Beku.Senyap.Cengkerik pun lalu..
Tu lah keadaan antara aku dengan Farhan sekarang ni.Dia pulak dah habis idea nak pujuk aku.
Geram aku ngan dia ni.Boleh pulak dia kata bila cakap dengan member dia tu ,tak ingat aku datang sekali ngan dia.
Ini bikin aku marah.Kalau dia tak khayal tadi,komfem aku tak kena kacau dengan mamat psiko tu.And komfem jugak aku tak jumpa balik dengan Rayyan.
"Sya!Serius aku mintak maaf.Aku janji dengan kau yang perkara macam ni takkan berlaku lagi!"janji Farhan sungguh-sungguh.
Aku pun malas nak main jual mahal.Dah orang mintak maaf tu.Maafkan je lah.
Lagipun kalau aku gaduh dengan manusia macam Farhan ni tak boleh jugak sebab aku dah banyak terhutang budi dengan dia.
"Erm yelah Farhan.Kau tu selagi aku tak maafkan,selagi tu lah kat merayu macam ni.Geli aku.Yelah yelah.Aku maafkan .Kalau sekali lagi kau buat aku macam ni,memang aku suruh lah Izyan tu ceraikan kau!"ugutan diberi.
Biar kecut sikit punggung tu bila dengar.
"Ye ye Aku janji.Alaa...mana aci guna nama Izyan.Mana boleh aku bercerai dengan kekasih hati merangkap bakal bini aku tu."jawab Farhan dengan bangga sekali.Tangan di dabik di dada.
Eleh mamat ni.Tau lah sayang gila kat tunang dia tu.Eeiii..mendatangkan kemarahan sungguh la.Mentang-mentang aku single.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wei Sya!Kau ada dengar news tak?"aku yang sedang menaip ni terhenti.Kening dinaikkan selepas mendengar soalan Izyan.
Seminggu sudah peristiwa Cinderella antara aku dengan Rayyan berlaku.
Tak dilupakan jugak aku ceritakan hal ni kat Izyan.Dan yeayyyyy
Sebakul mamat tu kena bebel dengan Izyan dan waktu tu,aku lah wanita yang bahagia sekali.
Tengah Izyan duk bebel,Farhan pulak duk sibuk sepak kaki aku kat bawah meja.Sakit wei.Tak puas hati la tu aku mengadu kat Izyan.
Dan aku pun ambik peluang tu bagitahu Izyan tentang sepakan yang berlaku itu.
Secara rasminya selepas itu,semakin bertambah lah bebelan Izyan kat Farhan.Aku bahagia.
Berbalik dengan soalan Izyan tadi.
"News apa?Aku takde dengar pun."balas aku pendek.Skrin komputer kembali ditatap.Tangan pun lincah menaip.
"Ala kau ni Sya!Slow sangat bab-bab news ni.Kan dah heboh pasal CEO baru kat company ni!"laju Izyan ni bergosip.
Dahlah kata aku ni slow.Mana lah sempat aku nak catch up pasal gosip-gosip ni Kerja berlambak nak kena siapkan.
"Oh.Really?So?"aku tanya.Pendek tanda tak kisah.Apa yang nak diserabutkan?
Dapat CEO baru.So?
Bukannya kalau dapat CEO baru,aku dapat naik pangkat.Keadaan still sama.
Jadi,biarkan.
"Ish.Tak syok lah gosip dengan kau ni Takde feel.Baik aku gosip dengan Anis."eleh minah ni.Takde feel konon.Eloklah tu.Sibuk aje duk bergosip.
"Anis Anis!Kau tau tak ada news baru.."nada bergosip dibunyikan.
"Apa?Apa?Nak tau..."kedengaran suara excited Anis.
Dan sesi bergosip dibuka.Aku malas layan.Kerja banyak lagi nak kena siapkan.Nak-nak kerja yang aku tengah siapkan sekarang ni.
"Erm.Tak silap aku minggu depan kut CEO tu masuk kerja and berdasarkan mulut-mulut murai kat office ni,mereka kata CEO baru hensem gila.,"balas Izyan terhadap soalan Anis.
"Ye ke wei?Ni part paling best ni.Aku tak boleh lah kalau orang hensem kerja satu bumbung dengan aku.Rasa macam indah aje dunia ni."tambah Anis.Tangan digenggam.Mata dipejam.
Hek eleh minah ni.Buat drama pulak.Nak ditinggal kat mana lah husband dia tu.Ni kalau suami dia tau isteri dia gedik macam ni,haaa...Nahas lah!!
"Oh ye.."tak habis lagi rupanya si Izyan ni.
"lupa pulak aku nak cakap.CEO tu anak Chairman kita tau.."ujar Izyan.
Mata Anis bersinar.
Apa hal la dua orang perempuan ni.CEO baru aje pun.
Kalau dia kata Rapmon yang nak jadi CEO tu,boleh jugak aku excited sekali..
Lepas tu senyap..
Masing-masing sibuk duk siapkan kerja.
Aku menggeliat.Mata terpejam..
Letihnya kalau hari-hari macam ni.Lepas satu kerja siap,kerja baru datang menghaikan aku.
Mata dicelik.
Beruk mak kau!!
Apa hal makhluk ni buat kat sini?
Depan aku sekarang ni.Ye!!Kat depan mata aku sekarang ni kelihatan seorang lelaki yang amatlah aku mahu hindari.
Dari jauh aku nampak dia bersalaman dengan Manager Floor aku.Aku panggil dia Abang Zam.
Please lah.Tolonglah jangan kata dia ni anak Chairman aku.
YOU ARE READING
CRUSH
FanfictionStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...