BAB 26

493 21 0
                                    

Mata aku terpaku kat Rayyan yang berdiri di sebelah Abang Zam.Duk sengih-sengih macam badut.

Kejadah apa pulak dia buat kat sini.

"Saya kenalkan CEO baru korang semua.Encik Tengku Rayyan Iskandar bin Tengku Azhan merangkap anak kepada bos kita.Okay Encik Rayyan,sila kenalkan diri kepada staff kat sini,"habis aje Abang Zam cakap,semua orang tertunggu-tunggu untuk mendengar suara bos baru.

Ha.Aku baru aje dengar suara dia pagi tadi.Arghhh..Melting!!

Rayyan senyum pada semua staff sampailah mata dia jatuh kat aku.Semakin lebar senyuman dia.

Pehal makhluk ni.Takut pulak aku dibuatnya.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Seperti yang anda semua sedia maklum,mulai hari ni sayalah Ceo baru anda semua.Oh ya,kalau boleh takyah ambil kisah sangatlah tentang fakta yang saya ni anak bos.Tak best.Kalau boleh saya nak anda semua anggap saya ni orang biasa-biasa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga dapat memegang jawatan ini.Oh ya,anda semua boleh panggil saya Encik Rayyan.No word of Tengku.Jadi saya harap anda semua boleh bekerja dengan selesa di bawah saya.Saya cuma harapkan bantuan dari anda semua untuk menaikkan syarikat ini.Awak semua bantu saya,saya bantu awak semua.Ok ?"

panjang gila dia cakap.Aku tak sempat nak catch up pun.Serentak semua orang jawab ok nak-nak dua orang perempuan kat sebelah aku ni.

"Ada apa-apa lagi soalan yang nak ditanya?"

Izyan angkat tangan .The hell minah ni.Berani yang amat.

"Boleh tak kalau kami nak tau.Encik Rayyan ni single ke dah berpunya?"choi mulut minah ni .Tanya soalan peribadi.

Haha.Terkejut muka Rayyan bila terima soalan macam tu.

Muka Abang Zam kat tepi kalah muka katak.Sama-sama terkejut.

Tapi muka yang lain bercahaya nak tunggu jawapan.

Tiba-tiba Rayyan gelak.

Perghh.Lama dah aku tak dengar dia gelak macam tu.

"Saya bukan apa.Malu nak cakap.Orang lelaki lain kalau umur macam ni ada yang kawen dah kan.Tapi nak buat macam mana,saya masih lagi mencari jodoh saya.Lari ke mana pun saya tak tau."bahagia muka dia jawab soalan sambil mata dia jatuh kat aku.

Lol!!Apa tengok-tengok aku ni.Pandang kat lain lah syaitonn...

Semua muka lega.Tapi entah kenapa aku pun turut sama lega.No!No!Scratch that!Kenapalah dengan mereka semua ni.Kalau dia tau perangai Rayyan ni macam mana,memang korang semua takkan buat muka macam tu.

"ok.Terima kasih diucapkan kepada Encik Rayyan.Baiklah.Korang boleh teruskan kerja korang."sambung Abang Zam bila masing-masing takde soalan nak tanya

Yang lain kembali menyiapkan kerja selain dua orang makhluk kat tepi aku ni.Duk sengih-sengih lagi tengok Rayyan.

"Dah-dah lah wei.Aku cakap kat Farhan jap lagi kan yang kau duk usha laki lain.Ha...aku tak tau kalau Farhan mengamuk nanti.kau pun sama Anis.,"ugut aku kat Izyan dengan Anis.

Ceh minah dua orang ni.Tak layan lansung aku cakap.Still mata duk lihat kat depan.

Aku pun angkat muka sekali.

Lol.Apa lah sangat.Setakat Rayyan duk senyum bila tengah cakap dengan Abang Zam.

Pergh..Hensemnya mamat ni.

K k.Dah dah.Cukup.Aku takleh macam ni.Farisya Ameera!!!

Ingat apa yang dia buat kat kau dulu.Jangan mengalah sayangku!!

CRUSHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang