Bab Empat

978 28 1
                                    


Memoir Si Hati Kering (Bab 4)

"Angah tak percayalah.. Takkan babah pergi macam tu je? Tak jumpa Angah.."

Ujar Syifa sebaik sahaja Aydeen memberitahunya keberadaan bapa mereka, Syaiful.

"Betul Angah, sebulan dan babah lari dengan perempuan tu.."

Balas Aydeen.

Syifa yang masih tidak percaya dengan kata-kata abangnya itu menoleh ke arah ibunya yang sedang termenung di hadapan pintu rumah.

"Habis..mak okey ke?"

Soal Syifa, berbisik.

"Macam tulah, makan taknak, termenung je.."

"Sampai hati.. babah.."

Syifa menahan air mata yang bertakung. Tidak mahu mennagis di hadapan abangnya.

Masih terngiang-ngiang di telinga peristiwa yang berlaku sebulan lepas. Syaiful pulang bersama seorang perempuan muda meminta izin Sahara untuk berkahwin. Mati-mati Sahara menolak permintaan Syaiful meminta berbincang secara baik tetapi Syaiful tetap berkeras.

"Kalau abang nak sangat kahwin dengan dia, ceraikan jelah saya.."

Ujar Sahara.

"Okey.. kalau Sara memang tak setuju memang abang akan kahwin juga sama ada abang pergi dari sini atau abang ceraikan Sara.."

Terperanjat Sahara mendengar kata-kata suaminya itu.

"Abang sanggup ye?"

"Aku bosanlah hidup dengan korang!"

Syaiful meninggikan suara.

Aydeen yang baru sahaja pulang dari kerja, hairan apabila mendengar pergaduhan itu dari luar rumah. Dia berlari masuk ke dalam rumah. Saat itu, Syaiful sedang menjinjit dua buah beg pakaian sambal berjalan keluar dari rumah dengan menarik lengan seorang gadis muda seusia Aydeen.

"Babah nak pergi mana?"

Soal Aydeen.

"Aku bukan babah kau lagi.."

Balas Syaiful dan terus berlalu. Aydeen memandang ibunya di penjuru pintu.

"Biar dia pergi Along! Dia dah tak perlukan kita!.."

Bicara Sahara.

Syifa menuju ke arah abangnya yang sedang ketawa sendirian menonton rancangan di kaca televisyen. Entah apa yang kelakar sangat sampai ketawa sebegitu.

"Along!"

Syifa duduk bersebelahan abangnya di atas sofa empuk itu.

"Nak apa.. Along tengah layan maharajalawak ni, engkau ni kacaulah.."

Balas Aydeen, matanya tidak berkalih daripada terus menatap kaca televisyen dan ketawa lagi dan lagi dan lagi.

"Angah nak kerja kat kedai Along.. tapi Along bagi gaji lah.. nak buat part time cari duit lebih.."

Ujar Syifa.

"Lah.. buat apa, kau duduk rumah jelah.."

"Yelah, babah dah tak hiraukan kita, Angah nak cari duit lebihlah nanti nak makan apa kat sana.."

"Along kan ada, kalau tak cukup duit bagitau jelah along.."

"Taknak, kalau pakai duit hasil titik peluh sendiri baru rasa puas.. bolehlah long.."

"Haaa yelah, esok pagi pukul 10, bangun awal tau!"

"Beres long..."

Aydeen Sports. Kedai sukan yang diusahakan Aydeen hampir lima tahun. Tamat sahaja pengajian dalam bidang sains sukan di UPSI, Aydeen mengambil keputusan untuk membuka kedai sukan sendiri. Hari pertama bekerja, tidaklah terasa begitu penat tetapi bosan. Tak semua orang akan membeli pakaian sukan setiap hari. Takde ke lelaki handsome-handsome ke nak datang boleh cuci mata. Bisik hati Syifa. Tetiba dia teringatkan Mirdad. Takde pula Mirdad whatsapp, senyap je cuti ni. Syifa menatap telefon bimbitnya. Melihat nama Mirdad pada aplikasi whatsappnya. Online! Tapi takkan aku yang nak start dulu. Arghh taknaklah. Mungkin dia busy. Kerja part time macam aku.. manalah tau kan. Syifa membuat andaian sendiri. Tapi takkan satu whatsapp pun tak mampu nak hantar? Tanya khabar ke? Aku whatsapp jelah dulu. Eh.. tak boleh. Whatsapplah aku. Tu pun susah ke. Taip dengan jari je pun. Etah-entah dia ada girlfriend kat sini, sebab tu tak boleh whatsapp aku nanti girlfriend dia marah. Syifa membuat andaian lagi.

"Hoi!! Menung apa! Tu customer!"

Aydeen menepuk perlahan bahu adiknya. Tersentak Syifa dari lamunan. Dia menggaru-garu kepala. Aydeen memuncung ke arah pelanggan.

"Kata nak kerja.. menung je lebih.."

Bebel Aydeen.

Bau masakan Sahara menusuk ke hidung. Aydeen dan Syifa saling berpandangan dan berlari masuk ke dalam rumah.

"Angah dulu!!"

Syifa menolak abangnya itu. Mereka berlumba menuju ke dapur. Sahara sedang sibuk menyiapkan hidangan makan malam.

"Senyap bau.. sampai kat luar.."

Ujar Syifa.

"Harini mak masak special tau untuk Along dengan Angah.."

Balas Sahara.

Aydeen tiba di dapur tercungap-cungap.

"Along lambat so along hanya boleh makan suku je.."

Bicara Syifa.

"Ehh mana boleh macam tu, aku ni dah la lama tak bersukan kau ajak lari-lari pula.."

Aydeen menuju ke arah peti sejuk untuk meneguk sedikit air sejuk, menghilangkan penatnya itu.

"Nasiblah, dah tua.."

Syifa mengejek lagi.

"Dah.. dah.. Jom makan.."

Sahara menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya itu.

"Mak ni nampak happy je, ada citer ke mak?"

Soal Aydeen.

"Mak dapat kerja..."

"Kat mana? kan Along cakap tak payah, biar Along je yang sara keluarga kita ni.."

"Takpelah, kita susah senang sama-sama.."

"Kerja kat mana?"

"Kat rumah Dato' Izlan tu, pagi datang masak kemas-kemas malam baliklah.."

"Dato' Izlan tu? Biar betul.. dia kan dah takde isteri anak pun takde.. nanti apa pula orang cakap.."

"Alaa Along ni.. mak kerja je kan bukan buat benda tak senonoh.."

Syifa mencelah.

"Tapi Along risau tau.."

"Tak payah risaulah.. Dato' bukan selalu ada kat rumah pun.."

Aydeen menamatkan perbualan antara mereka dengan pandangan setuju. Malas mahu berbalah. Ibunya pasti akan berkeras untu k bekerja di situ.

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now