BAB 30

489 16 0
                                    

Aku berjalan perlahan mendekati Rayyan.

Dia sedang duduk di atas kerusinya sambil kedua-dua belah sikunya di letakkan di atas meja.Kepalanya pulak diletakkan di atas tangannya.

Ni pehal pulak ?

Nampak stress aje .Nak lepaskan stress dia kat aku ke apa ni?

"Encik Rayyan nak jumpa saya?"berhemah aku tuturkan.

Sebaik sahaja aku bertanya,mukanya diangkat.Matanya pandang aku tajam.

Terasa diri aku ni kerdil la pulak bila dipandang sebegini.

Aku balas pandangan sambil air liur ditelan.

Dia angguk.

"Yes.I'm waiting to see you.Awak yang uruskan projek dengan Datuk Rizuan tu kan?"soalnya seraya bersandar di kerusinya.Aku still berdiri.Takde keberanian nak duduk kat kerusi berhadapan dengan dia.

"Ye.Saya yang uruskan.Kenapa ye Encik Rayyan?"soal aku ingin tahu.Pen dan memo aku pegang dengan kemas.

Habislah.Kenapa ni ?

Setahu aku,aku takde buat masalah lagi dengan projek tu.Bahagia aje aku handle selama ni.

Datuk Rizuan pun baik aje dengan aku.

Dia pandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

Kecut perut wei.Punggung aku pun nak kecut dah ni.Sis takut..

"Awak memang nak berdiri sampai dismiss ke?Apa kata kalau awak bawa bontot awak tu then duduk kat atas kerusi tu,"kerusi yang berhadapan dengan dia itu ditunjuk.

Dan masa ni,sis takleh nak elak dari buat muka.Apasal mention bontot aku ni.Sibuk aje.

Aku pun dengan muka yang kononnya disenyumkan walaupun memang jelas nampak seperti kucing yang nak berak,aku duduk.

Aku pandang dia.

Damn!

That sexy smirk.Kuatkan iman aku..

Fokus aku dilarikan ke arah pen yang berada di tangan.

"Ehem.So next week Datuk Rizuan adakan majlis perkahwinan anaknya.Then,saya dijemput ke sana.Are you listening to me,Farisya?"soalan diajukan bila aku tak angkat lansung muka aku sebab sekarang ni aku tengah berperang dengan akal fikiran aku tentang smirk yang aku saksikan tadi.

Aku angkat muka then angguk cepat-cepat.Aku dengar lah syaiton.

"Ok good.Then he ask me to bring you there.Maksudnya,kau dijemput ke majlis tu sekali."jawapannya menggembirakan aku.

Dah lama aku nak pergi ke rumah dia.Sepanjang aku handle projek ni memang aku jadi rapat dengan Datuk Rizuan.Bukan dengan dia aje,dengan isterinya sekali.

Dia layan aku ni dah macam anak dia.

Bukan senang nak jumpa orang kaya yang rendah diri macam tu.

Dah berapa kali dia ajak aku ke rumahnya tapi tak pernah-pernah pulak aku sampai ke sana.

Bila ada peluang macam ni,takleh dilepaskan.Aku nak ajak sape nanti nak temankan aku ha?

"And one more thing Farisya,you have to go there with me!"snap!!!!

Apakah aku salah dengar?Adakah telinga aku tersumbat ataupun memang aku pekak?

Laju aku angkat muka.

"Kenapa?"muka penuh tak puas hati ditunjukkan.

Ala..Aku baru ingat nak ajak Adam sebab dia cakap next week nak datang KL.

CRUSHWhere stories live. Discover now