"Jom ikut aku jalan-jalan hari ni.Kau sibuk tak?"soalan daripada Izyan menganggu lena aku.
"Tak sibuk pun.Nak gi mana?"
Mata aku tenyeh banyak kali.Ngantuknya.
Jam di atas meja aku tilik.Baru pukul 8 pagi.Awalnya minah ni call aku.
"Wayang jom!"ajaknya.
"Aku on je.Kul berapa?"
"Erm.....Pukul 10?Ok?"
"Ok.Aku nak gi mandi dulu.Kau ambik aku ke?"
"Haah.Nanti aku ambik kau.Ok babe.Bye!"
"Bye!"
Phone dicampak ke atas katil sebelum aku letakkan balik kepala aku atas bantal.
Weekend macam ni lah syok gila tidur .Ditambah pulak aku yang tengah cuti sekarang ni.Perghh!!Nikmat gila wei.
Dengan perlahan mengalahkan kura-kura ,aku bangun.
Tuala diletakkan di atas bahu dan menuju ke bilik mandi aku.
Sesudah mandi,aku turun ke bawah.
Bau makanan menyambar lubang hidung aku.
Automatik perut aku berbunyi mintak diisi.
"Masak apa wei?" soal aku kepada Atin.
"Nasi goreng kampung aje.Pergi ambik pinggan."
Aku segera bergerak ke arah rak pinggan sementara Atin sibuk duk bancuh air teh.
"Mana Effa?"soal aku bila kelibat pompuan chubby tu tak kelihatan.
"Ada dalam bilik dia.Baru lepas mandi!"
Nasi goreng dicedokkan ke setiap pinggan and air teh panas dituangkan ke setiap cawan.
"Aku keluar hari ni.Jalan-jalan.Kau keluar tak?"
"Aku malas nak keluar.Aku nak qada drama Suspicious Partner aku.Banyak episod dah aku terlepas."
Aku suapkan nasi goreng ke mulut aku.Sedapnya minah ni masak.
"Good morning laling!"kedengaran suara Effa menyapa di telinga aku.
"Morning!"serentak aku dan Atin jawab.
Macam tu lah rutin harian aku dengan housemate bila weekend.
Bahagia tanpa masalah.
Jam di dinding aku tilik.
Kenapa cepat sangat masa berlalu.Dah pukul 9:15 pagi.
Aku segera bergerak ke bilik untuk bersiap.
Jeans.Blouse.Shawl.
Siap.Just pakai bedak dengan lipstick.
Ok!Done.
Jam di pergelangan tangan diperhati.
Cun!
9:55 pagi.
Heels dipakai and kedengaran bunyi hon di luar rumah.
"Bye guys!I pergi dulu."
"Bye.Have a nice day!"
Pintu dibuka and aku pelik bila tengok kereta kat luar.
Lol Izyan ni .Tak cakap pulak kat aku yang Farhan ikut.
Aku baru plan nak beli bra baru tadi.Kena cancel lah nampaknya.
"Hai guys!"
Sapa aku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam perut kereta.
"Hai babe!"serentak mereka jawab.

YOU ARE READING
CRUSH
FanfictionStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...