BAB 19

518 18 2
                                    

Uishh.Penatnya seharian kerja macam ni.

Aku menggeliat kat atas kerusi.Aku pandang jam aku.Dah hampir pukul 5 ni.

Aku segera kemaskan meja aku yang berterabur dengan kertas-kertas kerja.Biasalah kalau dapat projek baru.Macam ni la gaya meja aku.Tak pernah nak kemas.

"Dah nak balik ke Sya ?"aku pandang ke sebelah aku.Izyan selaku kawan sekerja aku pun sama-sama bangun kemaskan barang.

Aku ni pekerja yang cemerlang.Datang kerja awal,so balik pun kena la menepati waktu.Ye ke idok.Hakhak.

"Haah.Jom balik sekali!"ajak aku sungguh-sungguh.Bukannya apa,at least bolehlah kurangkan rasa lonely aku bila drive nanti.

"La..Sori la Sya.Kalau hari ni tak boleh la sebab Farhan dah janji nak pergi dinner sekali,"Izyan explain.

Bestnya la hidup ni bila ada tunang.Kasihan kat aku ni ha.Takde peminat.

Korang jangan kata aku tak laku ea.

Ramai yang nak try aku tau tapi semua aku tolak.Bukan nak jual mahal ke apa tapi lepas incident tu susah aku nak percaya dengan lelaki ni.Sebab my mind dah set semua lelaki ni sama je perangai.

Aku akan tunggu lelaki mana yang boleh ambil hati aku yang cute ni..

"La ye ke ?Baru nak date dengan kau.Takpe lahh.Kau kirim salam la kat Farhan tu."Izyan angguk.

Then kami sama-sama turun ke bawah and pergi ke kereta aku.Izyan dah selamat dah dengan tunang dia tu.Sempat lagi Farhan tu lambai kat aku.

Oh by the way,Farhan tu kawan baik aku semasa kau U dulu.Aku la yang jadi love cupid antara mereka tu.Bagus tak aku?Cinta sendiri tak cari.Sibuk nak tolong orang.

Dalam kereta,aku ditemani dengan nyanyian Ben dengan lagunya yang sungguh menenangkan jiwa tu.Memory.

Dah 6 tahun aku tamatkan zaman matriks aku dan dengan keputusan yang boleh tahan,aku dapat lanjutkan pelajaran aku kat sebuah universiti kat Johor.

Akhirnya,di sini lah aku.Bekerja di salah sebuah syarikat yang boleh tahan gahnya.HAN'S COMPANY.Sampai sekarang aku tak tau apa maksud nama company ni.

Drive punya drive.Akhirnya sampai lah kat rumah sewa aku ni.Rumah teres je.Tak mampu nak sewa yang mahal-mahal.

Aku sewa rumah ni sekali dengan dua orang lagi kawan aku yang sama U dengan aku.Masing-masing bekerja kat syarikat yang berbeza.

Aku masuk.

Nampak lah si Atin dengan si Effa duk berguling atas sofa sambil duk tengok drama.Aku sampai rumah pun dekat pukul 8:30 dah.

"Hai bebeh!Lambatnya kau sampai?Kau dah makan ke?Kalau tak makan lagi,aku ada masakkan nasi goreng kampung.Kalau kau nak,ada kat atas meja makan tu,"Atin tanya sambil mulut dia duk ralik kunyah mister potato.

"Aku tolak balik dah awal dah.Jem tadi.Aku belum makan lagi ni.Lapar.Aku nak naik mandi dulu.Korang dah makan ke?"aku tanya sambil ambil langkah ke bilik aku.

"Dah!"serentak mereka berdua jawab.

Selesai mandi , aku pun pergi ke dapur ambil nasi goreng.Atin kalau dah masak,memang sedap.Kalau bab-bab masak ni serah aje kat dia.

Sudah makan,aku join mereka.Layan drama korea la.Macam biasa.

Sambil tu,rancak mulut sorang-sorang duk cakap perihal kerja.Gosip pun terselit jugak.Hahaaa.Yang ni takleh tinggal.

Mereka pun dah tau dah kisah pahit aku tu dulu.Ye la kan,dah lama kenal,takkan lah tak cerita.

"Eh Sya!Kau takde dengar cerita ke pasal Rayyan tu?"baru je teringat dah tanya dah.

"Tak.Kan lepas aku keluar matriks aku dah tukar nombor phone aku.Aku memang lost contact terus dah dengan dia'"balas aku.Mulut aku pun sama-sama duk kunyah mister potato.

"Syaaa!Macam mana kalau kau jumpa dia balik?Kau nak buat macam mana?Kau nak tegur ke or kau nak lari dari dia?"ishhh Effa ni.Soalan pun.Susah betul.

Aku jongket bahu.

"Entah la aku.Ala..Takyah susah-susah nak fikir.Bukannya jumpa balik pun.Probability aku nak jumpa dia tu 0.001 percent je tau."balas aku penuh konfiden.

"La Sya!Mana tau kalau kau ada jodoh dengan dia."habis aje ayat ,diaorang bantai gelak.Gelak miang pulak tu.Geli aku.

Aku buat muka."Takde maknanya lah.Korang jangan nak doa yang bukan-bukan ea .Aku sepak nanti kan."aku dah warning dah tu.Taknak aku jumpa dengan mamat tu balik.

Aku sendiri pun tak tau apa yang aku akan buat kalau terjumpa dengan dia nanti.

Mintak jauh la dari berjumpa dengan dia.Tak sanggup aku nak hadap muka dia lagi.

CRUSHWhere stories live. Discover now