasaan? Sedih pun tak! Setitis air mata pun tak mengalir dari pipi dia! Dulu masa mak aku meninggal akulah yang paling teruk menangis. Dia ni takde perasaan ke?
"Jomlah balik. Mak aku dah meninggal.."
Syifa menghampiri Riyadh.
Riyadh sekadar mengangguk dan berjalan masuk ke dalam kereta. Tidak mahu bertanya. Walaupun dalam hatinya tertanya-tanya.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now