Bab Enam

888 31 0
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 6)

"Tapi Assyifa, awak dah isi borang keluar asrama.."
Ujar Puan Khalida, penyelia asrama.
"Saya tak pernah isi apa-apa borang puan.."
Balas Syifa.
"Ya, borang tu dah sampai pada saya pun.."
"Tak boleh ke saya mohon duduk asrama semula puan?"
"Masih ada bilik kosong tapi awak duduk dengan junior yang akan masuk nanti lah.."
"Boleh Puan saya tak kisah.."
"Ini kunci.. Ini borang ni, awak isi semula.."
Puan Khalida menghulurkan anak kunci kepada Syifa dan sehelai borang.
"Terima kasih puan.."
Syifa berasa amat bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menyewa rumah di luar. Sudahlah dengan keadaannya yang semakin sesak. Terpaksa berjimat-cermat. Sampai hati Irdina dan Nureen buat macam ni!

Seram juga bilik ni. Bilik paling hujung. Ditingkat paling atas. Syifa merenung katil dua tingkat yang kosong di sebelahnya itu. Haish! Cepatlah junior masuk. Tak sanggup duduk sorang macam ni. Syifa mencapai telefon bimbitnya, mencari nombor Amsyar.
"Ya, hello friend!"
Panggilan telefonnya dijawab.
"Am.. Kau tau tak aku sedih sangat hari ni.."
"Kenapa bah kau?"
"Irdina dengan Nureen buang aku dari bilik. Diaorang pergi pandai-pandai isi borang keluar asrama sebab diaorang taknak sebilik dengan aku.."
"Kau biar betul. Habis tu sekarang kau di mana ni?"
"Betul.. Aku tak sangka kot. Aku ada kat bilik lain ni. Aku mintak Puan Khalida masukkan semula nama aku dalam hostel..aku sorang ni, sambil tunggu junior masuk bulan sembilan nanti.. seram.."
"Ooo.. Nasib baik ada bilik kosong, kalau tak, kau boleh masuk bilik aku lah, bilik aku kosong juga ni.."
"Bilik kau kosong? Mirdad mana? Tak balik lagi ke?"
Amsyar menepuk dahi. Tersalah bicara.
"Mirdad...belum balik lagi..."
"Belum balik?"
"Sudahlah kau ni kacau saja aku mau tidur.. Aku tidur dulu.."
Amsyar terus mematikan panggilan.
"Am!..Hishh dia matikan macam tu je..."

Perlahan-lahan Syifa cuba menghampiri Irdina dan Nureen di cafe. Syifa ingin bertanya kesalahan apa yang dilakukan dirinya sehingga mereka sanggup memperlakukan dirinya seperti itu. Syifa melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong itu walaupun tidak diundang.
"Nak apa lagiii Assyifa Inara.."
Soal Irdina tanpa memandang Syifa.
"Aku cuma nak tanya kenapa korang buat aku macam ni?"
Soal Syifa.
"Kami tak mau kawan laa dengan orang yang ada masalah family, miskin macam hang ni.. Kalau family hang pun dah bermasalah, apatah lagi hang tu.."
Balas Irdina penuh sinis.
"Ooo sebab tu lah masa cuti haritu aku cuba nak mengadu masalah kat korang sorang pun tak reply kan?"
Ujar Syifa.
"Yes, you are. Pergilah dari sini. Semak lah.."
Kata Nureen pula.
Syifa bangun perlahan-lahan. Tak sangka. Cuma kerana dirinya mempunyai masalah keluarga, dia dipulaukan sebegitu sekali. Geram dan sedih. Rasa diri ni macam tak berguna!

Amsyar menghulurkan tisu. Syifa menangis tidak henti-henti dari tadi. Sesekali melihat kawasan sekeliling. Malu jika dilihat orang ramai. Tangisannya diselangi bunyi deruan ombak. Amsyar sekadar mendengar luahan hati Syifa itu. Di pantai itulah tempat best lepak bila ada masa terluang. Tempat biasa yang menjadi pilihan pelajar-pelajar UMS untuk mengisi masa lapang. Tak kurang juga yang keluar dating.
"Aku tak minta pun ada masalah family macam ni sampai kawan aku pulaukan aku.."
Ujar Syifa sambil menghembus hingusnya.
"Tidak.. Aku tidak pulaukan kau.."
Balas Amsyar.
"Kau akan kawan dengan aku sampai bila-bila kan?"
Soal Syifa.
"InshaAllah..."
"Aku tak percayalah!! Betul-betul lah Am! Aku dah la takde sape sape kat sini. Jauh dari family.."
"Ya... Aku pun tidak ada kawan lain selain kau di sini.."
"Mirdad?"
Amsyar menggaru kepala. Dia tanya lagi soalan tu. Soalan tentang Mirdad tidak akan pernah terlepas dari bibir Syifa.
"Alaa Syifa, kau tolong lah jangan tanya soalan tu.."
"Yela, kau bukan ada Mirdad? Roommate kau, kawan kau. Kenapa kau cakap kau cuma ada aku je?"
Itulah Syifa. Selagi dia tidak tahu hal sebenar, selagi itu dia akan bertanya.
"Okey, nanti aku kasi tau kau. Tapi bukan sekarang.."
"Alaaaa.. Kenapa susah sangat nak bagitau?!"
"Kau sabarlah. Aku belum bersedia lagi.."

**************************************************************************

Terperanjat Aydeen mendengar kata-kata ibunya itu. Kenapa? Kenapa harus keluarga aku? Kenapa? Aydeen tidak puas hati. Marah. Sakit hati. Kenapa cinta, harta dan kekayaan lagi penting daripada kasih sayang dan keluarga?
"Mak nak kahwin dengan dia.."
Ujar Sahara.
Suasana menjadi tegang. Aydeen merenung lama ibunya.
"Along tak setuju.."
Balas Aydeen.
"Mak tetap nak kahwin.."
Sahara tetap berkeras.
"Bukan sekarang mak.. Angah masih belajar. Kalau dia tau, nanti dia tak dapat fokus. Tolong lah mak.. Cukuplah babah sorang je dah rosakkan kebahagian family kita.."
Aydeen marah namun masih mampu berbicara dengan nada lembut.
"Mak tak bahagia.."
Ujar Sahara ringkas. Aydeen terdiam. Lidahnya kelu. Ya! Aku memang tak mampu nak berikan kemewahan tapi itu bukan alasan untuk semuanya jadi begini. Hidup kami dah cukup bahagia. Apa yang derita sangat hidup di rumah teres ni? Cukup pakai dan makan. Tidak bergelap. Berteduh dari panas dan hujan. Kehidupan macam mana lagi yang diimpikan? Rumah macam mana lagi yang dimahukan? Cukuplah syukur sebagai tanda kebahagiaan.
"Mak tetap akan berkahwin. Mungkin bukan sekarang, mungkin nanti.."
Tambah Sahara.
Aydeen sekadar diam. Tidak mahu berbalah. Tidak mahu keadaan menjadi semakin tegang. Aydeen terus berlalu ke kamarnya. Sahara termenung seketika. Dia memejamkan mata perlahan. Menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Betul ke apa aku buat ni?

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now