"Sah?"
Tuk kadi bertanya kepada saksi-saksi yang berada di majlis perkahwinan itu..
"Sah!"
"Alhamdulillah."
Doa dibaca.
Aku mengalirkan air mata.
Tak sangka sekarang aku sudah bergelar sebagai seorang isteri kepada bos aku sendiri merangkap crush aku selama-lamanya.
Kehadiran Rayyan di hadapan aku mematikan lamunan.
Senyuman paling manis yang aku ada diberikan ikhlas buat lelaki yang baru sahaja sah menjadi suami aku.
Senyuman aku dibalas balik dengan senyumannya.
Tangan aku hulur.
Cincin yang cukup cantik disarungkan ke jari manis aku.
Selepas itu,jarinya dibawa ke pipiku
Air mata dikesat.
Semakin sebak lah pulak dia buat macam ni.
Tangannya aku ambil dan dicium lama.
Tangannya yang sudah lama aku perhati.Akhirnya berada dalam genggaman aku sebagai seorang yang sah untuk aku pegang.
Syahdu?Sebak?Bahagia?
Ya.Semua perasaan tu dah bercampur baur.
Sejurus sahaja aku selesai mencium tangannya,kini giliran Rayyan pulak yang mencium dahiku.
Sebelum mencium dahiku,sempat lagi dia berbisik di telinga aku.
"Thanks my love!"
Then,dahiku menjadi mangsa ciumannya.
And for sekian kalinya aku menitiskan air mata lagi.
Finally aku dah boleh bangganya berkata yang Tengku Rayyan Iskandar bin Tengku Nazhan adalah suami aku selama-lamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pintu bilik ditolak.
Yang aku nak cari sekarang ni adalah katil je.
Aku nak baring.
Gila penat badan aku ni.
Nak putus habis segala urat yang berada kat badan ni ha.
Jam dinding di tilik.
Wah,lima minit lagi nak masuk pukul 10 malam.
Bila mata aku memandang katil,terus aku humbankan badan aku ke atas katil dengan baju dan tudung yang stil lagi tak bertukar.
Penat sangat lah nak tukar baju ni.
Setelah aku merasakan agak lama aku melepaskan segala beban lahanat kat badan aku,pintu bilik dibuka.
Aku biarkan.
Tak lain tak bukan,Rayyan lah tu.
"Eh pompuan ni.Pergilah mandi dulu.Yang duk bergolek macam paus terdampar kat pantai ni kenapa?"
Dah mula dah bebelan dia.
Aku pekakkan telinga.
"Sayang tidur ke?"
Automatik aku bangun.
"Sayang?"
Tanya aku bodoh.
Rayyan smirk sambil angguk.
Aku angkat tangan aku and lengan baju diangkat.
"Tengok ni.Naik bulu roma tau!"
YOU ARE READING
CRUSH
Fiksi PenggemarStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...