BAB 22

453 20 8
                                    

Kereta diberhentikan di tempat parkir.Aku keluar dari kereta.

Dari sini aku dah dapat lihat sebuah banglo mewah tersegam indah depan aku.

Bapak ah.Mesti kaya gila kawan Farhan ni.Kelas wei.

"Jom Sya!"ajak Farhan seraya memulakan langkah ke banglo tersebut.Aku angguk dan berjalan di tepinya.Hadiah untuk kawannya dibawa sekali.

Kereta mewah penuh di tempat parkir.Gila ah.

Tak percaya pulak aku boleh pergi kat majlis semewah ni.

Wow!Ferrari.Wei,aku minat kereta tu.

Disebabkan ketaksuban aku menghadap kereta Ferrari tu,aku ketinggalan kat belakang.

Apa lagi.Bising lah mulut murai tu duk berleter.Sakit telinga aku.Tengok kereta pun tak boleh.Favourite kut!!!Kacau lah.

Sampai sahaja di perkarangan banglo sudah ramai tetamu yang berborak sesama mereka.High class wei.Bukan style aku ni.Aku nak balik !!

Cepat lah Farhan..

Tengah aku duk layan jiwa aku ni,sedar tak sedar aku duk sekor-sekor dah.

Kurang asam la Farhan ni.Tinggal aku sorang-sorang.

Melilau mata aku duk cari Farhan.Tak peduli dah dengan mata-mata manusia yang pandang aku pelik.

Yelah.Dah macam cari apa dah.Mana Farhan ni?Nak nangis wei.Sikit lagi air mata aku nak keluar ni.Dah la ramai orang yang datang kat majlis ni.Macam mana aku nak cari Farhan ni?

Tiba-tiba satu suara menyapa aku."Hey darl,are you alone?Where is your partner?"aku angkat muka.

Sape dia pulak ni main darl darl dengan aku ni?Aku tak kenal wei.Farhan!!!!Tolong akuu...

Aku buat tak peduli.Aku takut wei.

Aku berniat nak larikan diri tapi belum sempat aku berbuat sedemikian,laju aje tangan mamat ni sambar lengan aku.Mujur berlapik.

"Nak ke mana laju-laju ni?Taknak temankan saya ke?Kasihan kat saya,saya sorang-sorang je malam ni,"muka kasihan yang fake tu ditunjukkan.

Ehh...tu bukan hal aku la wei.Aku taknak teman kau.Entah sape-sape dia ni.

Terlebih pil kuda ke apa ni.

Tangan aku rentap tapi pegangan syaiton ni kuat yang amat.Tak dilepaskan tapi makin dikemaskan adalah.

Sumpah sekarang ni aku nak nangis.Takkan nak jerit mintak tolong pulak kat majlis macam ni.Buat kecoh je.

Ambik masa jugak la aku kat situ.Aku tarik ,dia tarik.Sakit habis tangan aku.Ni kalau kat depan rumah aku,memang dah lama mamat ni makan sumpahan aku.

Harap aku hormat majlis ni aje.

"Kau tak dengar ke dia ni cakap tak nak temankan kau?Kat mana perkataan tak nak tu yang kau tak faham ha ?"satu suara menganggu sesi game tarik tangan aku.

Kenapa geli-geli aje telinga aku ni.Macam aku pernah dengar suara seperti ini.Tapi di mana ya ?

Dengan gaya slow motion,muka diangkat.Ala..cahaya pulak kat belakang.Tak nampak muka hero aku ni.Sekejap aje aku tengok kat dia,fokus aku still kat syaiton ni.Tak dilepaskan jugak tangan aku.Nak kena la dia ni.

"Kau sape sibuk-sibuk nak ganggu hal orang.Ini hal aku dengan dia je la!"eh pandai-pandai dia pulak balas.Hal aku dan dia mangkuk kau.Aku tak kenal kau pun ea.Ayat tu macam aku kenal dia je.

"Kau ni.."belum sempat hero balas kata-kata mamat tak sedar diri ni,aku dah beraksi dulu.

Semua sekitar aku senyap.Hanya terdengar bunyi orang mengaduh je.

"Ha..tau sakit!!Padan muka.Aku tak kenal kau pun!Sesedap mulut dia je nak pegang tangan perempuan.Bukan muhrim la wei.Ni kalau kau mandul nanti,kau jangan sesekali cari aku pun ea.Kau yang cari nahas dulu!"shawl di kepala dibetulkan.

Habis senget shawl aku main game ni.Sekejap aje tempat aku jadi tarikan orang ramai.

Kena lari cepat ni.Dress diangkat sedikit dan apa lagi..lari la wei.

Tengah syok duk lari boleh pulak heels aku tercabut.Mujur aku tak terpeleot.

Aku pusing untuk ambil balik heels aku tapi si hero tadi dah melutut tengah ambil heels aku.

Dia kejar aku ke apa ni?

Lol..tiba-tiba jadi scene Cinderella.Dah pukul 12 ke ??

Aku berjalan ke arah lelaki itu.Perlahan-lahan dia bangun.

"Er..Terima kasih.."tangan dihulurkan untuk ambil heels aku.

Heels berada di tangan aku.

Muka diangkat.Mata bertemu mata.

Aikk???

Macam pernah tengok tapi kat mana ha ?

Kening aku bertaut tanda aku tengah guna otak aku.Dia still pandang aku.

Dan tiba-tiba rakaman memori aku teringat kat seseorang.

Ya Allah!!

Heels yang masih berada di kaki aku,aku cabut.Dress diangkat dan ya,aku berlari tak ingat dunia.

Apakah ini wei???

Nafas aku tercungap-cungap selepas sahaja sampai kat kereta.

Heels dicampak ke tanah.Muka diraup.Eeiii,banyak gila peluh.

Rayyan?

Dia buat apa kat sini?

CRUSHWhere stories live. Discover now