Bab Dua

1.1K 33 1
                                    

Memoir Si Hati Kering (Bab 2)

Pejam celik pejam celik, dua hari lagi minggu belajar akan bermula, kemudian peperiksaan akhir. Hari ini kelas terakhir sebelum minggu belajar bermula. Seperti biasa, Syifa akan duduk di hostel saja. Hendak pulang ke kampung jauh. Ditambah pula dengan harga tiket yang melambung. Syifa dan Amsyar keluar seiringan dari kelas Prof. Anita itu. Sedang mereka berbual, telefon bimbit Syifa berbunyi.
"Beb.. Kejap ada whatsap.."
Sebaik sahaja melihat nama yang terpapar di skrin telefon, Syifa sengih melebar dan terus menoleh ke arah Amsyar.
"Kenapa kau?"
Soal Amsyar.
Syifa mendekatkan telefon bimbitnya di wajah Amsyar.
"Haish, kau ni.. Balaslah, yang kau tergedik-gedik ni kenapa?"
Amsyar mendengus.
"Aku excited Am..."
"Yelah tu kau, jomlah belanja aku minum, haritu kau sudah janji.."
"Am.. Dia tanya aku balik tak study week.."
"Sudah tu? Kau jawablah tidak, itu pun mau kasi tau aku ka?"
"Dia balik tak Am?"
"Tidaklah.. Dia pun orang jauh, satu tempat sama kau bah.. Aku yang kasi tau dia kau itu orang Selangor, dia juga sama.. Tu dia tanya tu aku yang kasi tau la.."
Balas Amsyar panjang lebar.
"Yeke Am?! Lepas ni boleh naik flight sekali la.."
"Ikut kau lah, sekarang ni jadi belanja aku minum ka tidak?"
"Jadilah Am.. Jom.."

Malam itu, Syifa ulangkaji sendirian di biliknya. Irdina dan Nureen seperti biasa, makan di luar. Satu persatu buku ditelaah olehnya. Telefon bimbitnya berdering. Panggilan daripada Abang Aydeen. Segera Syifa menjawab.
"Along..rindunya..."
Ujar Syifa sebaik sahaja menjawab panggilan.
"Rindu, tapi tak reti nak telefon.."
"Alah.. Long, kredit takde, along topupkanlah, Angah tengah jimat ni nak beli tiket flight balik nanti.."
"Kenapa tak bagitau awal awal. Exam bila?"
"Dua hari lagi Long, doakan Angah tau.."
"Hmm ye, Along ada benda nak cakap tapi tunggu Angah habis exam lah..tunggu Angah balik sini.."
"Alaaa cakap jelah sekarang.."
"Takpelah Angah fokus exam dulu..nanti Along bagitau."
"Telefon nak cakap ni je ke ?"
"Along nak cakap goodluck kat adik Along.."
"Thank you Along, jangan lupa bank in duit lebih sikit.."
"Lebih kau ye.. Okey lah, Along gerak dulu, assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.."

Sebaik sahaja Syifa mematikan telefon bimbit, Irdina dan Nureen pulang. Mereka menolak daun pintu perlahan-lahan dan terus berlari ke arahnya. Syifa hairan dengan kedua-dua rakan sebiliknya itu.
"Ape hal ni?"
Soalnya.
"Laaa ni hang habaq betoi betoi dengan aku, hang dah ada marka ya?!"
Soal Irdina.
"Apa ni.. Cepumas sangat soalan.. Mana ada laa Dina.."
Balas Syifa.
"Kalau takde, ni.. Ada lelaki kirimkan nasi kat kau.."
Nureen menghulurkan bungkusan nasi kepada Syifa. Berulang kali Syifa melihat nasi yang dihulur oleh Nureen itu kemudian dia menolah kedua-dua orang rakannya bersilih ganti. Beberapa saat kemudian, barulah dia menyambut bungkusan yang dihulur oleh Nureen itu tadi.
"Siapa beb? Handsome eh? Tinggi? Wangi?"
Soal Syifa, teruja.
"Hang dah ada marka tak habaq na.."
Balas Irdina.
Syifa membelek bungkusan nasi itu. Ada nota yang dititip. Dengan rakusnya, Syifa mengambil nota itu dan nasi tersebut diletakkan di atas meja belajar.
"Ada nota? Baca baca!!"
Nureen yang turut bersemangat mendekati Syifa untuk membaca bersama.

Assyifa Inara.. Makanlah, saya taktau nak balas apa lepas awak bagi pinjam nota. Ikhlas, Mirdad Naqib.

Melopong Syifa dibuatnya. Dia bagi aku nasi? Serius? Ini bukan mimpi ke? Satu tamparan manja hinggap di pipi kanan Syifa.
"Hang pasaipa, ternganga pula.. oooo hang diam diam eh.."
Irdina mencubit bahu kanan Syifa pula kali ini. Syifa tersengih-sengih.
"Tak beb, aku kan crush kat dia aku tak sangka pula boleh sweet macam ni.."
Syifa memeluk Nureen di sebelahnya.
"Eh.. Tapi kitaorang kawan je, takde apa apa pun.. Masih baru kenal la.."
Sambung Syifa.
"Mirdad Naqib ni budak Multimedia Kreatif kan? Bukan dia pendiam ke?"
Soal Nureen.
"Haah.. Tulah dia memang pendiam.. Tapi sweet.."
Kali ini, Syifa melentokkan kepalanya di bahu Irdina pula. Irdina menolak.
"Angau teruk dah hang ni, dah.. Hang p sambung study, aku nak makan nak sambung tidoq.."
"Amboi aku kau suruh study kau nak tidur, banyak cantik.."

Memoir Si Hati KeringWhere stories live. Discover now