Bosan .Aaaahhhh...........
Bosann..
Double bosan ...
Triple bosan ...
Button remote control di tangan aku picit-picit banyak kali. Channel tv bertukar-tukar.
Takde yang menarik.
Yang boleh buat aku tertarik.
Dan yang paling penting yang boleh hilangkan bosan aku.
Remote control aku lemparkan di atas sofa sebelah aku.
Aku tarik nafas. Dalam and deep. Tarik.... Hembus... Tarik... Hembus.....
Satu . Dua . Tiga .
" Abang !!!!"
Haaa. Puas hati aku boleh jerit kuat-kuat.
"Apa?"
Rayyan menjawab dengan suara yang tiada perasaan tu.
"Iolls bosan tau tak . Meh lah bagi saya yang lipat pakaian tu. Takde benda nak buat ni ha."
Aku berpaling ke arah Rayyan yang sedang melipat pakaian di atas lantai berdekatan aku.
"Takyah. Awak duk je diam-diam kat situ. Biar iolls aje yang buat."
Aku muncungkan bibir.
"Alaaaaa. Uolls lipat tak cantik lah . Meh lah iolls buat."
Aku berkata seraya mengangkat tubuhku yang makin lama makin berat itu dari sofa .
Pergerakan Rayyan terhenti selepas menyedari gerak geri aku.
Terus dicerlungnya aku.
And aku kembali duduk di atas sofa. Bagaikan kucing comel yang kena marah sebab curi ikan goreng tuan dia. Takut mak oi. Kecut perut tengok mata dia tu.
"Abang kata apa tadi? Ada tak abang suruh awak bangun ?"
"Takde.." perlahan aje aku jawab.
And mulut still muncung. Maintain gitu.
" Dah tu ? Duk diam kat situ. Biar abang aje yang lipat."
Terus dia sambung lipat kain.
And lagi sekali aku tak tau nak buat apa .
Aku tenung aje tv kat depan tu ha.
" tapi...saya bosan lah abang. Nak masak abang tak bagi. Nak sapu rumah ni pun abang tak bagi. Nak jemur pakaian pun abang tak bagi. Habis tu saya nak kena buat apa?"
Mendayu dah suara aku tu ha..
Serius aku bosan .
Yang amat.
Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Baju terakhir yang dilipatnya diletakkan atas lantai di tepi nya.
Badannya menghala ke arah aku.
" Awak rehat aje lah. Biar abang je yang buat kerja ni ha . Dalam perut awak tu ada anak abang tau. Bagi lah baby rehat.Awak tu rehat sekali."
Katanya sambil perlahan bangun dan ambik tempat di sebelah aku.
Aku kerdipkan mata. Meraih simpati.Buat-buat comel gitu walaupun aku tau memang tak comel mana dah.
Sejak aku preggy ni, kerja aku makan je. Tak makan, tidur. Tak tidur layan drama.
Aku nak buat kerja sikit pun tak boleh..

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH
FanfictionStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...