Ehhhh..Mustahil.Takkan lah.
Apa ni Sya.Nak mengarut macam ni pulak.
Dah kalau bukan Chairman punya anak,habis tu siapa dia ni?
Bukan main bahagia lagi muka Abang Zam bila berjabat tangan dengan dia tu..
Ya Allah!!
Baru aku perasan.Kenapalah kau ni bengap sangat Sya.
HAN'S COMPANY!!
TENGKU RAYYAN ISKANDAR BIN TENGKU AZHAN.
Han kat belakang nama Chairman aku tu.
Drastik.Aku tutupkan muka aku dengan fail bila mata Rayyan beralih ke arah aku.
Tunduk.Muka tak angkat.Bapak ahh..
Kecik gila dunia.Kenapalah nak kena jumpa balik.
Dahlah aku takde pakwe sekarang ni.Kalau aku ada sorang,at least bolehlah jugak aku nak tunjuk kat dia yang aku ni bahagia dah sekarang.
Kacau lahhh!!!
Slow-slow muka diangkat.Izyan dan Anis pandang pelik kat aku.
Iyalah.Dah terkinja-kinja macam beruk dah.Duk jenguk-jenguk.
Tumpuan mereka pun jatuh kat Abang Zam dengan mamat tu.
"Wei..Bapak ahh!!Hensemnya lelaki tu."aku pandang Anis dan Izyan.
Mulut kedua-duanya ternganga.Mujur takde lalat .Kalau tak aku dah tunjuk dah kat lalat tempat tidur mereka.
"Ceo baru ke tu wei?Kalau dia ni la Ceo baru tu..memang bahagia lah hari-hari aku ni.."gedik pulak ayat Anis ni.Wei,anak kau nak masuk dua dah wei.Dia dah lah mengandung sekarang ni.Nak masuk 6 bulan dah.
"Anis!Kau tenung lah lama-lama sikit.Biar terkenang kat anak kau.Hensem anak kau nanti!"laju je Izyan bagi pendapat yang bagi dia paling baik lah tu.
Anis pandang Izyan.Muka dikeruhkan.
"Anak aku pompuan lah wei."haha...terus meletus tawa aku.Izyan ni pun.Padahal hari tu Anis dah cakap dah baby dia ni pompuan.
Izyan terkedu.
"Ala..takpe lah.Kalau girl-girl,biar lah jatuh kecantikan kat dia,"nak di backup jugak dia punya kesalahan tu.
Fokus aku dilarikan ke arah show yang berada di sebalik dinding kaca di hadapan aku.
Abang Zam tersengih-sengih bila bercakap dengan Rayyan.Apa yang dibualkan pun aku tak tau.
Mereka berjabat tangan sebelum Rayyan beredar.Sebelum itu,sempat lagi mata dia difokuskan ke arah tempat kami bertiga berada.
Oh lupa pulak nak cakap.Sekarang ni bukan kami bertiga je yang duk menghendap.
Hampir majoriti budak floor aku ni ha.Tak kira lelaki ke pompuan.Sama aje .Kepala dah macam zirafah dah sorang-sorang.
Sibuk aje duk intai.So,memang komfem la yang Rayyan tak nampak aku pun sekali duk join game jenguk-menjenguk ni.
Selepas itu,pintu dibuka dan kelihatan Abang Zam masuk..dan habis lah diserbunya soalan kat Abang Zam.
"Sape tu Abang Zam?Ceo baru ke?"tanya si Aimi yang berada paling dekat dengan Abang Zam.Muka masing-masing sibuk duk tagih jawapan.
"Haah.Bakal Ceo baru korang lah tu.Saje je dia datang nak tengok company ni.Dia cakap nak kenal-kenal dulu dengan pekerja kat sini.Minggu depan dia mula kerja kat sini!"terang Abang Zam.Panjang .
Dan dengan jawapan Abang Zam itu,aku dapat merasakan diri aku tidak mampu bahagia lagi.
Kerja sebumbung dengan Rayyan tak pernah ada dalam kamus hidup aku .
Habis lahh!!
Tiba-tiba kedengaran suara Izyan bertanya di sebelah aku."Dia dah ada girlfriend ke Abang Zam ?"tu dia.Soalan special.
Dan ditunjukkan lagi sekali muka tagih jawapan dari kami semua.Nak-nak geng-geng pompuan yang bujang.Muka habis semangat.
"Entah!Tak tau pulak Abang Zam tentang hal ni.Awak ni pun Izyan.Tanya soalan peribadi dia.Bukannya Abang Zam ni abang dia.Baru aje kenal tadi."balas Abang Zam.Izyan tersengih-sengih seperti siput sedut.Malu lah tu.Aku report kat Farhan kan.Naya aje nanti.
Tapi betul jugak.Sekali dia dah ada bini Hurmmm!!!
Biarkan je lahhh.Yang lalu biarkan berlalu.Takkan dia tau aku kerja kat sini kan.Dia pulak Ceo.Bila sebut pasal Ceo ni,mestilah sentiasa sibuk or tak pun asyik terperap aje kat dalam bilik dia.
So kat sini dah boleh predict dah bahawa peluang untuk aku jumpa dengan dia adalah tipis yang amat.Ok ,selesai sudah aku punya pengiraaan pertembungan aku dengan Rayyan.
Malas nak fikir.Kerja aku sambung untuk disiapkan.
Hari berganti hari.Malam berganti malam dan aku pun setiap hari berganti baju,akhirnya dah seminggu dah berlalu.
Dan hari ini secara rasminya Rayyan jadi CEO kat sini.
Hari ni aku tak tau lah macam mana aku tak boleh dengar alarm aku.Aku terlajak tidur wei.Mujur aku tengah cuti sekarang ni.Kalau tak subuh gajah lah aku.
Dengan sepantas kilatnya aku bersiap.Make up pulak ala kadar aje.Just pakai bedak,lip gloss and done.Takde nak lawa sangat.Tak sempat nak buat.Nak belit shawl nya lagi.
Segera dipandunya kereta Honda Jazz aku.Laju aku drive.Boleh masuk Fast and Furious dah wei..
Jam tangan dipandang.Habis lah aku.Ada 10 minit lagi ni.
Ya Allah!Kau bantulah hambaMu ini..
Penuh rintihan aku berdoa.Aku takut wei.Abang Zam tu memang lah baik tapi kalau bab kerja ni,dia strict wei.
Nak-nak kalau masuk lewat kerja ni.Habis lah dibebel aku nanti.Taknak wei.
Shoot!Lagi 5 minit.Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab aku dah sampai kat tempat parkir.Tanpa buang masa,aku berlari ke arah lobby office aku.
Mujur heels aku tak berapa nak tinggi incinya.Kalau tak naya aje aku terpeleot kat sini.Nanti jadi cerita lain pulak.
"Tunggu!Tunggu!Sekejap!"jerit aku kuat-kuat bila pintu lif hampir nak tertutup.Jangan wei,lif ni aje harapan aku.
Office aku tingkat 8 kut.Takde kaki lah aku kalau aku panjat tangga.
Pintu lif yang hampir tertutup itu terbuka semula.Aku angkat muka untuk ucapkan terima kasih tapi manusia yang berada di dalam lif ni sekarang mampu membuatkan aku sakit jantung.
YOU ARE READING
CRUSH
FanfictionStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...