BAB 33

479 21 0
                                    

"Sya!"

Aku berpaling ke arah Farhan yang sedang memanggil aku.

Aku senyum.

"Sya sayang.Kenapa kau boleh ada kat sini?"

Aku melangkah ke arah Farhan meninggalkan Rayyan di belakang.

"Ni ha.Aku bekerja dengan Datuk Rizuan ni.Tu yang dia jemput aku jugak.Kawan kau ke yang kawen ni?"

"Eh taklah.Yang kawen ni abang dia.Kawan aku ada je kat sini tadi.?Mana tah dia pergi.Ha.. tu dia.Syafiq!!"

Aku berpaling ke arah seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam yang melangkah dengan gaya yang aku takleh nak cakap.

Hensem gila bhai.

Farisya!

Control your gedik hormone.

"Syafiq.Kenalkan ni babyboo aku merangkap best friend till jannah aku,Puteri Farisya but kau boleh panggil Sya aje!"

Babyboo la sangat Farhan oi.

Senyuman paling manis aku berikan.Mohon kau cair ye Syafiq.

"Farisya".Aku anggukkan kepala.Tanda hormat kerana aku tidak bersalam dengan lelaki.

"Syafiq".Dia pun turut sama angukkan kepala.

"Dia ni lah yang buat kes kat majlis kau hari tu.Yang tendang birdbird Fikri tu!"ujar Farhan laju.

Aiseyman syaiton ni.Jatuhkan saham aku secara terang-terangan.

"Oh.Dia ni ke?Baguslah awak buat macam tu.Fikri tu memang macam tu sikit.Dah terlekat dengan budaya barat sangat dia tu."

Aku senyum.

"Tu yang saya bagi pengajaran kat dia macam tu!"

Aku balas.

Syafiq gelak.Wahh!Coolnya dia gelak.Tapi stil tak boleh kalahkan Rayyan.

Rayyan?

Aku berpaling ke arah Rayyan di belakang..Syafiq dan Farhan pun turut sama berpaling ke arah Rayyan.

"Eh Rayyan.Kau pun ada?Hari tu kau cakap kau tak jadi datang."

Kata-kata Farhan mengejutkan aku.

Farhan kenal dengan Rayyan?

Apa ni wei ??

Syafiq dan Farhan senyum sebelum berjabat tangan dengan Rayyan.Tak dilupakan jugak dengan brother hug sekali.

Aku bengong.

Where am i?

"Haah.Mula-mula tu memang tak jadi.Tapi last minute aku punya schedule ada perubahan sikit.So,here i am!"

"Baguslah macam tu.Kau datang dengan sape?"tanya Syafiq.

"Dia ni mesti lah datang sorang.Forever alone kan?

Terus mereka bantai gelak selepas Farhan cakap macam tu.

Dan kehadiran aku dilupakan begitu sahaja.Kurang asam sungguh.

"Taklah.Aku bawak partner datang sini.Tu,kat tepi kau tu Han!"jelas Rayyan sambil bibirnya dimuncung ke arah aku.

Aku just senyum tak ikhlas bila aku jadi perhatian Farhan dan Syafiq.

"Ni?Farisya ni?Budak kenit ni?"soalan Farhan ni memang menempah maut dengan aku.

Mentang-mentang lah mereka bertiga ni tinggi.Sesedap mulut aje cakap aku kenit.

CRUSHWhere stories live. Discover now